Thursday, July 22, 2010

Rahsia Hati--- Bab 5

Loceng berbunyi menandakan waktu persekolahan sudah tamat. Masing-masing mengemaskan beg, bersedia untuk pulang. Aku menoleh ke kanan, memandang Naufal. Namun tempat duduknya kosong. Cepat benar dia beredar. Aku ternampak kelibat dia di muka pintu. Lalu aku berlari mengejarnya. Dia tidak tegur aku seharian ini.

“Naufal,” jeritku.

Namun, Naufal tetap mengorak langkah. Hisy, dia ni. Tak dengar ke aku panggil. Aku berlari kecil mengejarnya. Kain sekolah membataskan larianku. Setelah aku menhampirinya, aku memaut lengannya, memaksa dia untuk berhenti. Tercunggap-cunggap aku di buatnya. “Tunggulah,” ucapku sepatah.

Naufal melepaskan pautan tanganku di lengannya. Kemudian dia meneruskan langkah. Hisy, mamat ni. Degil betul. Dah tu, ada hati nak merajuk. Lalu aku meneruskan langkah. Tidak menghiraukan dia. Aku bergerak pantas lalu aku duduk di motornya. Dengan cara ni saja aku boleh bercakap dengannya.

Tidak lama kemudian, Naufal tiba. Dari air mukanya, aku tahu dia terperanjat. Aku buat muka selamba. “Asal aku panggil kau, kau buat tak tahu je? soalku geram.

Naufal memandang tempat lain. Dia tidak menjawab persoalanku.

“Come on..takkan kau marah kat aku pasal semalam sampai merajuk kot? Buruklah.. dah tua bangka merajuk. Kau tu lelaki,” ujarku agak kasar.

“Siapa kata aku merajuk?”

Aku ketawa kecil. “Alah.. aku panggil kau tak sahut, pergi sekolah tak tunggu aku. Kau tak tegur aku pun hari ni. Merajuk la namanya.”

“Aku tak merajuk cuma aku geram. Aku cakap kau tak percaya.”

“Betul apa yang aku cakap. Kau tak datang pun time aku lawan. Aku tak pernah nampak batang hidung kau. Lagipun untuk apa kau datang,” ulasku.

Naufal memandangku. Pandangannya membuatkan jantungku berdegup laju. Lalu, aku memandang tempat lain. Pura-pura membetulkan ikatan rambutku.

“Cuba kau perhati betul-betul orang di sekeliling kau. Kau tak pernah perasan kehadiran aku kan?” soalnya penuh emosi.

Aku yakin aku tak pernah nampak dia. Kejap! Entah-entah lelaki misteri tu Naufal. Pada mulanya aku menyangka lelaki itu Naufal tapi tak mungkinlah. Dia takkan melayan aku dengan baik dan takkan tengok aku bertanding.

“Janganlah emo. Suka hati kau la. Aku nak balik,” ucapku perlahan.

Aku sebenarnya tengah rungsing memikirkan kata-kata Amirul Naufal.

Sejak itu, kami membuat hal masing-masing sehingga hari aku bertanding. Pertandingan diadakan di Sekolah Menengah Sri Iskandar. Aku datang bersama dua harapan. Menang dan bertemu lelaki misteri itu.

Perlawanan akan bermula dalam masa lima minit. Aku dan peserta lain membuat warming up untuk mengelakkan kecederaan ketika bermain nanti. Lima minit sudah pun berlalu. Ketika aku ingin melangkah ke arah padang bola jaring, bahuku di tepuk seseorang. Alangkah terperanjatnya aku bila melihat orang yang menepuk bahuku. Mamat misteri itu.

“Good luck. Do your best,” ucapnya lembut.

Aku terkaku di situ. Sungguh, aku tak percaya dia menegurku. Bermimpikah aku?

“Leya, cepatlah,” jerit Aqila, rakan seperjuanganku.

Tanpa bicara, aku melangkah ke padang. Perlawanan kali in agak sukar. Aku seolah-olah berkhayal. Namun untuk sepuluh minit pertama sahaja. Selepas itu, aku telah menjaringkan dua gol daripada tiga. Pihak lawan bermain kasar. Ini perkara biasa. Namun bagi aku perbuatan itu kurang elok. Aku hanya bertindak kasar ketika ingin mempertahankan diri.

Beberapa minit kemudian, perlawanan tamat. Seperti biasa, sekolahku menang, 5-4. Aku telah menjaringkan tiga gol daripada lima. Aku menuju ke arah begku untuk mengambil botol airku. Belum sempat aku ingin mencapai botol airku, seseorang menghulurkan 100 PLUS. Aku tahu siapa dia. Sudah tentu lelaki misteri itu.

Aku menoleh. Tepat jangkaanku. Lelaki misteri. Dadaku berdebar-debar. Lambat-lambat aku menyambut air 100 PLUS itu. “Thanks,” ucapku perlahan.

“Tahniah,” ucapnya pula.

Keadaan sepi antara kami. Lidahku kelu.Beberapa minit berlalu. Kami masih mendiamkan diri. Namun aku sedar aku perlu guna peluang terakhir ini sebaik mungkin.

Belum sempat aku ingin bersuara, lelaki misteri itu bersuara, “Leya, aku nak minta maaf. Sorry for my behavior. Aku tahu kau marah kat aku. Sorry.”

Aku tergamam. Leya? Aku kau? Siapa mamat ni? Dia macam mengenali aku. Timbul satu gambaran Naufal di mindaku. Suara dia mirip suara Naufal. Jangan-jangan…………..

Aku memandang mamat itu. Masih dengan style yang sama. Cap dan cermin mata hitam. Aku menarik nafas dalam. Cuba menenangkan diri. “Boleh tak kau tanggalkan cermin mata kau tu?” soalku terketar-ketar.

Lelaki itu menurut permintaanku. Ya Allah! Memang benar. Naufal. Dia tampak berbeza dengan cermin mata itu. Lelaki misteri itu sebenarnya AMIRUL NAUFAL. Selama ini, dia yang tengok aku berlawan. Maknanya, memang betul dia ada datang. Aku menarik nafas. Aku perlu berlagak tenang. Aku takkan biarkan dia tahu aku meminati dia dalam style yang lain. Tidak sama sekali.

“Leya…,”panggilnya. “Kau marah kat aku ke?”

Aku menarik nafas dalam. Setelah itu aku meneguk air 100 PLUS. “Takdelah. Aku tak marah. Bila masa pulak aku marah. Kau yang marah aku.”

“Then, kenapa pandangan kau pelik. Kau tak macam ni selalunya.”

Aku hampir tersedak. “Nothing. Fikiran kau je kot. Kau kan ada latihan hari ni?” soalku.

Naufal tidak menjawab. Dia melabuhkan punggungnya di sebelah begku. Aku pun berbuat begitu.

“Kau tak pernah nampak aku ke? Aku selalu datang tengok kau berlawan tau. Hari ni pun aku datang,” ucapnya perlahan.

Aku menelan air liur. Setelah berberapa minit baru aku menjawab. “Err, ada kot aku nampak kau. Aku tak perasan lah. Aku kan tengah main,”dalihku.

Naufal memandangku. “Kan aku ada bagi kau 100 PLUS tahun lepas.”

Aku menelan air liur sekali lagi. Tiba-tiba datang satu idea di fikiranku. “Oh, aku dah ingat. Waktu tu aku kan menyampah dengan kau. So, aku tak ingat la anything berkait rapat dengan kau. Lagipun kenapa kau datang? Nak cari idea kenakan aku eh? Kau kan suka buli aku.”

Masam muka Naufal. “Kau ni asyik fikir negatif je.”

Aku menjelingnya. “Janganlah emo.”

“Kau tu…..”

“Dah, dah,” potongku. “Aku minta maaf ya. Kita berdamai jelah.”

Pulang sahaja dari Sekolah Menengah Sri Iskandar, aku menyampaikan berita gembira kepada ibu bapaku. Seperti biasa, kejayaanku disambut dengan meriah. Meriah maksudku ibu bapaku gembira. Mamaku memeluk dan menciumku, papaku pula memelukku. Aku gembira pabila melihat mereka gembira. Setelah bercerita serba sedikit tentang perlawanan tadi, aku memohon diri untuk mandi dan solat maghrib.

Setelah mandi dan solat magrib, aku turun ke bawah untuk menikmati makan malam. Lapar sangat. Papa memesan Pizza Hut. Katanya ingin meraikan kejayaanku. Gembiranya aku apabila dapat memakan pizza kesukaanku. Kemudian, aku naik ke bilikku. Ingin menyiapkan homework yang tinggal sedikit. Walaupun penat tidak hilang lagi, aku harus menyiapkan homework.

Sewaktu aku leka membuat homework Cikgu Liza iaitu karangan, tiba-tiba kejadian di padang tadi terlayar di fikiran. Kejadian yang membuatkan aku terkesima. Aku mengeleng kepalaku perlahan-lahan sambil ketawa kecil. Terasa kelakar pula. Macam mana aku tak boleh cam Naufal? Sebenarnya, aku pernah terfikir lelaki itu Naufal tetapi mengikut logik akalku, Naufal takkan datang untuk tengok aku berlawan dan yang paling penting dia takkan buat baik dengan aku. Siap bagi air.

Namun, itulah kenyataannya. Kenyataan yang tak dapat di sangkal. The ugly truth. Apa agaknya reaksi Naufal kalau dia dapat tahu aku minat dia dalam rupa yang lain? Aku tak dapat menahan ketawa. Betulkah aku hanya minat dia dengan rupa itu? Bukankah aku memang tertarik dengannya? Argh, malaslah nak layan perasaan. Naufal tu macam playboy je. Lagipun, dia ada ramai peminat. Macamlah dia pandang aku. Argh, lebih baik aku cari idea untuk buat kesimpulan karangan aku ni.

Tidak sampai sepuluh minit homework aku sudah siap. Maklumlah, homework untuk hari ini cuma karangan saja. Tiba-tiba aku teringatkan Sofea. Perlukah dia tahu hal itu? Setelah berfikir, ada baiknya aku menceritakan hal itu padanya. Takut-takut dia terlepas cakap di kemudian hari. Tambahan pula, aku yakin dia akan tanya aku esok pasal lelaki misteri itu. Nak call dia ke? Alah, kredit tak ada. YM jelah. Hmm, buat video call. Baru boleh tengok reaksi Sofea. Mesti teperanjat beruk dia.

Aku menekan suis On pada laptopku. Hadiah pemberian papaku atas kejayaanku tahun lepas. Kemudian aku melihat contactku di YM. Memang aku setkan sign in automatically. Mujur Sofea online. Aku juga ternampak nama Naufal. Dia juga online ketika ini. Tengah chat dngan awek la tu. Tanpa membuang masa, aku membuat video call. Lama juga aku menunggu. Akhirnya Sofea menjawab panggilanku.

“Sofea, I got news. Hot news.” Aku memulakan bicara dengan nada ceria.

Sofea mencebik. “Ni mesti pasal mamat misteri tu kan? Sampai tak bagi salam.” Sofea menempelak.

Aku menepuk dahi. “Sorry, sorry….. Assalamualaikum.” Kemudian aku menceritakan kejadian lewat petang tadi.

“Kau biar betul? Mamat tu Amirul?” soal Sofea tidak percaya. Bulat matanya memandangku.

Aku hanya mengangguk.

“Are you out of your mind? Macam mana kau boleh tak cam tu dia?” soal Sofea lagi dalam nada yang sama.

Aku tergelak melihat reaksi Sofea. “Kalau kau terperanjat, aku lagilah terperanjat. Aku pernah ingat mamat tu dia tapi tak mungkin lah. Dia takkan buat baik dengan aku. Lagipun, dia cakap dengan aku lembut je. Dia selalu cakap kasar dengan aku. Lagi satu, aku tak pernah tengok dia pakai cap, siap dengan sunglass lagi,”jelasku.

Sofea mengeleng-gelengkan kepalanya. “Kau ni, betullah. Mamat misteri tu jiran kau je. Dia tahu tak pasal ni?” soal Sofea ingin tahu.

Laju aku mengelengkan kepala. “Nak mampus? Gelabah biawak aku tadi. Selamat aku pandai control. Kau jangan bagitahu sesiapa tau pasal ni. Lepas ni, jangan sebut lagi mamat misteri.”

“Yelah.”

Kemudian, aku memutuskan talian. Aku ingin solat dulu sebelum tidur. Tiba-tiba, Naufal Buzz aku. Hisy, dia ni tak ada kerja lain ke? Tidak lama kemudian, dia mesej aku.

Naufal_Leo: Salam, kau tengah buat apa tu?

Leya_Aulia: Tak ada apa-apa. Baru ingat nak solat, lepas tu tidur. Penat ar.

Tadi aku call Sofea. Aku nak offline ni. Salam.


No comments: