Thursday, July 22, 2010

Rahsia Hati--- Bab 17


Keesokan harinya, aku bersiap-siap untuk bertemu papa Riz dan mama Hanim. Err, Naufal juga. Aku rasa berdebar-debar pula ingin bertemu mereka. Naufal dah nak pergi. Aku takkan dapat jumpa dia dalam tempoh tiga bulan.

Tiba-tiba, aku terdengar mama menjerit namaku. Lalu, aku keluar dari bilikku lalu turun ke tingkat bawah.

“Cepatlah, Leya. Papa Riz dah nak bertolak tu,” gesa mama.

Aku keluar rumah akhirnya. Saat itu, aku lihat Ikram, Sofea, Afiq, Jason, Nina turut datang untuk bertemu Naufal. Naufal sedang berbual dengan mereka. Aku berpura-pura tidak melihat mereka. Aku menuju ke arah mama Hanim.

“Ma, Leya tak tahu pun mama nak pindah. Malam tadi baru Leya tahu,” ucapku setelah menyalami mama Hanim.

“Lah, mama ingat Naufal dah beritahu. Bertuah punya budak. Maaflah Leya.” Mama Hanim memelukku tiba-tiba.

Aku membalas pelukannya. “Tinggal sorang je mama Leya.” Aku berjenaka.

Mama Hanim ketawa. Ketawa mama Hanim menarik perhatian Naufal untuk memandang belakang. Saat itu, mataku bertentang dengan matanya. Aku menjadi sebak tiba-tiba. Tidak mahu melayan perasaan sedih yang hadir, aku melarikan pandangan.

Papa Riz menghampiriku dan mama Hanim. Aku menyalami tangannya. “Bawa kereta berhati-hati, ya papa Riz,” pesanku.

Papa Riz tersenyum. Papa Riz mengusap rambutku kasar seperti Naufal. Aku terkedu. Sudah lama Naufal tidak berbuat begitu.

“Kamu tu.. jaga rumah ni baik-baik.” Papa Riz memesan pula.

Aku mendongak memandang papa Riz. “Papa ni, bukannya nak suruh Leya jaga diri baik-baik. Ada ke patut suruh Leya jaga rumah baik-baik,” rungutku.

Papa Riz dan mama Hanim tergelak. “Papa gurau jelah. Jaga diri baik-baik, ya Leya. Jangan buat papa dan mama risau. Dulu bolehlah mama Leya minta Naufal nasihatkan. Sekarang Naufal dah tak ada. Pandai-pandai jaga diri. Leya dah jumpa Naufal ke belum?” soal papa Riz.

Lambat-lambat aku menggeleng.

“Hisy, Leya ni. Pergi jumpa cepat. Papa Riz dah lambat ni. Tak sempat Leya nak berbual dengan Naufal nanti.”

Aku hanya membisu. Tercegat di depan papa Riz. Macam mana aku nak jumpa Naufal? Takkan nak pergi sana. Seganlah. Menyedari aku masih tercegat di depan papa Riz dan mama Hanim, mama Hanim memanggil Naufal ke mari.

“Papa dah nak bertolak ni. Kamu belum jumpa Leya pun lagi,” ucap mama Hanim ketika Naufal menghampiri kami. “Bang, mari jumpa Farah dan Azman. Tinggalkan budak berdua ni.” Mama Hanim memberikan ruang untukku bercakap.

Jantungku berdegup kencang. Mama Hanim dan papa Riz sudah meninggalkan kami berdua. Kini tinggal kami sahaja. Aku mengetap bibir. Tidak tahu nak kata apa.

“Err, thanks sebab bagi aku jaket tebal tu.” Naufal memulakan bicara.

Birthday aku semalam, tapi aku yang bagi dia hadiah. Dia tak beri aku hadiah pun. Di tangannya kosong. Jangan-jangan dia lupa birthday aku semalam. Aku melepaskan keluhan kecil.

“Sorry eh, kalau aku ada buat kau kecik hati.” Naufal berkata lagi.

Aku memberanikan diri memandangnya. Baru aku perasan Naufal memakai topi yang ku hadiakan dulu. Aku tersenyum. “Aku pun nak minta maaf. Mana tahu kata-kata aku ada menyinggung perasaan kau. Sorry. Anyway, thanks ‘cuz wearing that cap.”

Aku menoleh memandang ke arah lain. Tidak sanggup lagi memandangnya. Bagai nak terkeluar jantungku.

Naufal menarik nafas dalam lalu menghembusnya. “Err, take care. Jangan bersedih. Make yourself happy.” Naufal memberi nasihat.

Aku mengangguk. “Kau pun jaga diri kat tempat orang. Kirim salam kat nenek kau. Kalau free, call lah aku. YM ke.”

Kemudian kami sepi. Hanya berdiri. Masing-masing tidak tahu nak cakap apa. Tiba-tiba papa Riz panggil. Dia sudah mahu bertolak. Aku dan Naufal menghampiri kereta.

“Thanks ‘cuz sudi hantar aku.” Naufal bersuara tiba-tiba.

Aku menoleh ke arahnya. Aku mula sebak. Namun aku cuba mengawal diri. “You’re welcome.”

Kemudian Naufal menuju ke arah temannya. Naufal memeluk semua kawan lelakinya. Aku memandang ke arah mereka. Naufal sedang berkata sesuatu kepada Nina, kemudian Sofea. Tidak lama kemudian, Naufal menghampiriku yang sedang berdiri berhampiran pintu kereta.

“Take care. Aku sayang kau,” ucap Naufal perlahan sambil mengusap kepalaku lembut.

Aku tersentak. Naufal mengucapkan sayang seperti dulu dan dia mengusap kepalaku. Ah, terlalu lama aku tidak merasai detik ini. “Aku sayang kau juga,” ucapku antara dengar atau tidak.

Naufal melangkah masuk ke dalam kereta. Kereta yang di pandu papa Riz mula menjauh. Aku terkaku memandang kereta papa Riz. Naufal sudah pergi. Air mata yang cuba ku tahan sejak tadi tumpah juga. Pantas, aku menyekanya.

“Leya, papa dan mama masuk dulu,” beritahu mama.

Aku hanya mengangguk. Nina, Jason dan Afiq mula mengundurkan diri. Kini hanya tinggal aku, Sofea dan Ikram. Aku memandang ke arah Sofea yang sedang menghampiriku. Aku menghadiakan sebuah senyuman buat mereka.

“Nah,” ucap Ikram sambil menghurkan beg kertas yang dipegangnya dari tadi. “Hadiah birthday kau dari Amirul.” Ikram menjelaskan.

Aku terpempan. Naufal ingat birthday aku. Kenapa dia tidak mahu memberikannya sendiri tadi. Aku mengambil beg kertas itu dari tangan Ikram sambil mengucapkan terima kasih. “Kenapa dia tak bagi kat aku sendiri?” soalku ingin tahu.

“Habis tu, dah kau keluar dengan boyfriend kau, macam mana dia nak bagi,” kata Sofea sinis.

“Sukalah kau. Amirul Naufal yang kau benci, yang kau kata ego, sombong, berlagak tu dah melarikan diri ke London sebab kau.” Ikram menempelak pula.

Aku tersentak. Apa maksud Ikram? Naufal melarikan diri ke London? Sebab aku? Bukankah dia ke London kerana ingin tinggal bersama neneknya. “Kenapa kau kata macam ni?” soalku pelik.

Ikram ketawa sinis. “Nak tanya lagi. Sendiri fikirlah.”

“Kau tahu tak Amirul dah banyak sakit hati dengan sikap kau tapi dia masih layan kau. Dia tu manusia biasa juga. Ada tahap kesabarannya sendiri. Ada ego juga. Bila dia tak layan kau, kau marah. Kau cakap kami sisihkan kau. Fikirlah sebab apa? Sebab kau juga.” Sofea membentak.

Aku terdiam. Mereka tahu pasal ni? Argh, sudah tentu Naufal beritahu Ikram dan Ikram beritahu Sofea.

“Kalau kau nak tahu, Naufal pergi London sebab nak larikan diri dari kau. Dia dah tak tahan dengan kau. Kau anggap dia macam patung. Bila kau nak, kau cari. Tak nak, kau buang. Dia bukan patung. Dia manusia jugak. Ada perasaan. Sampai hati kau buat dia macam ini,” marah Ikram lagi.

Aku hanya membisu. Tidak faham apa yang mereka maksudkan. Aku tak mampu berkata apa-apa.

“Jom Ikram. Tak payah layan perempuan kejam macam dia ni,” kata Sofea kejam.

Mereka sudah berlalu pergi. Aku melangkah masuk ke dalam rumah dengan langkah yang longlai. Aku menuju ke bilikku bersama hadiah Naufal. Sampai sahaja di bilik, air mata yang ku tahan sejak tadi, mengalir laju. Aku bersandar di pintu. Aku terduduk di situ.

Naufal sudah pergi. Aku tak dapat melihatnya lagi. Aku dah tak dapat bergelak tawa bersamanya. Tiada lagi teman bermain. Aku mengeluarkan hadiah pemberian Naufal.

Sehelai selendang yang sangat cantik dan sebuah pemain MP4 model baru. Ada sepucuk surat di dalam beg kertas ini. Lalu, aku membuka surat itu.

Leya,

Happy Belated Birthday! Aku yakin kau akan dapat surat ini pada hari aku berangkat ke London. Maafkan aku sebab aku tak dapat sambut birthday kau. Maafkan aku juga kerana bersikap dingin dengan kau saat kau datang ke rumah aku. Pada hari kita habis jawab paper SPM. Aku tak berniat buat kau berkecil hati cuma aku ada problem sikt waktu itu. Sorry sebab aku tak bawa kau untuk celebrate hari kita tamat SPM. Ikram yang ajak aku keluar. Mungkin kau sedar yang dia tidak berapa menyenangi kau. Mungkin kau tak tahu kenapa dia bersikap begitu.

Percayalah, kau tak salah apa-apa. Sorry sekali lagi sebab aku menolak cadangan kau waktu kau ajak aku keluar pada hari Ahad. Aku sedar birthday kau pada hari Ahad. Dan aku yakin kau akan celebrate dengan Faris. Aku tak nak kau tersepit antara aku dan Faris. Waktu kau menangis pada petang Sabtu, aku rasa bersalah sangat. Maafkan aku meninggalkan kau begitu saja. Kau ada tanya aku, apa salah kau? Trust me, kau tak salah apa-apa. Jangan fikirkan sangat, ya.

Lama-lama, okaylah si Sofea tu. Sorry 4 everything. Terimalah hadiah aku ni. Lawa kan selendang tu. Harap kau suka. Kau manis sekali bila bertudung. Hmm, MP4 tu… aku dah masukkan lagu yang aku suka. Dengarlah kalau sudi. Hee.. Jangan delete! Hmm, last but not least, take care. Aku sayang kau.

L.o.L

Amirul Naufal

Aku sungguh terharu membaca suratnya. Naufal terlalu baik. Aku sayang kau juga. Sekarang tentu Naufal masih berada dalam kereta. Aku mencapai telefonku, ingin menelefonnya. Namun nombor Naufal tidak aktif. Dia offkan phone. Aku mengeluh hampa. Tiba-tiba aku teringatkan kata-kata Ikram dan Sofea sebentar tadi. Apa maksud mereka?

Naufal larikan diri sebab aku? Tapi kenapa. Aku dikatakan menganggap Naufal umpama patung. Bila masa aku buat Naufal macam patung? Siapa yang boleh menjelaskan tuduhan yang dilemparkan mereka padaku? Naufal sudah pergi. Sofea? Ikram? Aku mengeluh. Tak mungkin mereka ingin menjelaskan padaku. Benarkah kata Sofea bahawa Naufal selalu sakit hati denganku? Bilakah jawapan aku akan terjawab.

Aku bangun menuju ke katilku. Aku genggam selendang pemberian Naufal. Aku mendengar lagu yang Naufal masukkan ke dalam MP4 yang di berikannya. Aku tersenyum. Lagu pertama ialah lagu Faizal Tahir, Cuba. Tergambar semula saat Naufal menyanyikan lagu itu untuk aku. Mujur aku rakam. Boleh juga aku mainkan semula. Di mana ya video camera aku?

Aku bangun lalu cuba mencarinya. Beberapa minit kemudian, aku sudah menemukan video camera milikku. Aku menonton semula detik indah itu. Aku tersenyum melihat Naufal yang begitu menghayati lagu itu.


2 comments:

farhah_hanan said...

saye nangeh~ sedye syngt~sob~

bitterheartfly said...

sedihnye..sy pun nanges gak..