Thursday, July 22, 2010

Rahsia Hati--- Bab 8

Mati aku. Aku dah lewat. Perlawanan hampir bermula. Acara ini diadakan di Stadiun Hang Jebat. Walaupun aku tinggal di Cheng, agak jauh juga bagiku untuk pergi ke sana dengan menunggang motor. Sebentar tadi, Naufal menghantar mesej kepadaku.

Kau kat mana? Tak nak datang, tak apalah.

Aku mengeluh. Hisy, macam mana aku boleh lewat. Dah lah ni kali ini terakhir dia bermain. Ni semua gara-gara motorku yang buat hal. Time macam ni lah dia nak meragam. Aku menekan butang ‘Reply’. Ingin membalas mesej Naufal.

Aku dah nak sampai ni. Jgn marah.

Lalu aku menekan butang ‘Send’. Belum sempat aku ingin menyimpan handphoneku di dalam poket seluar, aku telah dilanggar seseorang secara tiba-tiba di selekoh. Handphone di tanganku terlepas, jatuh ke lantai. Tidak! Handphone aku belum pernah jatuh. Hari ini first time handphone Sony Ericsson K770i kesayanganku jatuh.

“Alamak! Sorry, sorry. Tak sengaja,” ucap orang yang melanggarku.

Aku memandang ke arahnya. Ingin melepaskan kemarahan. Jalan tak tengok depan ke? Namun sewaktu mataku bertentang dengan matanya, aku terkaku. Kacaknya mamat ni. Lupa terus aku untuk memarahinya. Merasakan sudah terlalu lama aku merenungnya, aku terus tunduk, mencapai handphoneku, dan berlalu dari situ. Malu!

Segannya aku. Walaupun sudah menjauh, jantungku masih berdegup pantas. Memikirkan aku sudah kesuntukan masa, aku mempercepatkan langkah. Ingin bertemu Naufal. Dari jauh, aku sudah nampak Naufal yang sedang duduk tidak jauh daripada trek berlumba lari. Dia nampak sedih. Mungkin sebab aku. Kesian Naufal. Barangkali dia mengharapkan kedatanganku.

“Naufal,” jeritku. Aku berlari anak ke arahnya. “Sorry lambat. Acara dah nak bermula. Kenapa tak panaskan badan lagi?” soalku setelah berdiri di hadapannya.

Naufal menarik muka. “Tunggu kau lah.” Naufal menjawab pendek. Serba salah aku dibuatnya.

“Sorry, sorry sangat-sangat.. Sekarang, kau panaskan badan dulu. Good luck eh. Kalau kau menang, aku belanja kau Kenny Roggers.” Aku membuat tawaran.

Naufal menjungkitkan keningnya. “Sediakan duit sebab aku yakin aku akan menang.” Naufal mengusap kasar rambutku lagi. Geram aku. Sempat aje dia ni. Kemudian Naufal berlari anak ke tempat para peserta berkumpul. Dia mula memanaskan badan. Aku duduk di tempatnya tadi. Kedudukan ini agak strategik. Dapat melihat dengan dekat dan terlindung dari matahari. Tambahan pula, tiada siapa menghalang penonton duduk di sini.

Tidak lama kemudian, acara bermula. Acara 4 x 100. Naufal mendapat tempat pertama. Aku tersenyum gembira. Dari jauh di memandangku sambil membuat isyarat duit. Menyuruh aku bersiap-siap untuk belanjanya. Aku tergelak melihat reaksinya. Tiba-tiba, handphoneku bergetar. Bila pulak aku buat vibrate?

“Hello,” ucap pemanggil. Aku tidak mengenali suara itu.

“Hello, siapa ni?” soalku ingin tahu.

“Err, awak. Saya pemilik handphone yang sedang awak pegang tu,” katanya.

Biar betul. Aku menjauhkan handphone dari telingaku, ingin melihat screen. Lain macam je handphone ni.

“Maybe kita tertukar time terlanggar tadi. Kebetulan handphone saya sama dengan awak. Handphone awak ada dengan saya ni. Saya call pakai handphone awak,” jelas si pemanggil.

Aku melihat handphone sekali lagi, ingin melihat nombor pemanggil. Ya, itu nombor aku. Maksudnya, aku telah tertukar handphone dengan lelaki kacak tadi? Ya Tuhan!

“Err, awak kat mana?” soal si pemanggil lagi apabila aku hanya mendiamkan diri.

Lambat-lambat aku jawab. “Berhampiran trek lumba lari.”

“Tunggu kat situ. Nanti saya datang. Tukar handphone.”

Talian dimatikan. Aku membelek-belek handphone yang ku pegang. Hmm, memang bukan handphone aku. Aku memandang sekeliling, mencari lelaki itu. Tapi tidak kelihatan. Aku memandang ke arah Naufal semula. Dia kini sedang bersedia untuk acara lain. Aku hanya memandangnya.

Tiba-tiba dapat aku rasakan seseorang duduk di sebelahku. Lantas aku menoleh. Lelaki kacak itu. Dia menghadiahkan sebuah senyuman terhadapku. Aku membalasnya.

“Nah,” ucapnya perlahan sambil menghulurkan handphoneku. Aku turut memulangkan handphone dia. “By the way, saya Faris.”

Nama dia Faris. Perlukah aku memberitahu namaku. Alah, apa salahnya. “Saya Leya.”

Faris mengangguk perlahan. “Awak dari sekolah mana?” soalnya ramah.

Aku memandangnya. “Sekolah Menengah Tinggi Alauddin. Awak?” Aku bertanya kembali.

“High School. Awak sokong siapa?” soalnya lagi.

“Malacca High School?” Aku inginkan kepastian. Dia mengangguk. “Mestilah saya sokong sekolah saya. Takkan saya sokong sekolah awak pula.” Aku berlawak.

Tercetus ketawa dari mulut Faris. “Tak, maksud saya awak datang ni sebab sokong kawan awak ke?” jelas Faris dengan tawa yang masih bersisa.

Aku tersengih sambil mengangguk.

“Siapa?” Faris menyoal lagi.

Aku menunjukkan jariku ke arah Naufal. “Best friend saya.”

“Best friend ke boyfriend?” serkap Faris.

“Best friend. Mana ada boyfriend. Awak pula? Awak sokong siapa?” soalku pula. Melihat keramahan Faris aku jadi selesa untuk berbual dengannya.

“Saya sepatutnya mewakili sekolah tapi sebab kaki saya cedera, tak dapatlah turun padang. Dapat tengok jelah. Awak Form 4 ke?”

Aku menggeleng. “Form 5. Kenapa?”

“Muka awak macam budak Form 4. Saya pun Form 5. Sebayalah kita ekh?”

Aku hanya mengangguk. Tiba-tiba, Ikram, Jason dan Afiq datang ke arahku. “Hai, Leya. Apa mimpi kau datang kali ini?” soal Afiq.

Aku memuncungkan mulut. “Alah, nak datang pun tak boleh. Biarlah.” Aku menjawab selamba.

“Siapa ni, Leya?” soal Ikram pula sambil memandang Faris. Dari pandangan Ikram, aku tahu Ikram tidak menyenangi kehadiran Faris.

Aku memandang Ikram. “Err, Faris. Budak high school,” jawabku pendek. “Err, Faris..ni kawan sekelas saya.” Aku memperkenalkan.

Faris hanya mengangguk. “Nice to meet you. Saya pergi dululah. Jumpa lagi.” Faris meminta diri lalu bangun dari situ.

Aku hanya memandangnya.Kacau daun betullah dorang ni. Tadi, Faris kata jumpa lagi. Adakah itu bermaksud aka nada pertemuan buat kali kedua. Tiba-tiba siku aku di tolak. Aku menoleh memandang Ikram. “Kau ni datang sini nak tengok Amirul lari ke nak cari pakwe?” perli Ikram.

Aku mencebik. “None of your business.”

“Alamak, Amirul last lah,” rungut Jason tiba-tiba.

Aku memandang ke arah trek. Memang benar kata Jason. Naufal merupakan peserta terakhir. Tapi masih ada masa. Mampukah dia mengejar dalam satu pusingan? Kedudukan Naufal dengan peserta yang lain agak jauh.

“Tak pernah macam ni. Kenapa ekh?” soal Afiq pelik.

Ikram dan Jason hanya berdiam diri seperti memikirkan sesuatu. Aku menumpukan perhatian pada Naufal. Aku berdoa moga-moga keajaiban akan berlaku dan Naufal akan menang. Naufal kini berada di tempat kelima.

Acara tamat. Naufal hanya mendapat tempat keempat. Jelas di wajahnya kekecewaan. Naufal tinggal satu acara lagi. Acara selepas ini, acara perempuan. Selepas itu, ada satu lagi acara tapi Naufal tidak menyertainya. Acara yang seterusnya, baru Naufal sertai. Maknanya dia ada masa rehat yang lama. Aku ingin berikan semangat pada dia. Aku bangkit dari dudukku. Ingin pergi ke arah Naufal yang meminggirkan dirinya di satu sudut.

“Kau nak pergi mana?” soal Ikram.

“Nak pergi kat Naufal.”

“Jangan. Duduk je kat sini.” Ikram menegahku dengan nada yang kasar. “Dia tengah kecewa tu. Biar aku yang pergi,” sambung Ikram sambil berdiri dan melangkah ke arah Naufal.

Aku mendengus. Tapi aku turuti juga perintah Ikram. Ya, aku tahu. Ikram lebih rapat dengan Naufal berbanding aku. Ikram merupakan sahabat yang paling rapat dengan Naufal sejak Form 1.

Ikram dan Naufal sedang berbual. Mungkin Ikram memberi kata semangat pada Naufal. Muka Naufal keruh. Aku bersimpati pada Naufal. Beberapa minit kemudian, aku lihat Naufal sudah semakin okay. Aku ingin membelikan air minuman untuk Naufal. Dia selalu berbuat begitu padaku.

“Aku nak beli air jap.” Aku memberitahu Jason dan Afiq yang asyik berbual sesama sendiri.

Kemudian, aku mengorak langkah ke gerai minuman yang terdapat di luar stadium. Ketika ingin membeli air, aku bertemu dengan Faris lagi. Aku mengukirkan senyuman.

“Nak beli air?” soalnya memulakan bicara.

Aku mengangguk lalu menuju ke gerai minuman. Faris mengekoriku.

“Saya dah save nombor awak. Kalau saya call awak boleh tak?”tanya Faris lagi.

Aku berhenti melangkah lalu memandangnya. Dia hanya tersengih. “Suka hati awaklah. Saya tak kisah.” Aku memberi izin sambil tersenyum.

“Macam tak suka je?” tingkah Faris.

Aku menggeleng. “Taklah. Call lah. Saya tak kisah. Hmm, saya nak cepat ni. Minta diri dulu.” Kemudian aku membeli air 100PLUS dan menuju ke arah Naufal. Dia kini berseorangan memandang ke arah trek.

Aku mendekatinya. Lalu menghulurkan 100 PLUS. Naufal mendongak memandangku. Aku menghadiahkan sebuah senyuman. “Jangan putus asa, ya? Cuba lagi.” Aku cuba memujuk Naufal.

Dia tersenyum hambar sambil mencapai minuman yang ku hulurkan. Aku duduk di sebelahnya. “Kau janganlah sedih. Kau masih ada acara lagi. Kali ini kau buat betul-betul. Aku yakin kau mesti dapat emas. Kau kan pelari pecut sekolah kita.”

Naufal masih berdiam diri. Aku sudah keputusan idea untuk memujuknya. Tanpa aku sedari aku mengusap kasar rambutnya untuk kali pertama. “Janganlah macam ni. Mana Naufal yang aku kenal dulu?”

Akhirnya Naufal tergelak juga. Dia mengusap rambutku kasar pula. Ingin membalas perbuatanku. “Thanks. Aku sayang kau. Emm, acara aku dah nak mula. Aku pergi dulu.” Naufal meminta diri.

Aku mengangguk. “Good luck.”

Sejak kami berbual di depan Kota A’Famosa, Naufal selalu kata dia sayang aku. Namun aku tak terasa dengan katanya kerana aku yakin dia sayang aku macam sayang adik beradik. Kami sudah macam adik beradik. Lama kelamaan, aku seperti menganggap Naufal seperti abang aku.

Perasaan aku padanya? Hmm, ya. Aku memang suka kat dia. Dari dulu lagi. Sejak aku tahu membezakan mana yang baik dan mana yang buruk. Namun, melihatkan Naufal yang suka cari pasal dengan aku, aku cuba membuangkan perasaanku padanya dulu walaupun aku tidak dapat membuang sepenuhnya. Kini, kami sudah semakin rapat. Sudah jarang bertengkar. Tiba-tiba, dapat aku rasakan hubungan kami seperti adik beradik. Aku sayang dia seperti sayang seorang adik kepada abang. Betulkah?

Nasib baik homework untuk hari ini sudah aku siapkan. Walaupun bukan aku yang bermain, aku tetap berasa penat. Tentu Naufal keletihan. Akhirnya pada acara akhir, Naufal mendapat pinggat emas. Aku gembira sangat melihat kejayaan dia. Sabtu ni, terpaksalah aku belanja di Kenny Roggers. Tiba-tiba telefonku berbunyi. Nombor yang aku tidak kenali. Aku menjawab panggilan itu lalu memberi salam.

“Dah tidur ke?” soal si pemanggil.

“Belum. Siapa ni?” Aku bertanya pula.

Terdengar tawa kecil di hujung talian. “Sampai hati awak tak ingat saya. Faris lah.”

Aku mengigit bibir. Faris. Aku tak sangka dia akan call aku malam ini. “Err, sorry. Saya belum save nombor awak. Lepas ni saya save, okay.”

“Hmm… err, tadi awak belikan air untuk best friend awak tu eh?” soal Faris.

Aku mengiakan. “Kenapa?”

“Saya ternampak awak dengan dia. Rapatnya awak dengan best friend awak tu. Macam couple je. Betul ke dia hanya bestfriend awak?” Faris bertanya lembut.

Aku melepaskan keluhan kecil. Faris nampak aku usap kepala Naufal? Malunya aku. Mesti dia ingat aku ni gatal. “Faris, dia tu jiran saya. Kami dah kenal sejak kecil. Saya anggap dia macam abang saya.” Aku menjelaskan perkara sebenar.

“Oh… Awak marah ke saya tanya?”

“Taklah.”

Kami terus berbual. Tepat jam 11, aku meminta diri. Ingin tidur. Setengah jam kami berbual di telefon. Aku selesa berbual dengan Faris.

No comments: