Wednesday, July 21, 2010

Rahsia Hati--- Bab 2


Sebelum melangkah masuk ke kelas, aku menarik nafas dalam. Kemudian aku melangkah masuk sambil memberikan senyuman kepada pelajar yang sudah pun berada dalam kelas.

“Morning semua,” ucapku ceria.

First day, first impression. So, mestilah tunjuk yang baik-baik. Aku mengambil tempat di ruang tengah yang masih kosong. First row and second row sudah ada orang duduk. So, aku mengambil tempat third row.

“Hai, Leya. Aku duduk sebelah kau, boleh tak?” soal Sofea, kawan karibku.

Walaupun berlainan kelas, aku dan dia masih berhubung dan makan bersama-sama sesekali. Kebiasaannya, Sofea yang datang ke kelasku. Malas aku nak ke kelas dia. Sudah tentu aku akan bertemu mamat biadab tu. Tambahan pula, kami sama-sama pemain bola tampar. Selain bola tampar, aku juga pemain bola jaring.

Aku menghadiahkan Sofea sebuah senyuman. “Duduklah. Aku memang nak kau duduk sebelah aku. Tak payah tanya lagi.”

Sofea tersengih. Ketika itu, aku ternampak, Amirul Naufal melangkah masuk dengan rakan-rakannya. Mood aku hilang tiba-tiba.

“Kenapa dengan kau Leya? Tadi ceria semacam, sekarang moody pulak,” ujar Sofea pelik.

Aku mendengus. “Aku tension la.”

Sofea mengerutkan dahinya. “La… Kenapa pulak? Ada kaitan dengan jiran kau tu ke? Si Amirul tu?”

Aku pantas mengangguk. Sofea memanggil Naufal, Amirul. Semua orang panggil dia Amirul kecuali family dia, family aku dan aku. Sofea memang tahu aku tak suka Naufal. Setiap kali aku geram dengan Naufal, aku luahkan pada Sofea.

“Hisy, korang ni. Ada je hal. Kali ni dia ajak kau bertaruh apa?” soal Sofea yang sememangnya memahami aku.

“Jawatan class monitor. Kalau aku kalah, aku kena jadi hamba dia for a week,” terangku.

“What? Hisy, aku pelik ar. Kalau dia dah gila sangat kat jawatan tu, kenapa dia tak nak jadi prefect je. Mana tau dia dapat jadi ketua pengawas pulak.” Sofea turut geram.

Aku pun memikirkan perkara yang sama-sama. Dia seperti berlumba dengan aku untuk menjadi best student kat sekolah. Aku sertai aktiviti koku sebab aku minat. Last year, aku jadi class monitor pun sebab Cikgu Suraya yang nak sangat aku jadi class monitor. Aku memang tak minat bidang tugas pengawas sebab tu aku tak mohon. Setahu aku, aku dengan Naufal dah banyak kali ditawarkan jawatan pengawas tapi bila aku tolak, dia pun tolak. Hmm, memang dia sengaja nak ikut apa yang aku buat. Tapi, apa motif dia?

“Hai, Leya,” tegur Caren, kawan lamaku.

Seperti tadi, aku menghadiahkan sebuah senyuman pada Caren. Ingat Leya Aulia binti Azman. First impression is important. “Hai. Nice to meet you again.”

“Nice to meet you too. Hmm, I know it’s already late to say congrat but I hope you don’t mind. Congratulation for your achievement. Tak sangka you can beat all of us down.”

Aku tersengih. “Thanks. Well, see you around. Jangan sombong dengan aku tau.”

Aku kenalah jadi ramah sikit. Bukan apa, nak ambil hati rakan sekelas. Moga-moga dorang undi aku. Beberapa minit kemudian, Caren berlalu pergi setelah berborak denganku. Kemudian, aku menoleh ke arah Sofea yang duduk di sebelah kananku.

“Sofea, macam mana ni?” soalku agak risau.

Sofea memandangku pelik. “Macam mana apa? Aku tak faham ar.”

Aku menepuk dahiku. “Adui, pasal taruhan tulah,” jawabku perlahan. Aku tidak mahu orang lain tahu pasal pertaruhan ini.

“Oh, pasal tu. Kenapa dengan taruhan tu?” soal Sofea yang tidak memahami maksud aku.

Aku mengeluh. Tak faham ke? “I don’t think I can win this challenge. Dulu, mamat tu class monitor kau kan? Hmm, dia okay tak? Buat kerja tak? Bertanggungjawab tak?” soalku bertalu-talu.

Sofea ketawa kecil. “Relax ar. Hmm, dia memang okay. Class monitor yang bagus and baik..tapi kau jangan risau. Girl dalam kelas ni kan lebih ramai daripada lelaki. Girl ada 20. Boy ada 10 je.”

“Tapi, aku sure ada girl akan vote dia. Kau tahulah dia tu kan kegilaan ramai. Dalam kelas ni pun aku tau ada seorang dua minat dia. Am I right?”

Sofea mengangguk perlahan. “Okay, aku try pujuk kawan-kawan aku untuk vote kau,” cadangnya.

Aku mengerutkan dahi. “Tak bestlah. Nanti dorang fikir aku nak sangat jadi class monitor. Aku ingat tahun ini aku tak payah jadi class monitor lagi. Hisy, mamat ni menyusahkan betul,” luahku geram.

“Kau tak payah lah risau. Aku try pujuk dorang tapi aku takkan bagitahu kau yang suruh. I’ve my own way,” pujuk Sofea yang cuba menenangkanku.

Akhirnya, aku bersetuju dengan Sofea. Mujur aku ada kawan yang baik macam Sofea. Aku mengerling jam. Lagi setengah jam, kelas akan bermula. Kebiasaannya, masa pertama, form teacher akan masuk. Ketika itu pula, pemilihan monitor, assistant monitor dan lain-lain akan dilakukan. Tiba-tiba aku terdengar deheman seseorang di sebelah kiriku. Aku terus menoleh ke arah deheman itu.

Naufal. Hmm, dia rupanya. Menyampah aku. Aku menghadiahkan sebuah jelingan padanya. Lalu, aku menoleh ke arah lain. Sofea sudah pun menjalankan misinya.

“Get ready to be my servant for a week, my dear princess,” bisik Naufal dekat di telingaku.

Aku sangat terperanjat. Lemah jantungku. Kenapalah dia suka buat macam ni eh. Leya Aulia, be strong. Aku menoleh ke arah kiriku lagi.

Sambil tersenyum sinis, aku berkata, “Stop calling me with my dear princess or my dear. Gelilah. Dasar playboy.”

Amirul Naufal hanya gelak.

Ya Allah! Biar betul! Cikgu Suraya melangkah masuk ke kelasku. So, Cikgu Suraya guru kelasku. Sangat kebetulan. Aku ni anak murid kesayangan Cikgu Suraya, so sudah tentu dia yang akan pilih aku jadi class monitor seperti tahun lepas. Peluang aku untuk menang makin bertambah.

Setengah jam kemudian, Cikgu Suraya sudah mula menyebut pasal pemilihan jawatankuasa. Tiba-tiba aku berdebar-debar. Pelik. Selalunya, aku tak macam ni. Dah banyak kali aku bertaruh dengan mamat tu dan dah banyak kali aku kalah.

“Baiklah. Cikgu rasa pemilihan jawatan tu, biarlah cikgu pilih sendiri. Lagipun, cikgu tahu siapa yang boleh buat kerja, siapa yang tak. Cikgu tahu siapa yang layak atau tak. Kalau buat undian, cikgu takut kamu tak pandai memilih. Lagipun lecehlah,” ucap Cikgu Suraya.

Bunga-bunga kegembiraan mula membaluti diriku. Peluang aku makin cerah. Gelaplah peluang kau, wahai mamat yang biadab.

Cikgu Suraya menyambung kata, “Saya nak Leya Aulia jadi class monitor, assistan pulak…”

Ketika aku ingin bersorak kemenangan, ada satu suara yang mengajukan soalan kepada Cikgu Suraya. Suara itu milik Jason, kawan baik mamat tu.

“Sorry, cikgu. Kalau cikgu nak pilih ahli jawatankuasa, can you please tell us the reason you choose them?”

Cikgu Suraya tersenyum. “Hmm, Jason, cikgu pilih Leya sebab dia pernah jadi class monitor cikgu dulu. Cikgu selesa dengan dia dan dia buat kerja dengan baik. No doubt. Ada bantahan ke?” soal Cikgu Suraya tenang.

Aku menoleh ke arah Amirul Naufal sambil tersenyum lebar.

“Err, cikgu, saya rasa lelaki lebih sesuai jadi class monitor. Perempuan pulak jadi assistant monitor. Lagipun lelaki dalam kelas ni pun boleh buat kerja. Dulu, class monitor kami Amirul. Dia okay jugak. Buat kerja. Cikgu boleh tanya pelajar lain. Betul tak, kengkawan?” Ikram membantah.

Aku mendengus. Ikram pun kawan karib mamat tu. Mamat tu dah tentu berkomplot dengan kawan-kawannya. Taktik kotor!

“Apa salahnya kali ini girl pulak jadi class monitor?” balas Farsha tiba-tiba.

Aku terus menoleh ke arahnya lalu menghadiahkan sebuah senyuman. Dia turut membalas senyumanku.

Cikgu Suraya mengeluh. “Kenapalah dengan kamu ni? Inilah dia sikap pelajar kelas pandai. Ada je yang tak kena. Membantah je. Cikgu kan perempuan, so senanglah sikit cikgu nak berurusan.”

“Cikgu, maafkanlah kami. Saya rasa kalau kita undi lagi baik. Kan kita amalkan demokrasi. Kalau cikgu yakin class monitor yang kami pilih pemalas, cikgu boleh pilih Leya,” cadang Jason.

Cikgu Suraya mengeleng-gelengkan kepalanya. “Kamu nak kata cara saya salahlah ni. Tak demokrasi?” soal Cikgu penuh emosi.

Kesian pulak aku pada Cikgu Suraya. Akhirnya aku mengalah. Aku tahu mamat tu akan buat apa sahaja asalkan dia menang. “Cikgu, saya rasa lebih baik kita ikutkan sahaja kehendak mereka. Mungkin mereka fikir saya tidak layak jika dibandingkan dengan Naufal.” Aku menekankan nama mamat tu. Geram aku melihat sikap dia. Rasa macam nak cekik-cekik je.

Lenganku dicuit tiba-tiba oleh Sofea. Aku menoleh ke arahnya.

“Are you out of your mind? You are the winner already….why you let it go?” bisik Sofea.

Aku mengeluh. “That jerk man will do anything as long as he wins. Kesian Cikgu Suraya.”

Akhirnya Cikgu Suraya bersetuju tetapi dengan syarat dia akan undi juga. Lalu kami pun mengambil sehelai kertas dan tulis nama yang kami undi. Aku tahu aku akan kalah juga. Oleh itu, biarlah mamat yang dah kemaruk tu menang. Aku menulis nama Amirul Naufal besar-besar atas sehelai kertas.

Sewaktu aku ingin menyerahkan kertasku pada Cikgu Suraya, aku singgah sekejap di meja Amirul Naufal yang duduk di sebelah kiriku. Kami hanya dipisahkan oleh sebuah laluan. Dia sedang termenung. Aku menunjukkan kertas undianku.

“Puas sekarang? Taktik kotor,” sindir aku geram.

Dia tercengang mendengar sindiranku. Tanpa mengendahkannya, aku terus berlalu. Selepas memberi kertas undianku pada Cikgu Suraya, aku ingin kembali ke tempatku. Ketika itu aku berselisih dengan Amirul Naufal. Mukanya sangat serius.

“I didn’t owe you anything, Leya Aulia,” ucapnya sambil menunjukkan kertas undiannya.

Dia mengundi aku? Dasar lelaki ego!


No comments: