Thursday, July 22, 2010

Rahsia Hati--- Bab 19 ~END~

Sekarang sudah bulan Mac, tak lama lagi keputusan SPM akan keluar dan Naufal akan balik. Sudah tentu Naufal ingin mengambil result SPM. Aku menanti dengan sabar. Aku hanya terperap di dalam rumah. Aku tiada teman untuk keluar bersama. Sofea kini berada di Singapura, tinggal bersama mak longnya. Aku bersendirian di sini. Malam-malam, aku asyik menangis apabila aku teringat saat aku bersama dengannya.

Aku sangat merindui detik itu! Apa yang sedang dia buat sekarang? Sihatkah dia? Kenapa dia tidak menghubungiku?

Keputusan SPM akan diumumkan lusa namun Naufal masih belum pulang. Sofea pun sama. Tapi Sofea ada menghubungiku. Katanya, dia akan pulang esok. Malam baru sampai Melaka. Setiap kali mama Hanim telefon, dia tak pernah bercakap tentang Naufal. Aku pula segan mahu bertanya. Mungkin Naufal akan balik esok. Yang penting, aku dapat berjumpa dengannya lusa.

Hari yang di tunggu tiba juga. Aku melonjak gembira bila aku mendapat 10 A. Naufal turut mendapat 10 A. Aku mengucapkan syukur. Tercapai juga cita-citaku. Papa dan mamaku memelukku sambil mencium kedua-dua belah pipiku.

Mataku meliar mencari Naufal. Tapi hampa. Tidak kelihatan. Yang aku jumpa Sofea. Sofea menghampiri ku bersama Ikram. Sofea menyalami mamaku. Ikram pula menyalami papaku.

“Tahniah Leya,” ucap Sofea dan Ikram serentak.

Aku mengukirkan senyuman. “Tahniah jugak kat korang berdua. Korang pun dapat straights A’s. Ramai pelajar batch kita dapat straight A’s kali ini. Hampir enam puluh orang. Penat pengerusi majlis menyebutkan nama tadi.” Aku memberi komen. “Err, korang nampak Naufal tak?” soalku perlahan. Tidak mahu papa dan mamaku mendengarnya.

Ikram dan Sofea menggeleng. “Dia tak contact aku pun,” kata Ikram. Aku mengeluh hampa. Tiba-tiba, aku ternampak Mama Hanim. Aku berlari anak berjumpa mama Hanim.

“Ma..” Aku memanggil. Mama Hanim menoleh. Bila terpandangkan aku, dia mengukirkan senyuman.

Mama Hanim memelukku sambil mengucapkan tahniah kepadaku. Aku turut mengucapkan tahniah buat Naufal. “Naufal mana, ma?” soalku.

“Dia masih di London. Mama pun tak tahu bila dia nak balik. Mama kamu mana?”

Aku menunjukkan jariku ke arah mama. Aku kecewa. Kenapa Naufal tidak balik lagi? Aku mulai sebak. Sofea mendekatiku. Aku memandangnya. Ikram turut mampir.Mama Hanim pula menuju ke arah mama ku.

“Naufal tak balik lagi. Dia ada kat London,” ucapku dan saat itu juga air mataku mengalir. Aku sedih. Sangat-sangat sedih. “Penat aku tunggu dia. Setiap hari aku tunggu. Setiap hari aku ingatkan dia. Aku rindukan dia. Aku nak jumpa dia. Kenapa dia tak balik lagi?” Aku meluahkan perasaanku tanpa segan silu lagi. Aku sangat kecewa.

“Err, Leya.. Kau sukakan dia ke?” soal Ikram teragak- agak.

“Ya, aku suka dia. Aku suka dia dah lama. Tapi aku ingat Naufal tak suka aku. Dia ada ramai peminat.” Aku memberitahu rahsia hatiku.

“Then, Faris?” soal Sofea pula.

Aku sudah teresak-esak. “Aku dah berpisah dengan dia. Sebelum SPM lagi, aku tidak berhubung dengan dia. Cuma waktu birthday aku, dia nak celebrate dengan aku. Time tu aku kecewa dengan Naufal sebab aku ajak dia keluar pada hari jadi aku dengan alasan aku nak keluar dengan dia buat kali terakhir, tapi dia tolak. Aku terima Faris dulu sebab dia baik, aku senang dengan dia. Lagipun, Naufal pernah kata kami dah macam sekeluarga. Dia sayang aku. Aku ingat dia sayang aku sebagai ahli keluarga so aku buang jauh-jauh perasaan aku. Aku tak nak kecewa.” Aku menjelaskan perkara sebenar sambil merenung lantai.

Tiba-tiba, aku dengar sesorang berdehem. Aku mendongak. Tak mungkin! Aku tergamam. Naufal kini berada di depanku. Dia memakai topi yang aku berikan dulu. Naufal menghampiriku. Aku kaku.

“Hai.. Long time no see. Kau sihat?” soal Naufal tenang.

Aku terdiam. Lidahku kelu. Aku segan. Sudah tentu Naufal telah mendegar pengakuanku sebentar tadi. Aku memandang bawah.

“Kau tak nak cakap dengan aku ke? Kau macam nak luahkan sesuatu je?”

Aku mengigit bibirku.

“Kau tak sudi pandang aku pun. Penat aku datang sini guna pintu Doraemon. Tak apalah. Aku balik dulu. Kau tak suka pun aku balik,” rajuk Naufal. Dia melangkah pergi.

Aku pantas mendongak lalu memanggilnya. Naufal berhenti melangkah. Aku mendekati Naufal. “Kau suka aku?” soalku sambil memandangnya.

Naufal merenungku. “Kau rasa?” duga Naufal.

“Aku tahu kau suka aku sebab aku pun suka kau.” Aku menjawab penuh yakin. Entah dari mana aku dapat keberanian ini.

Naufal mengukirkan sebuah senyuman. “Aku suka kau. Aku sayang kau. Jadi girlfriend aku nak tak?”

Aku mengangguk sambil tersenyum gembira.

Hari ini hari yang cukup bermakna buatku. Aku dan Naufal meraikan kejayaan kami di Kenny Rogers. Papaku yang berlanja. Kedua-dua ibu bapa kami turut meraikan. Terlerai sudah rinduku pada Naufal. Segala gurau senda Naufal yang ku rindui terlerai juga.

Naufal sudah kembali seperti dulu kala. Aku sangat gembira. Tiba-tiba aku teringat, kenapa mama Hanim mengatakan Naufal belum balik lagi? Lalu aku memandang mama Hanim. “Mama Hanim.” Aku memanggil dengan panggilan penuh kerana kedua-dua mamaku berada di situ. Mama Hanim memandangku.

“Kenapa mama kata Naufal belum balik lagi?” soalku.

Kemudian, semua yang ada ketawa mendengar. Aku pelik. Naufal turut ketawa.

“Sorry lah, Leya. Mama dah berpakat dengan Naufal,” jawab Naufal.

Aku memandang Naufal yang sudah terkekek ketawa. Maknanya ini semua rancangan dia? Jangan-jangan Sofea dan Ikram turut berpakat. Mereka tiba-tiba saja hilang tadi. “Bila kau balik sini?” Aku menyoal.

Naufal menjuihkan bibir. “Dah jadi girlfriend Naufal pun masih beraku kau,” rungut Naufal di hadapan ibu bapa kami.

Malunya aku. Menyedari semua mata memandangku, aku membetulkan kata. “Err, bila Naufal balik sini?”

Naufal tersenyum. “Dah seminggu.”

Aku merenungnya. “Seminggu? Sampai hati Naufal tak contact Leya. Dahlah Naufal tak pernah call Leya. Tak pernah online.”

Naufal mengaru kepalanya. “Sorry.” Itu sahaja yang keluar dari mulut Naufal.

Tiba-tiba mama Hanim bersuara. “Kalau Leya nak tahu, Naufal ke London sebab nak jauhkan diri dari Leya. Katanya Leya tak suka pada dia. Mama dah lama tahu Naufal suka Leya. Hmm, dia merajuklah tu sampai larikan diri ke London.

“Mama!” Naufal menjerit kecil. Mukanya merah mungkin segan denganku. Aku sudah tergelak kecil.

“Mama Farah cakap kat mama, Leya asyik duduk dalam bilik. Kadang-kadang nangis.” Mama Hanim bekata lagi. Kemudian mamaku mencelah. “Mama tahu Leya rindukan Naufal. Mama yang bagitahu Naufal bila dia balik sini.”

Aku memandang mamaku. “Mama dah tahu Naufal sudah balik?” Mama mengangguk. “Kenapa mama tak bagitahu Leya?”

“Naufal suruh mama rahsiakan.”

Aku memandang Naufal dengan perasaan geram. Dia buat muka selamba. Lalu, aku mencubitnya.

“Papa tak kisah kamu nak bercinta. Asalkan pandai jaga diri. Kamu pun dah besar. Lagipun papa suka tengok Naufal dan Leya,” kata papa Riz. Papaku turut membenarkan kata-kata papa Riz.

Aku tersenyum dalam hati. “Err, bila papa Riz pindah balik ke Melaka?”

“Mulai sekarang, kami duduk di sini semula. Urusan papa di sana sudah selesai,” jelas papa Riz.

Aku mengukirkan senyuman. Maknanya aku boleh berjumpa Naufal setiap hari. Gembiranya aku.

Saat ini, aku berada di taman rempah. Naufal mengajakku jalan-jalan di Bandar Melaka pada malam minggu. Di Taman Rempah, kami mengelilingi Sungai Melaka menaiki bot. Aku sungguh gembira dapat keluar dengan Naufal sebagai girlfriend dia. Sungguh aku tak sangka Naufal yang sangat kacak itu menyukai aku. Aku sangat bertuah.

Kemudian, kami window shopping di Jonker Walk. Setiap hari Jumaat, Sabtu dan Ahad, Jonker Walk selalunya sesak kerana ada pasar malam. Pasar malam ini bukanlah pasar malam yang biasa. Selalunya barang yang di jual di sini sangat menarik. Contohnya, accessories perempuan, sandal yang cantik dan binatang peliharaan. Teringat aku pada Sofea yang membela hamster. Minat betul Sofea dengan hamster.

Setelah window shopping di Jonker Walk, Naufal mengajakku berjalan sepanjang Sungai Melaka. Aku hanya menuruti kehendaknya. Tiba-tiba Naufal berhenti melangkah. Dia memusingkan badannya menghadapku.

“Leya, hulurkan tangan sekejap,” pintanya.

Aku mengerutkan dahi. “Kenapa?”

Naufal tersenyum. “Hulurkan jelah. Banyak soal la Leya ni,” rungut Naufal.

Aku mencebik namun aku tetap menghulurkan tanganku padanya. Tiba-tiba Naufal meletakkan sesuatu pada tapak tanganku. Aku tekejut dengan tindakan Naufal itu lalu tanpa membuang masa, aku melihat tapak tanganku. Sebentuk cincin. Aku terkedu.

“Ni cincin untuk couple. Naufal beli kat Jonker Walk tadi. Kalau Leya sayang Naufal, Naufal nak Leya pakai cincin ni. Once Leya tanggalkan cincin ni means that our relationship is over,” ucap Naufal.

Tak dapat nak gambarkan perasaanku saat ini. Lalu, aku mengukirkan sebuah senyuman yang manis buat Naufal. Aku menyarungkan cincin itu pada jariku. Naufal yang sedar dengan tindakanku turut mengukirkan sebuah senyuman.

26 comments:

.:L0llY:. said...

eermm..not bad...tp cam xpuas at sngt dgn kawan2 leya tu..cruel terlebey!n cam xptot je..naufal tu pon salah sbb xconfess seniri...special entry after this maybe?

Ai

Secret Lun said...

thx 4 ur comment... special ntry?? hmm, let me think 1st... hehe... skrg tgh nak final untk final sem.. kena struggle.. haha.. tapi 2nd day of raya, i got new idea... x sabar nak taip.. haha... after final, 27 sept, i start writing d story.. so pasal special nrty 2 let me berangan dulu nak sambung apa... ngee~~~ ^^

faza 8) said...

novel neyh besh sgt3!! cdeyh gler...
naufal thu sweets bler usp rmbut leya...part nina thu mmg menymph gler...n ending dye pendek cgt larh...8)

Secret Lun said...

faza.. thx...

ending pendek?? actually, saya slalu ada prob nak wat ending.. saya x pandai nk wat ending panjang2.. saya paling suka tlis part komflik, gaduh... tp bila part happy ending, saya x tau..

n fyi, pasal ending yang bg cincin couple 2 sy tambah after akak sy bg cadangan utk panjangkan ag... hehe...

LoL

♥cikHanNa ♥ said...

novel ni laa yng mmbuatkn sye rase sgt2 sedih hingga keluar air mata..
first time bce novel menangis camnie.. mase bace andai utu takdirNya, tak manangis camni
mmg sedih sgt~ ske sgt novel ni..

thanks writer~

Secret Lun said...

cik hana... Thx... Sy ada gak bce andai itu takdirnye.. Tp sy nangis sgt teruk.. Start bce pkl 6ptg smpai 7pg.. Xtido mlm.. Cant stop.. Mata bengkak.. Ada bbrape part esp part kt kubur anak die, yg die sakit 2, sy nangis beria-ia.. Sy sgt suka novel ni... Sgt2.. D only novel yg buat sy mnanges bgai nk rak.. Even my mom, pn nanges.. Die bwa nvl 2 n bace dlm kete.. Xlayan my dad.. Bcuz of dis superb novel... Huhu... Btw, thx 4 ur comment.. Truja when u mentiond andai i2 takdirnye..

Anonymous said...

once leya tanggalkan cincin nie hubungan kite putus..... sory r jika komen sy nie menyinggung perasaan... kata2 tu pada pendapat sy hubungan tu mudah diputuskan...ibarat cinta monyet tiada keteguhan..mmg penulis cuba sampaikan makna yg mendalam tp cuba guna kata2 atau ayat lain contohnyer...cincin ini lambang leya milik naufal selagi cincin ini di jari leya naufal akan sentiasa bersama-sama dengan leya.

Secret Lun (SL) said...

thx anonymous.. Btul gak 2... Nape la sy x tpikir ekh? Huhu.. Ur suggestion is gud.. Mayb i can use it later.. Thx.. LoL

Anonymous said...

sedihnyaaa..nangis sy baca novel awak..just tu lahh..ending awak pendek, kurang menarik..tapi overall memang power la jln cerita novel nih..saya plak yg merana bla baca..

Zuera said...

I'm Zuera a.k.a SL = d writer...

Thx y'all... nw i noe my weakness... ramai yg cakap my ending pendek, nt nice, bla bla bla...

Okay, thx... i'll try improve my ending...

skrg aku sedang karang My Housemate, My Love... Da abes pun draft die... jus tggl edit, touch up skit.. n ending 2 aku try bg panjang sikit tapi x nak byk takut meleret... Thx again n again...

LOL

Anonymous said...

nice story..tp bab kwn dia jauh kan diri tu sy x suka..emo ckit smpai ketuk2 meja..haha..btw,,penulis andai itu takdirnya ct rosmizah tu mmg superb..secret lun ada bc novel cinta kau dan aq??tu pun ct rosmizah gak tulis..yg tbaru lafazkan kalimah cintamu..sy saran kan secret bc novel ni coz mgkin dpt bantu secret mantapkan penulisan secret lagi..gudluck =)
aLvini@

Zuera said...

alvini... thx... camne nak ckp eh?? aku ni mmg minat sgt ct rosmizah since her 1st novel.. so semua novel dia aku da bace... yg paling aku suka, yg kekal di hati ttp ANDAI ITU TAKDIRNYA...

btw,thx a lot 4 ur comment... huhu...saya try mantapkan lagi... saya lack of gen. noeledge la... huhu....

.:kiwi:. said...

wuuuu~~ nangis sudah... ~(T.T)~
bru jmpe blog ni n still wondering nape xjumpe awal2.. haha
love it!! seriously best!
tp skrg bru bce Rahsia Hati... yg len blom lg... terpaksa tahan, sebab nk exam...:( nnti kte bce n komen lg ye :))

Anonymous said...

Wah. congrates sbb buat saya nangis. best gila gila gila :) well done !

Anonymous said...

congrates sebab buat saya nangis. best sgt2. well done !

AAS said...

Ingat kan, I sorang jer yg crying reading this novel, ramai rupanya.. yelah HITLER sgt kawan2 dier, it's nt totally her miatake, yg si Naufal nie, x confess sape suruh kan dah melepas! hahaha.. Anyway, GOOD JOB! klu dah berjaya buat org kepala concrete hati batu macam sy ni menangis hebat 2!! hehehe KEEP WRITING! I do like it!

Fa said...

Ouch... sedey la bile Leya kne sisih, sudah la dngar lgu sedey, jdi mcm nk nangis pun ade. Ok! Right now mmng nk tukar lagu dari dngr lagu sedey nih... haha.. ni best!

LIZZ said...

hhhmm..nice story..simple but hhmm..how 2 say...puas baca...hehe...teruskn berkarya..

Adah Teg0shi said...

best sangat crite ni . sampai mngalirkan air mata . huhu
update la manyak2 . hehe :)

farhah_hanan said...

best sngt!! sy feeling gler bc nieh~~ sonok10000x

mar chan said...

aaaa..
best2..
huhhhh~~
part kne pulau tu sy x puas ati.
kesian lah kat leya.
grrrr..
rase nk hentak lappy ni tp x sggup sbb syg.
haha..
pulak bce smbil layan lagu sesuatu yg berbeza by sofaz, layan jiwang je la.
ngehehe..
nice job, well done :D

ZueRieenaa Oxide said...

aahhh best sgt hehehehe =)

JiJi said...

waaaa....best + sedih la cerita ni,...walaupun saya lambat terbaca cerita ni...huhuhuu~~ thumbs up! keep it up!

anne/angah said...

feels abis beb.. tau2 dah nangis je.. best..thumbs up for the writer

Anonymous said...

walaupun sgt22 lewat menyedari kewujudan blog n novel nih iaitu selepas 3 tahun novel nih wujud, sy ttp nk komen....
novel yg sgt2 menarik...
nangis je time baca...
gd job writer...
saya sebenarnya sgt minat baca sume novel yg cik penulis buat..
best sgt..
siyes, sgt suka novel rahsia hati nih!!!!
-noor-

yasmin azmi said...

kan best dapat parents sporting cmtu. hahahxD teringat kisah puppylove time spm. hahahaxD