Wednesday, July 21, 2010

Rahsia Hati--- Bab 3


Keputusan undian antara aku dan dia seri sekarang. Tinggal satu kertas undi sahaja. Aku pasrah. “Last sekali, Amirul Naufal. So, dia akan jadi class monitor kamu, Leya Aulia akan jadi assistant. Bendahari pulak, Caren. Setuju semua?” soal Cikgu Suraya.

Tiada siapa membantah. Kemudian, Cikgu Suraya menerangkan serba sedikit tentang study plan tahun ini. Beberapa minit kemudian, loceng berbunyi menandakan masa Cikgu Suraya sudah tamat.

Kami semua berdiri dan mengucapkan terima kasih tanda hormat. Naufal memulakan tugasnya. Tanpa sengaja aku terpandangkan dia. Dia menunjukkan tanda Loser padaku sambil tersenyum sinis. “Kau dah kalah. So, get ready to be my servant,” katanya perlahan.

Aku mencebik. Lalu dengan nada yang sama, aku membalas, “Aku tak payah jadi hamba kau. Kau main tipu. Taktik kotor. Kau komplot dengan kawan-kawan kau. Cikgu Suraya dah pilih aku, tapi kawan-kawan kau……..”

Naufal memotong kata-kataku. “Kau pun berkomplot dengan Sofea. Kau ingat aku tak dengar?”

Aku membuang pandang. Sungguh, kebencian aku bertambah.

Jam loceng berbunyi menandakan waktu rehat. Aku dan Sofea membersihkan meja. Kami bercadang nak makan bersama-sama. Sewaktu aku memasukkan buku notaku ke dalam beg, mejaku diketuk. Mamat biadab tu.

“Kau nak apa, hah?” bentakku.

Dia tersenyum sumbing. Kemudian dia mendekatkan wajahnya denganku. “Laksanakan tugas kau sekarang. Kau adalah hamba aku mulai hari ini dan akan tamat pada hari Isnin next week, tepat jam 12.”

“Kau nak aku buat apa sekarang?” Sesungguhnya aku pasrah. Aku sedar kelemahan aku. Aku akan turut permintaannya. Sebab aku tak mampu melawan arahannya. Dia akan paksa juga sehingga aku ikut kemahuannya.

“Ikut aku ke kantin sekarang. Belikan aku sarapan aku dan hidangkan. Itu tugas pertama kau. Faham?” arah Naufal tegas.

Aku mendengus. Melampau sungguh permintaan dia. Aku bukannya maid dia. “Tak boleh. Aku dah janji dengan Sofea nak makan sama. Next time jelah.”

Naufal mengalihkan pandangannya ke arah Sofea yang memandang pelik dengan perlakuan kami yang berbisik-bisik. “Sofea,” panggil Amirul Naufal lembut. “Boleh tak kalau aku nak breakfast dengan makwe aku hari ni?” Naufal menyambung kata.

Makwe?? Aku terlopong. Biar betul.

“Err, Amirul, kau dengan Leya….”

Belum sempat Sofea menghabiskan katanya, Amirul Naufal sudah mengangguk.

“Oh, okay. What a surprise. Hmm, Leya, you owe me a story. Aku breakfast dengan Farsha jelah. Bye,” ucap Sofea sambil berlalu.

Aku masih tergamam.

“Cepatlah. Aku dah lapar tau tak?” Naufal sudah mengorak langkah.

Aku mengekorinya. “Naufal, kenapa kau cakap aku ni makwe kau depan Sofea?” soalku menuntut penjelasan.

Amirul Naufal menoleh ke arahku sekilas. “Tak boleh??”

Aku terus mengangguk tetapi apabila menyedari dia tidak nampak anggukanku, aku terus menjawab, “Memang tak boleh. Kau dah gila ke?”

Tiba-tiba Amirul Naufal berhenti. Tindakan drastiknya membuatkan aku hampir melanggar dia.

“Aku gila atau kau? Kau akan jadi hamba aku seminggu. Apa orang akan fikir kalau kita asyik bersama. Takkan aku nak cakap kau tu hamba aku sebab dah kalah dalam pertaruhan? Pleaselah. Orang lain tak boleh tahu pasal pertaruhan ni.”

“Tapi Sofea dah tahu.”

Amirul Naufal mengeluh. “Aku nak pertaruhan kita, hanya kita yang tahu. Lepas ni jangan bagitahu Sofea,” ucapnya lembut sambil menyentuh bahuku lembut.

“Tapi kenapa?”

Buat kali kedua, Amirul Naufal mengeluh. “Aku tak nak family kita tahu pasal ni. So, please keep it as secret. Will you?”

Aku hanya mengangguk. Tanda setuju. Amirul Naufal menghadiahkan sebuah senyuman yang mampu mengetarkan perasaanku. Benarkah? Argh, abaikan saja perasaan ini.

Kalau dah nama Amirul Naufal bin Rizman, tetap Amirul Naufal bin Rizman. Seorang playboy, penipu dan penuh dengan tipu muslihat. Oh Tuhanku, macam mana aku boleh terpedaya tadi. Tunggulah, Naufal. Sekali kau kenakan aku, kau akan menyesal seumur hidup.

Aku memandang baju kemeja miliknya yang perlu aku cuci. Aku harus gosok sekali. Ini semua angkara Ikram. Ketika aku membawa makanan dan minuman Amirul Naufal, aku terlangar kaki Ikram. Lalu air yang aku bawa tertumpah pada baju Naufal. Naufal memang meradang pada waktu itu. Dia menarik lenganku dan membawa aku ke taman mini. Tiada siapa pun di situ. Cuaca panas. Siapa yang nak duduk di situ.

“Apa yang kau cuba buat hah?” jerkah Amirul Naufal.

Aku tergamam tika itu. Baru tadi dia berlembut, sekarang… Kebiasaanya, aku akan membalas balik tetapi tidak tahu kenapa aku hanya berdiam diri. Hanya mampu mendegar jerkahannya.

“Takkan kerja senang pun tak boleh buat? Membazir duit aku je. Aku lapar tahu tak? Hilang selera aku bila kau buat hal. Kau memang dengki kan? Dasar perempuan ego. Dah kalah tu dahlah. Asal ko tak nak mengaku pulak.”

Aku tidak memberi sebarang reaksi. Aku berlalu dari situ dan terus menuju ke toilet. Tanpa aku sedari, air mataku mengalir. Ya Allah, kenapa dengan aku? Leya Aulia, please wake up. Jangan jadi lemah sebab dia. Be strong. You are strong.

Sejak itu, aku tidak menegur dia. Walaupun aku perlu mengikut arahan dia tapi, aku buat tak tahu saja. Tambahan pula, dia pun tidak menegurku. Sesekali, aku perasan dia memandangku. Mungkin itu hanya khayalan aku sahaja.

Hari ini hari Khamis. Maksudnya, sudah tiga hari aku tidak bertegur sapa dengannya. Tiga hari jugalah baju kemeja dia bersama denganku. Kadang-kadang aku terfikir kenapalah aku bersikap begini dengan Naufal.

Baju kemeja dia yang telah aku gosok kelmarin, aku keluarkan dari almari. Aku ingin memulangkannya. Selalunya pada waktu ini, mama Hanim ada di rumah. Pulangkan pada mama Hanim jelah. Mama Hanim merupakan ibu kepada Naufal.

Langkah di atur menuju ke rumah mama Hanim. Rumahnya tidaklah jauh. Sebelah rumahku saja. Mama Hanim menyambut kedatanganku dengan sebuah senyuman. Aku turut membalas senyumannya. Mama Hanim menjemputku masuk.

“Hmm, mama…ni baju Naufal,” ucapku sambil menghulurkan pada mama Hanim.

Mama Hanim memandangku pelik. “Kenapa ada dengan Leya pulak?”

Aku tersengih. “Hari tu Leya terkotorkan baju dia. Sebab tu, Leya basuhkan baju dia,” jelasku.

“Oh, patutlah. Mama ada jugak tanya dia, mana pergi baju dia? Dia tak jawab pulak. Hmm, menyusahkan Leya je. Siap gosok lagi.”

“Takpelah mama. Leya yang salah. Hmm, mama…Leya balik dululah. Ada kerja nak buat.”

Sewaktu aku ingin pulang ke rumahku, aku bertembung dengan Amirul Naufal yang baru balik. Wrong timing. Seperti biasa, aku buat tak tahu saja.

“Leya,” panggil Amirul Naufal lembut.

Aku terkesima. Aku tak sangka dia akan memanggilku. Lembut pulak suara dia. Aneh! Dengan muka selamba aku berkata, “Ya, ada apa yang patik boleh tolong, putera raja?”

Dia terkedu. Mungkin tak sangka aku akan memerlinya. “Owh, untuk pengetahuan putera raja, patik hanya berkhidmat sampai hari Isnin depan tepat jam 12. Jangan lupa ya,” sambungku lagi.

“Apa yang kau mengarut sorang-sorang ni? Baju aku mana?” soalnya kasar.

“Dah bagilah. Kat mama Hanim. Aku nak balik ar!” Aku menjawab dengan nada yang kasar juga.

“Leya, tunggu jap,” teriak Naufal sewaktu aku ingin melangkah masuk ke rumahku.

Aku berpaling, memandang Naufal dengan perasaan geram.

“Kita pergi taman nak tak?” pelawanya.

Aku mengerutkan dahi. Pelik. Aku memandang sekelilingku, kalau-kalau ada orang lain dan dia mengajak orang itu. Bukannya aku. Namun hanya aku yang berada di situ. Lalu aku menunjukkan jari telunjukku pada diriku. Bertanya dalam bahasa tangan adakah dia mengajakku.

“Aku ajak kau lah. Actually, aku nak cakap something,” terang Naufal.

Aku menerima pelawaannya setelah lama aku berfikir. Taman yang dimaksudkan oleh Naufal tidaklah jauh. Oleh itu, kami hanya berjalan kaki ke sana. Sepanjang perjalanan aku hanya berdiam diri. Begitu juga dia. Pelik. Kami tiba di taman lima belas minit kemudian. Aku dan dia memilih untuk duduk di sebuah bangku yang berdekatan.

“Ingat tak, dulu kita selalu main buaian kat sini?” Naufal memulakan bicara.

Aku hanya mengangguk. Apasal dengan mamat ni? Cakap pasal hal dulu-dulu pulak. Meremang bulu roma aku. Tak pernah aku dengan dia berbual macam ni. Tak selesalah. Lain macam je.

“Dulu kita tak pernah bermusuh kan?” soalnya.

Aku mengiakan sahaja kata-katanya. Aku lebih suka berdiam diri. Tidak tahu ingin berkata apa.

“Kenapa kita seolah-olah bermusuh sekarang?” soalnya lagi sambil mengeluh.

“Entahlah,” jawabku selamba.

Kenapa kita bermusuh? Tepuk dada tanya seleralah Encik Amirul Naufal bin Rizman. Engkau yang memulakannya. Aku hanya ikut rentak kau.

“Kau marah kat aku ke?” soalnya sambil memandangku.

Aku membalas pandangannya tetapi untuk seketika sahaja kerana aku merasakan jangtungku berdegup kencang. Mata dia merenungku tajam, membuatkan degupan jantungku berdegup lebih pantas.

“Kenapa kau tanya aku macam tu?” balasku dengan soalan setelah beberapa minit kami sepi.

Dia menjungkitkan bahunya. “Well, I wanna apologize for what I had done to you. Aku bukannya apa, aku geram la dengan kau. Kau ego. Suka berlagak depan-”

“Hello..!! Aku ego?” potongku. Kemudian aku berdiri dan memandangnya sambil bercekak pinggang. Mataku sengaja aku besarkan. “Listen Amirul Naufal bin Rizman, sebelum kau hina aku, better I tell you the truth. Kenapa kita bermusuh? Tanya diri kau. Sejak dulu lagi, kau tu tak boleh tengok aku lebih sikit. Kau tu yang ego!” sambungku.

Dia turut berdiri. “Look, I wanna make it clear today. As far as I concerned, kau yang ego. Kau nak diri kau di pandang hebat. Am I right?”

Aku pura-pura ketawa. “Aku masuk kelas piano, kau pun masuk jugak. Aku tahu kau tak minat main piano. Tapi kenapa kau masuk? Kau belajar bersungguh-sungguh macam itu passion kau. Kau jadi best student, pelajar kesayangan lagi. Aku tahu aku tak hebat tapi aku masuk kelas tu sebab aku minat.”

Naufal mengeluh. Dia duduk semula di bangku tadi. “I don’t have any explanation for that. I have my own reason by doing that. Aku tak boleh bagitahu kau. Personal.”

“Huh! Apa yang kau nak rahsiakan daripada aku?” soalku ingin tahu.

Dia tidak menjawab. Aku duduk semula setelah penat menunggu bicaranya. Tidak lama kemudian, dia memulakan bicaranya.

“ Kenapa kau berlumba-lumba dengan aku untuk dapat award best student dulu? Then kau menunjuk-nunjuk depan aku. Kau buat macam tu sebab result PMR kau tak macam aku kan? Isn’t that we called ego?” soalnya menukar topik tadi.

Aku menarik nafas dalam. “Then yang kau ajak aku bertaruh tu apa? Kau tak dapat terima I got the award, isn’t it? Aku dah jadi class monitor tapi kawan-kawan kau bangkang. Tak ke ego namanya. Kesian Cikgu Suraya. Disebabkan ego kau yang melangit, kau singgung perasaan cikgu.”

“Leya, aku takde kena mengena pasal Jason dan Ikram tu. Okay, aku mengaku yang pasal bertaruh tu aku buat sebab aku geram dengan kau.” Naufal berdiri semula. Kemudian dia menyambung kata, “Aku geram dengan kau yang berlagak depan aku. Aku dah penat tengok kau berlagak. Aku lelaki. Aku ada perasaan tak boleh kalah. Aku mengaku aku ego waktu ini. Tapi pasal kelas piano, tae kwan do, best student and whatsoever aku buat bukan pasal ego aku. For God’s sake, I have my own reason that I can’t tell you.”

Aku tak dapat memikirkan alasan yang logik. Biarlah. Buang masa memikirkan benda ini. Aku tidak memberi sebarang reaksi. Beberapa minit kemudian, Naufal bersuara semula.

“Boleh tak kita berdamai? Ya, maybe betul kata kau aku ni tak matang. Aku sedar. Kita dah lama kenal tapi asyik bergaduh je.”

Aku mencebik. “Kau yang mulakan dulu. Asyik buli aku pulak tu.”

Amirul Naufal tergelak kecil. Aku memandangnya pelik. Setahu aku, tiada apa yang kelakar dengan ucapanku. Apa yang dia gelakkan? “Asal kau gelak? Betul apa aku cakap. Kau tu asyik buli aku je. Dari dulu sampai sekarang,” ucapku mempertahankan diri.

Naufal mengusap rambutku tiba-tiba. Kasar. Perbuatan yang paling aku tak suka. Dia pula asyik buat macam ni.

“Bila masa aku buli kau?” tanya dia bersahaja.

“Dulu! Ada satu hari tu, kau peluk aku depan kawan-kawan sebab aku tak nak ikut kau makan ice cream. Segan tau,” aduku.

Naufal ketawa terbahak-bahak. Eh, apa kena dengan mamat ni? Asyik ketawa je. Dah putus wayar ke? Namun, terdetik satu perasaan ketika aku mendengar dia ketawa. Perasaan bahagia barangkali. Kami tidak pernah berbual seperti ini. Naufal pula sangat garang dan serius. Tidak tahu kenapa hari ini dia berkelakuan aneh.

“Aku peluk pun salah ke? Dulu waktu kecil-kecil kita selalu juga berpeluk. Kau tak ingat? Time kita gaduh dulu, kau hampir tercium aku. Ada aku kisah?” soalnya selamba.

Aku tergamam. Tak dapat aku gambarkan perasaanku pada tika itu. Aku malu. Mukaku mula panas. Aku memandang rumput. Aku lebih rela memandang rumput daripada memandang muka dia yang sedang tersengih-sengih. Tiba-tiba, aku terasa aku perlu mempertahankan diriku.

“Waktu tu kita kecil lagi. Baru lima tahun. Memang ar takde hal. Time kau peluk aku tu, kita dah 12 tahun. Mana aku tak marah kau. Kita dah besar.Tak elok buat macam tu,”jelasku.

Naufal mengangguk perlahan. “Oh macam tu eh? Sekarang aku nak peluk kau boleh tak?” soalnya spontan.

Aku terus berdiri. Tindakan drastik. Terperanjat aku mendengar bait-bait kata yang keluar dari mulut Naufal.

Naufal turut berdiri. Mulutnya tidak lekang dengan senyuman. Sekali lagi dia mengusap kasar rambutku. “Relax lah. Aku tahu kita dah besar. Ada batas pergaulan.”


No comments: