Thursday, July 22, 2010

Rahsia Hati--- Bab 9


Aku dan Naufal sedang makan di Kenny Roggers yang berada di Makhota Parade . Aku sudah menunaikan janjiku padanya. Gembira Naufal bila aku ingin belanjanya. Sofea yang mengetahui hal ini sudah mula mengejekku. Mengatakan aku ada hati dengan Naufal. Aku bersungguh-sungguh menafikan. Aku memberitahu Sofea pasal Faris. Sofea kurang senang mendengar aku bercerita tentang Faris. Tidak tahu kenapa. Dia menasihati aku supaya berhati-hati kerana aku baru kenal Faris. Aku dan Faris pula selalu berhubung. Setiap malam kami berbalas mesej. Kadang-kadang dia menelefonku.

“Thanks sebab belanja aku. Terharu sangat.” Naufal membuat lawak.

Aku tidak dapat tahan daripada tergelak. Kelakar sungguh nada Naufal. Naufal turut tergelak. “I’m a girl of my words. For me, words without actions are nothing. Promises without fulfillment are bullshit.” Giliran aku pula membuat jenaka. Cuma jenaka aku agak mahal.

Naufal menepuk tangan. “Bravo! Sejak bila kau pandai berkata-kata ni?” soal Naufal sambil tergelak kecil.

Aku mengecilkan mata. “Quotes from novel.”

Naufal menjuihkan bibir. “Patutlah. Hmm, kau suka baca novel eh?” Naufal bertanya kepadaku sambil bermain-main straw.

Aku mengangguk. “Kenapa? Nak belanja aku novel. Yelah, kau menang lumba lari, aku belanja tapi aku menang tak dapat apa-apa pun.” Aku berpura-pura merajuk.

“Aku nak celebrate tapi time tu kau yang tak nak tegur aku. Malu konon.” Naufal ketawa.

Mengingatkan peristiwa itu, aku termalu sendiri. Geram aku dengan Naufal yang mengejekku. Lalu aku mencubit lengannya. Dia mengadu kesakitan. Padan muka dia.

Naufal menyedut minumannya. “Dah, jom. Aku nak beli something.”

Aku memandangnya pelik. “Kau nak beli apa?”

Naufal menjungkitkan bahu. “Adalah. Rahsia. Mana boleh bagitahu.”

Naufal sudah pun keluar dari kedai Kenny Roggers. Aku mengekorinya. “Cakaplah. Tadi kata nak main bowling.”

“Kau pergi dulu kat tempat bowling boleh tak? Aku nak jumpa kawan jap.” Naufal memberi alasan. Aku hanya akur dengan permintaannya.

Aku menunggu Naufal di pusat bowling. Siapa yang Naufal ingin berjumpa. Setengah jam berlalu namun batang hidung Naufal pun tidak kelihatan. Aku melepaskan keluhan berat. Ada ke patut dia tinggalkan aku sorang-sorang kat sini? Aku cuba menelefonnya. Hampa. Dia tidak jawab panggilanku.

Penat menunggu, aku keluar dari pusat bowling. Melihat sekeliling. Mana tahu ternampak Naufal. Tiba-tiba mataku ternampak Naufal sedang bercakap-cakap dengan seorang perempuan di food court. Nina. So, itulah orang yang Naufal ingin jumpa? Apa hubungan mereka? Di tangan Naufal terdapat sebungkus hadiah. Mana datangnya hadiah itu? Dia nak bagi Nina ke? Atau Nina yang bagi dia?

Hisy, kenapa aku nak ambil tahu? Cemburukah aku? Takkanlah. Naufal tu kan dah macam abang aku. Aku menafikan. Aku kembali masuk ke pusat bowling. Tidak ingin menganggu Naufal. Tidak lama kemudian, Naufal datang bersama hadiah tadi. Jadi, hadiah itu dari Nina. Aku membuat kesimpulan.

“Sorry, late.” Naufal meminta maaf.

Aku menjuihkan bibir. “Penat tau aku tunggu. Macam orang bodoh je. Hampir sejam aku tunggu.” Aku melepaskan geram.

“Sorry lah. Tapi aku ada surprise untuk kau. Nah.” Naufal menghulurkan hadiah yang di pegangnya. Rupa-rupanya hadiah itu untuk aku. Aku ni, fikir yang bukan-bukan je. Kalaulah Naufal tahu, memang aku lari seribu batu sebab malu. Lambat-lambat aku mengambilnya.

“Aku lambat sebab cari hadiah untuk kau lah. Hadiah sebab kau dah menang bola jaring. Janganlah marah. Aku siap balut lagi. Lepas ni jangan cakap aku tak bagi kau apa-apa.”

Aku memuncungkan mulut. “Yelah, yelah…Terima kasih ya, Abang Naufal,” perliku.

Pulang saja dari Makhota Parade, Sofea menelefonku. Katanya dia ada hal nak cakap tapi segan. Penat aku memaksanya untuk bercerita tetapi dia hanya membisu. Katanya, tunggulah masa yang sesuai. Ada-ada je Sofea ni. Kalau segan, tak payah call aku. Kemudian dia bertanya tentang date aku dengan Naufal. Ada ke patut dia cakap aku pergi date? Patutlah aku ajak dia, dia tolak. Aku pun menceritakan Naufal bagi aku hadiah. Aku tidak dapat memberitahu Sofea apa hadiah yang Naufal berikan kerana aku belum membukanya. Pasal aku bertemu Nina itu, aku tidak memberitahu Sofea. Biarlah jadi rahsia.

Selepas bercakap dengan Sofea, aku membuka bungkusan hadiah yang diberikan Naufal. Naufal menyuruhku membukanya di rumah. Aku membuka balutan itu perlahan-lahan. Dua buah novel. Terperanjat aku. Banyak duit dia. Aku melihat tanda harga yang sememangnya ada pada novel. Kedua-dua novel berharga RM 19.90. Secara kasarnya, Naufal mengeluarkan RM 40. Aku membelek kedua-dua novel. Andai Itu Takdirnya dan Rela Kumenanti. Aku sungguh terharu. Mengingatkan Sofea yang menyuruhku memberitahunya isi hadiah Naufal, aku menghantar mesej padanya. Kemudian, aku teringin menghantar mesej kepada Naufal.

Thx a lot. I reali appreciate it.


No comments: