Thursday, July 22, 2010

Rahsia Hati--- Bab 7


Sofea dan aku sedang duduk di meja kecil di kedai Papparoti. Kami menjamah coffee bun yang sangat disukai Sofea. Aku hanya membeli satu bun bersama satu tin Coke. Sofea membeli dua bun bersama satu tin Coke. Coffee bun ini sangat sedap bagi aku kerana keraknya. Keraknya sangat garing. Sofea pula suka kerana di dalamnya ada gula dan mentega selain rasa kopi yang enak.

“Nak tengok cerita apa ekh?” soalku pada Sofea yang sibuk membalas mesej. Sejak tadi aku lihat Sofea asyik berbalas mesej. Dengan siapa tah.

“Entahlah. Aku belikan tiket eh?”

Aku mengerutkan dahi. “Kita pergi sama-samalah.”

“Apa kata aku beli tiket, kau beli popcorn,” saran Sofea pula. Pelik aku melihat tingkah Sofea. Malas bertengkar, aku setuju dengan Sofea.

“Kau dok mesej siapa tu?” soalku ingin tahu.

Sofea hanya tersenyum.

Ketika berada di Golden Screen Cinema, Sofea meminta diri. Katanya ingin membeli tiket. Aku hanya menunggu. Aku nak ikut dia tak bagi. Takkan aku nak beli popcorn awal-awal. Mana tahu wayang mula lambat lagi.

Ketika menunggu, aku teringatkan Naufal lalu satu keluhan aku lepaskan. Sejak pulang dari rumah semalam, aku tidak berhubung dengannya. Aku segan. Mesti dia fikir aku marah kat dia.

“Lah, asal kau tak beli popcorn lagi,”sergah Sofea tiba-tiba.

“Takkan nak beli awal-awal. Kau dah beli tiket ke?”

Sofea mengangguk. Sekejap je Sofea beli tiket. Padahal aku lihat orang beratur panjang. Maklumlah hari Sabtu. “Sekejap je,” ucapku menyuarakan kepelikanku.

Sofea mengaru-garukan kepalanya. “Err, aku dah reserved semalam. Eh, cepatlah beli popcorn dengan air. Wayang dah nak mula ni,”gesa Sofea.

Sofea berkelakuan pelik. “Wayang apa tu?” soalku.

“Kung Fu Dunk. Jomlah.”

Aku mengekori langkah Sofea. Hisy, Sofea ni, baru makan roti dua bun, nak makan popcorn lagi. Aku hanya mengekori Sofea ketika mencari seat kami kerana aku tidak tahu nombor seat kami. Tambahan pula, panggung sudah gelap. Nasib baik cerita belum bermula.

Aku duduk di sebelah kiri Sofea. Di sebelah kananku sudah pun ada orang. Lelaki. Umur baya aku je kot. Tidak lama kemudian, wayang bermula. Aku menonton movie. Lakonan Jay Chou dengan Eric. Aku tertawa sesakali. Cerita ini sungguh kelakar. Jay Chou tampak comel dalam movie ini.

Panggung wayang yang tadinya gelap kini sudah pun terang. Movie Kung Fu Dunk sudah pun tamat. Menarik juga cerita ini. Aku membetulkan rambutku supaya lebih kemas.

“Eh, Leya,” tegur satu suara. Aku kenal suara tu. Tak silap aku, itu suara Ikram. Aku menoleh ke kiriku, memang suara itu milik Ikram.

Aku terkedu ketika melihat pemuda yang duduk di sebelahku. Naufal. Aku mengigit lidah. Tak mungkin ini semua kebetulan. Mustahil! Aku yakin ini bukan kebetulan. Tahulah aku kini kenapa Sofea berkelakuan pelik. Ini pasti rancangannya. Dari riak muka Naufal aku yakin dia tidak terlibat. Naufal turut terperanjat. Dan aku tahu dia tidak berpura-pura.Ini mesti kerja Sofea, Ikram dan Jason yang hanya tersengih-sengih daripada tadi.

“Hai, Ikram, tak sangka jumpa kau kat sini. Amirul dengan Jason pun ada. What a small world!” Sofea menegur ramah.

What a small world konon! Aku menahan geram di dalam hati. Pandai kau berlakon, ya Sofea. Siap kau lepas ni. Kau balik sendiri. Aku tak nak hantar kau. Padan muka. Kesian pulak kat Sofea. Hisy, dia ni.

“Apa kata kita lepak kat A’Famosa,” cadang Jason.

Tanpa bertanya kepadaku, Sofea bersetuju. Hisy, dia ni. Memang nak kena. Kurang asam punya budak. Jason, Ikram dan Sofea sudahpun bangun.

“Jomlah Leya. Takkan kau nak bertapa kat sini,”rungut Sofea.

Aku mengetap bibir mendengar rungutan Sofea yang lebih kepada sindiran. Lantas aku berdiri. Ketika ingin keluar, kami terpaksa berpusu-pusu. Sofea sudah pun jauh ke depan. Keadaan sesak dengan pengunjung yang lain.

“Hai,” tegur satu suara yang cukup aku kenal. Naufal.

Aku hanya mengukirkan sebuah senyuman. Dan kami menyepikan diri sehingga kami berada di luar Dataran Pahlawan.

“Ikram,”panggil Naufal. “Kau pergilah naik Kota A’Famosa dengan Jason dan Sofea. Aku dengan Leya tunggu kat sini je.”

Aku memandangnya meminta penjelasan. Namun, Naufal buat tak tahu sahaja. Hisy, apa ni. Aku seganlah nak cakap dengan dia. Macam mana aku nak cakap. Naufal mengajak aku ke sebuah bangku yang terletak satu kilometer dari tempat kami berdiri. Aku melabuhkan punggungku di bangku itu. Begitu juga Naufal.

“Kau marah?”tanya Naufal perlahan.

Aku melepaskan keluhan. Aku dah agak mesti dia ingat aku marah. Pantas aku mengeleng. Naufal seperti menanti aku berbicara. Aku menarik nafas mencari sedikit kekuatan. Malunya. “Err, Naufal..aku tak marahlah. Betul, aku tak marah. Kau jangan risau eh,” kataku berhati-hati.

Naufal merenungku. Hisy, takut aku nak memandangnya. Lalu aku membuang pandang ke depan.

“Kalau kau tak marah, kenapa kau larikan diri daripada aku? Aku rasa bersalah sangat. Aku tahu aku dah melampau. Cakap macam tu kat kau. Sorry. I’m so sorry…….”

“No, it’s not like that.” Aku memotong katanya. “Aku sebenarnya…aku…” Hisy, apasal aku tergagap-gagap ini. Aku cuba menenangkan diri. “Kau betul. Apa yang kau cakap semua betul. Aku sebenarnya malu. Malu dengan diri aku. Malu pada kau. Sebab tu aku elakkan diri daripada kau.” Aku hampir menangis saat ini. Aku hanya memandang bawah. Tak sanggup aku nak pandang dia.

Naufal tergelak kecil. Ada ke patut dia gelakkan aku. Merah pipi aku menahan malu. Lantas, aku bangun, ingin berlalu dari situ. Belum sempat aku mengorak langkah, lenganku dipaut erat.

“Leya, sorry. Aku tak dapat tahan dari gelaklah. Kau ni kelakar. Sejak bila kau malu dengan aku.” Naufal memohon maaf. Dia mengarahkan aku untuk duduk. Aku hanya mengikut arahannya. Kemudian dia menyambung kata, “Listen Leya Aulia, tak perlu segan dengan aku. Aku tak kisah. Nak tahu kenapa? Sebab aku sayang kat kau. Kita dah lama kenal. Dah macam keluarga sendiri. Jangan malu dengan aku, eh? Aku sayang kau.”

Aku mengukirkan senyuman akhirnya. Namun dalam masa yang sama aku memikirkan kata-katanya. Sayang? Apa maksud dia? Tapi dia ada cakap kami dah macam keluarga. Maksudnya, dia sayang aku macam dia sayang family dia? Keliru aku dibuatnya. Baik aku tak payah fikir dalam-dalam hal ni. Aku tahu dia maksudkan sayang sebagai family. Orang macam Naufal takkan nak kat aku. Ramai lagi gadis cantik di luar sana yang meminati dia.

Naufal mengusap rambutku kasar. Aku menarik muka. “Janganlah buat macam ni. Berdosa tau kau sentuh aku,”marahku sambil merapikan semula rambutku.

Naufal tergelak mendengar omelanku. “Tahu pun dosa. Rambut kau ni pun aurat juga. Bila kau nak pakai tudung. Dah 17 tahun pun. Aku saja je usik kau macam tu,” tingkah Naufal.

Aku tak ambil hati pun dengan kata-kata Naufal sebab dari dulu lagi dia tegur aku. “Baiklah, ustaz. Nanti saya pakai, ya Ustaz Naufal,”sindirku bertujuan untuk melawak. Aku sudah tidak segan dengan Naufal.

Naufal menjuihkan bibir. “Orang cakap betul-betul, dia main-main pulak.”

“Yelah, yelah…bila sampai seru aku pakai ya,”ulasku.

Naufal mengukirkan sebuah senyuman. “Eh, kau tengok eh aku lari nanti.” Naufal mula menukar topik.

Berkerut dahiku mendengar bicaranya. “Lari? Kau nak lari ke mana?” soalku bodoh.

Sekali lagi Naufal tergelak sambil mengelengkan kepalanya. “Hisy, kau ni. Buat lawak pula. Kau datang eh time aku lawan olahraga nanti,” jelas Naufal.

Terasa ingin mengusiknya, lalu aku menjawab, “Malaslah. Apa aku dapat kalau pergi?” Seperti yang aku sangka, riak wajah Naufal berubah keruh. Giliran aku pula yang gelak. “Tipu je. Mestilah aku pergi. Kau selalu tengok aku bermain so aku pun kenalah balas budi kawan baik aku ni. Nanti merajuk pulak dia. Lagipun, aku tak pernah tengok kau beraksi. Entah-entah lembik,” ejekku.

Balasannya, aku mendapat sebuah cubitan yang sangat berbisa. “Sakitlah,”aduku.

“Padan muka.”

Aku menghantar Sofea pulang ke rumah lewat petang itu. Teruk Sofea kena dengar leteranku. Dia mengaku juga akhirnya bahawa semua ini rancangan dia dan Ikram. Jason hanya mengikut mereka kerana dia ingin menonton Kung Fu Dunk. Kata Sofea, Ikram berasa bersalah sebab buat aku dan Naufal bergaduh. Hmm, sejak bila Sofea rapat dengan kawan Naufal. Setahu aku Sofea tidak berapa rapat dengan Ikram. Jason lagilah.


No comments: