Wednesday, July 21, 2010

Rahsia Hati--- Bab 4


Sejak detik itu, hubungan kami semakin rapat. Perasaan benciku padanya makin berkurangan. Namun, kadang-kadang kami bertekak juga. Cuma kali ini kami bertekak dengan cara yang baik sedikit. Pejam celik pejam celik, sudah sebulan aku menjadi penolong Amirul Naufal. Jujur aku katakan, aku selesa bekerjasama dengannya. Dia jenis yang bertanggungjawab. Dia akan melakukan tugasnya. Pernah dulu aku menjadi penolong, semua tugas aku yang buat kerana ketuaku pemalas.

Bulan ini, aku agak sibuk dengan aktiviti sukan. Begitu juga Naufal. Setiap petang, aku ke sekolah untuk berlatih. Tahun ini aku hanya menyertai bola jaring. Tahun lepas banyak acara yang aku sertai namun tidak untuk tahun ini kerana aku akan menduduki SPM. Naufal juga hanya menyertai olahraga. Tinggal tiga hari sahaja sebelum perlawanan bermula. Semua peserta giat berlatih.

Aku bersiap-siap untuk pulang. Botol airku, aku masukkan ke dalam beg Adidasku. Seperti biasa, aku membasuh mukaku. Ketika itu, Naufal sudah pun berdiri di sebelah kananku sambil menghulurkan tuala. Lalu, aku menyambutnya. “Thanks.”

Amirul Naufal mengukirkan sebuah senyuman. “Penat?” soalnya.

“Biasalah. Kau tu apa kurangnya. Merah muka kau,” balasku. Muka Amirul Naufal tampak kemerah-merahan. Maklumlah, mukanya putih.

Kemudian, aku menyandang beg, bersedia untuk pulang. Aku melihat jam di tanganku. Sudah pukul 6.15. Sudah lewat. Selalunya aku pulang pukul 6. “Jom balik.”

Kami selalu balik sama-sama. Sejak mendapat kebenaran Papa Riz, Naufal menunggang motor ke sekolah. Aku menuju ke tempat letak motor yang telah disediakan. “Cepat latihan kau habis,” ucapku perlahan.

Amirul Naufal memandangku sekilas. “Ada budak cedera tadi. Tu yang habis cepat. Kau lawan Khamis ni kan?” soalnya.

Aku hanya mengangguk.

“Aku tak dapat tengok kot kau lawan. Ada latihan ar. Aku lawan Isnin minggu depan,” jelas Amirul Naufal.

Aku berhenti melangkah. Kemudian, aku berpaling memandangnya. “Ada aku suruh kau datang tengok ke? Lagipun, kau tak pernah tengok aku bertanding kan selama ni?” soalku selamba.

Muka Amirul Naufal berubah. “Err, aku ada tengoklah. Tiap-tiap tahun aku pergi tengok. Tak pernah miss.”

Aku mengeleng-gelengkan kepala tanda tidak percaya. “Yelah tu. Nak tipu pun agak-agak ar. Aku tak pernah nampak kau.” Kami sudah pun sampai di tempat letak motosikal. Aku memakai helmet dan kemudian aku mengeluarkan kunci dari beg adidasku.

“Betullah. Kau tak percaya, sudah ar,”ucapnya dengan nada serius.

Kemudian dia memakai helmet, meghidupkan enjin motor, dan berlalu meninggalkanku. Aku memandangnya pelik. Marah ke? Takkan sebab ni pun nak marah? Biarlah. Malas aku nak layan. Aku menungang sendirian pulang ke rumah. Aku sudah biasa pulang ke rumah sendiri.

Sampai di rumah, aku terus mandi dan bersiap-siap untuk melaksanakan kewajipanku sebagai umat Islam iaitu solat. Kata ustazahku, solat itu tiang agama. Siapa yang membangunkan solat bererti membangunkan agama, siapa yang tidak mahu bersolat bermakna meruntuhkan agama. Setiap amalan baik seseorang hamba di dunia ini hanya dikira sekiranya orang itu menunaikan solat. Jika tidak apa pun kebaikannya tetap kosong. Tiada nilai di sisi Allah.

Keesokannya harinya, aku ke sekolah bersendirian lagi. Naufal sudah pun pergi ke sekolah. Selalunya, kami ke sekolah bersama-sama. Tapi lain pula hari ini. Marah lagi ke dia? Hisy, mamat ni. Betul apa yang aku katakan? Dia tak pernah tengok aku bertanding. Kebiasaannya, pada hari aku bertanding, dia ada latihan.

Aku terus menuju ke kelas setelah tiba di sekolah. Keadaan kelas seperti biasa bising dengan suara budak kelasku. Maklumlah awal pagi. Masing-masing berbual sementara menunggu loceng berbunyi. Ada yang menyiapkan kerja rumah yang belum siap.

“Morning, guys.” Seperti biasa aku mengucapkan selamat pagi. Aku sedar lebih elok jika kita ucap Assalamualaikum namun separuh pelajar di kelasku berbangsa cina.

Aku memandang tempat duduk Naufal. Kosong. Sarapan barangkali. Aku menuju ke tempatku. Sofea sedang tunduk menulis angka pada buku Sudokunya. Sofea memang minat dengan Sudoku.

“Sofea, kau ada nampak Naufal tak?” soalku bersahaja.

Sofea berhenti menulis lalu memandangku. “Tak. Kenapa?” soalnya pula ingin tahu.

“Nothing. Wanna know something?” ucapku pada Sofea sambil mengenyitkan mata. Memandangkan ada lima belas minit lagi sebelum kelas bermula, aku ingin menceritakan rahsia hatiku pada Sofea. Hanya Sofea yang tahu rahsia ini.

Laju saja Sofea mengangguk. “Ceritalah cepat,” ujarnya tak sabar.

Sambil tersenyum aku memulakan bicara, “Ingat lagi tak mysterious guy yang aku cakap kat kau dulu?”

Sofea hanya mengangguk. Lelaki misteri yang aku maksudkan adalah seorang jejaka yang tampan, segak dan gentleman. Aku selalu nampak dia sewaktu aku bertanding. Yang pasti, dia selalu memakai topi Nike dan cermin mata hitam. Dia nampak matang. Mungkin dia tua dua tahun daripadaku. Sejak form 1 lagi aku sedar kehadirannya. Mulanya aku menyangkakan dia adalah abang kepada salah seorang peserta yang bertanding namun kemunculannya di setiap perlawanan yang aku sertai membuatkan aku berfikir dia datang untuk melihatku bermain. Tanggapanku bertambah kuat apabila dia menghulurkan 100 PLUS dan mengucapkan tahniah kepadaku pada tahun lepas. Namun aneh kerana aku hanya dapat melihat dia sewaktu aku bertanding sahaja. Tiba-tiba, bahuku ditepuk.

“Wei, kenapa dengan mamat misteri tu?” soal Sofea agak kuat.

Aku membesarkan mataku sambil meletakkan ibu telunjukku di mulut tanda rahsia. Aku memarahi Sofea dengan isyarat mata. Aku memandang sekelilingku. Jelas mereka mendengar kata-kata Sofea. Tiba-tiba, aku ternampak Naufal di belakang kelas. Sedang melepak dengan Ikram, Jason dan Afiq. Harap-harap dia tak dengar.

“Eh, korang tengah cerita apa ni. Mamat misteri? Siapa tu? Menariknya,” kata Zila yang duduk di belakangku.

Aku tersenyum. “Tak ada apa-apalah.”

Zila memandangku penuh curiga. “Alah, ceritalah. Kau ada secret admire eh? Aku nak tahu juga.”

Aku tersepit. Apa aku nak buat ni? Tiba-tiba guru Sejarahku iaitu Mr Peong memberi salam. Aku terus memandang depan. Budak-budak lain cepat-cepat duduk di tempat masing-masing. Pada waktu yang sama, aku bersyukur kerana kehadiran Mr Peong telah menyelamatkanku. Aku mengerling jam di tangan. 7.50, maksudnya kelas memang sudah bermula. Kenapa loceng tak berbunyi?

Kata Mr Peong, memang loceng tak berbunyi. Kemudian kami memulakan pelajaran. Seperti biasa, semua pelajar tekun mendengar dan kadang-kadang kelas kami bising dengan bunyi tawa. Mr Peong memang suka melawak. Untuk menghilangkan rasa kantuk.

Setelah Mr Peong beredar, Sofea mencuit lenganku. “Sorry ar beb, aku tak sengaja. Aku panggil kau banyak kali tapi kau tak dengar,” bicaranya perlahan.

Aku menjelingnya. Namun aku tak bermaksud begitu. Aku mahu lihat reaksinya saja. Seperti biasa, Sofea membuat muka seposen. “Yelah. Lain kali jangan buat lagi.”

Sofea mengukir senyuman. Dengan nada ceria, dia bertanya lagi, “Kenapa dengan mamat misteri tu?”

Dengan nada ceria juga aku membalas, “Aku yakin dia mesti datang lagi kali ni. Nak tengok aku lawan. And I know that this is the last time I can meet him, so aku rasa aku nak tegur dia. What do you think?”

Sofea mengecilkan matanya. “Okay gak tu. Tapi kau berani ke?”

Sambil mendongak, aku membalas, “Tengok oranglah.”

No comments: