Thursday, July 22, 2010

Rahsia Hati--- Bab 6


Sewaktu rehat, Naufal mengajakku makan bersama-sama dengannya. Pada mulanya aku ingin menolak. Segan. Namun apabila Naufal turut mengajak Sofea, Ikram dan Jason, aku bersetuju.

“Leya, tahniah eh. Kau ni semua benda kau nak menang,” ucap Ikram sewaktu kami menuju ke kantin.

Aku berhenti melangkah. Lalu menoleh memandangnya. “Eh, kau ni. Macam tak suka je aku menang. Semua orang suka kemenangan. Ada ke orang yang suka kekalahan?” bidasku.

Ikram dan Jason tergelak kecil. “Takdelah. Tapi aku tengok kau ni kalau boleh nak kaut semua. GiPang tahu tak. Gila pangkat,” selamba sahaja Ikram mengutukku. Jason pula mengangguk-angguk tanda setuju.

Selamba badak je dia kutuk aku. Ini yang buat aku panas ni. “Watch your words!” ucapku sambil menundingkan ibu telunjukku pada muka Ikram. “Bila masa aku GiPang? Kau memang tak puas hati dengan aku kan? Kalau pasal jawatan monitor tu, aku tak ingin lah. Tapi Naufal yang nak bertaruh. So what do you expect? Aku aktif sukan sebab aku minat.”

Ikram sudah tersengih. Naufal sudah beri isyarat mata pada kawannya. “Err, relax ar Leya. Bukan aku yang cakap. Amirul yang cakap.”

Aku memandang Naufal. Dia mengeluh. Mungkin Ikram tidak perasan isyarat mata yang diberikan olehnya. “Leya, it’s not like what you’re thinking now. I can explain.”

Aku berlalu pergi meninggalkan mereka. Sunguh, aku kecewa. Tergamak Naufal melebelkan aku GiPang. Naufal memang tak berubah. Selalu kutuk aku. Dan yang paling aku sedih dia kutuk aku depan kawan-kawan dia. Entah-entah, banyak lagi dia kutuk aku.

Sofea mengekoriku. Kesian Sofea. Dia mesti lapar. Sebelum rehat lagi dia kata lapar. Tapi selera aku dah mati. “Sofea, kau boleh makan sendiri tak? Aku tak ada seleralah,” ucapku. Aku memandangnya, mengharapkan simpati.

“Aku tak kisah. Kau nak pergi mana?” soal Sofea prihatin.

Aku tersenyum hambar. “Mencari ketenangan kat taman botanik,” jawabku.

Aku duduk di bangku kayu yang telah di sediakan. Beberapa pelajar sedang membaca majalah di kawasan sekitar. Tempat ini memang nyaman. Tidak panas pula tu. Seseuai untuk para pelajar yang tidak bersarapan bersantai. Ada juga yang beli makanan di koperasi dan makan di sini. Taman ini bukanlah kawasan larangan untuk makan.

Aku sebenarnya terkilan. Aku sangat terasa dengan Naufal. Tega dia berkata sedemikian. Aku sangkakan dia tak macam tu. Ternyata sangkaanku silap sama sekali. Dia tetap Naufal yang dulu.

“Eh, abang Amirul.. abang tak makan ke?” soal satu suara.

Aku menoleh ke arah suara itu. Kelihatan Naufal sedang bercakap dengan seorang pelajar perempuan tingkatan empat. Aku mengalihkan pandanganku. Namun aku sempat melihat bibir Naufal mengukirkan senyuman untuk pelajar itu. Aku mengeluh kasar. Dasar playboy. Kat mana-mana dia sempat mengurat perempuan dengan senyuman dia tu. Killer smile. Senyuman yang bisa membuatkan seorang gadis terpaut. Itulah daya tarikan Naufal selain rupa parasnya. Selama aku bersama Naufal, ada sahaja perempuan yang menegurnya. Handphone Naufal pula selalu berbunyi. Ada mesej masuk. Dan sudah tentu dari perempuan. Kadang-kadang aku perasan Naufal tersenyum membaca mesej yang dia dapat dan kadang-kadang dia membalas mesej itu. Cemburu? Ada la sikit. Tapi biarlah. Malas nak layan perasaan.

“Leya, kau marah ke?” soal Naufal tiba-tiba.

Berderau darahku. Selamat aku tak melatah. “Tak reti bagi salam ke? Main sergah je,” marahku.

Naufal mengaru-garu kepalanya. “Assalamualaikum. Kau marah ke?”

Tanpa memandangnya, aku menjawab. “Kau rasa?”

Naufal mengeluh berat. “Leya, I’m so sorry. Aku tak nafikan aku pernah cakap macam tu. Tapi aku tahu kau tak gila pangkat. Kalau tak, takkan kau tolak tawaran pengawas dulu. Aku tahu kau masuk banyak acara sebab kau minat sport. Aku cakap macam tu dulu sebab aku tengah marah. Aku lepaskan kemarahan aku pada Ikram dan Jason. Aku cakap kau selalu nak menang je. Sorry,” jelasnya panjang lebar.

“Aku selalu nak menang??” bentakku. “Aku ke kau yang selalu nak menang?” tempelakku pula.

“Okay, okay… Sorry.. Kita sama-sama macam tu,”putus Naufal.

Aku menjelingnya. “Kau je yang macam tu. Aku tak.”

Sekali lagi, Naufal melepaskan keluhan berat. “Janganlah degil Leya. Aku mengaku aku macam tu. Kau pun sama. Cuba kau fikirkan. Bukan aku nak kutuk kau mahupun buat kau marah tapi tolonglah jangan letakkan semua keburukkan pada aku seorang. Nobody perfect in this world. Semua orang ada kelebihan dan kelemahan. Memang kau selalu nak menang. Kau nak tahu kenapa aku cakap macam ni kat kawan-kawan aku dulu?” Amirul Naufal berhenti sekejap. Tak lama kemudian dia menyambung kata, “Aku geram dengan kau. Kau berlagak depan aku, menunjuk-nunjuk time kau dapat anugerah pelajar cemerlang last year. Aku tahu kau buat semua tu sebab kau rasa tercabar bila aku dapat straight A’s in PMR dan kau scored 7A 1B. Betul tak apa yang aku cakap ni?”

Belum sempat aku berkata-kata, loceng sudah berbunyi menandakan waktu rehat sudah tamat.

“Loceng dah berbunyi. Jom kita balik kelas. Aku harap janganlah kau benci kat aku pasal hal ini. Maybe kau perlukan masa untuk fikir balik sikap kau dulu.”

Aku tidak dapat menumpukan perhatian di dalam kelas. Kata-kata Naufal tergiang-giang di telingaku. Aku cuba memikirkan kata-katanya. Hisy, apalah aku ni. Cikgu tengah mengajar, aku berkhayal. Lepas ni aku boleh fikirkan. Lebih baik aku fokus kalau tak habislah aku. Kena belajar sendiri. Dahlah aku ni lambat masuk ilmu. Kalau aku berkhayal, aku kena double revision akulah gamaknya. Tak nak aku! Memikirkan kesan buruk yang akan menimpa diriku, aku mula menumpukan perhatian.

Pada waktu akhir, masing-masing buat kerja sendiri kerana Mr Tan yang mengajar kami Mathematics tidak hadir. Aku mengunakan masa ini untuk memikirkan kata-kata Naufal. Untuk mengelakkan sebarang gangguan, aku berpura-pura tidur. Lenganku dijadikan alas untuk mukaku. Aku mengingati balik kata-kata Naufal.

Aku benar-benar tak sangka Naufal akan berkata sedemikian. Kata-katanya mempamerkan dia seorang yang matang. Pada mulanya, aku ingin menempelak dia namun lidahku kelu pabila dia berbicara dengan begitu tenang dan matang. Naufal tampak lain. Argh, perilakunya sukar diduga. Sekejap kebudakan, sekejap panas baran, sekejap matang. Dia seorang lelaki yang penuh kejutan. Aku tak dapat memahaminya. Kadang-kadang dia prihatin dan kadang-kadang dia kejam.

Ya, betul katanya. Nobody perfect. Dia memberi contoh yang terbaik apabila dia mendakwa aku ada sikap nak menang selalu. Tak boleh terima kekalahan. Aku berasa malu tadi tatkala dia memberikan contoh anugerah pelajar cemerlang. Kata-katanya ada benarnya. Baru aku tersedar, selama ini aku hanya mencari kesalahan dirinya. Aku lupa bahawa diriku juga sepertinya. Layakkah aku mempersoalkan sikapnya jika aku pun bersikap begitu? Aku dan dia sama saja. Kalau aku tidak seperti dia, masakan kami akan bergaduh?

Aku mengeluh perlahan. Malunya aku. Selamba aku mempertahankan diriku bahawa aku tidak ego, aku tidak ada perasaan ingin menang selalu walhal sudah terang lagi bersuluh aku bersikap begitu. Aku penah kata dia tidak matang. Adakah aku matang? Aku tidak mampu memberikan jawapan kerana aku tahu aku belum cukup matang. Argh!! Malunya. Macam mana aku nak berdepan dengan dia?

“Leya.” Panggil Sofea perlahan sambil menepuk-nepuk lenganku perlahan.

Mulanya aku ingin membiarkan sahaja panggilan Sofea, tetapi apabila dia memanggilku untuk kali kedua, aku mula membuka mata. “Kenapa?” soalku perlahan.

“Kau okay ke?” soal Sofea prihatin. Dia memang seorang kawan yang baik.

Aku hanya mengangguk. Ketika itu aku mendengar suara manja Nina. “Amirul, boleh tak awak ajar saya soalan ni? Saya tak fahamlah,” ucap Nina manja.

Suara Nina jelas di pendengaranku walaupun aku tidak memandangnya. Maklumlah kedudukan tempat Naufal di sebelah kiriku sahaja. Nina merupakan pelajar baru kelas kami. Dia masuk kelas ini minggu lepas. Lupa pulak nak cakap. Busy sangat dengan bola jaring. Malah, aku belum sempat beramah mesra dengannya. Aku ada juga dengar cerita bahawa Nina ada menaruh hati pada Naufal. Ramai sungguh peminat kawan aku ni.

“Datanglah rumah aku hari ini,” ajak Sofea, menghilangkan terus fikiranku terhadap Nina.

Aku memandang Sofea. “Ada apa?” soalku pelik.

Sofea menjungkitkan bahunya. “Saja. Aku bosanlah duduk kat rumah.”

“Sorrylah. Penat aku belum hilang lagi tau. Aku ingat nak berehat je kat rumah,” tolakku. Sebenarnya, aku ingin berehat sahaja di rumah. Selepas kejadian tadi, aku tiada mood untuk keluar.

Sofea memuncungkan bibirnya. “Tak apalah. Kau tak sudi datang rumah aku, nak buat macam mana.” Sofea mula merajuk.

“Alah, janganlah macam ni. Apa kata Sabtu ni kita pergi Dataran Pahlawan? Kita jalan-jalan, tengok wayang, makan Papparoti kesukaan kau,” pujukku.

Sambil membulatkan matanya, Sofea mengangguk laju. “Nak. Kau ambik aku eh?”

Aku hanya mengangguk. Tidak lama kemudian loceng berbunyi. Aku menyandangkan beg sekolah lalu memberitahu Sofea bahawa aku ingin pulang. Aku segera keluar dari kelas. Aku tidak tahu macam mana nak berdepan dengan Naufal. Aku perlukan masa.

“Leya..,”jerit Naufal tiba-tiba.

Alamak! Dia panggil pula. Aku menghentikan langkah.

“Err, Amirul….”

Aku terdengar suara Nina pula. Dan aku terus mengorak langkah menuju ke motorku. Tanpa membuang masa, aku pulang ke rumah.


No comments: