Thursday, July 22, 2010

Rahsia Hati--- Bab 14


Hari berganti hari. Minggu berganti minggu. Bulan berganti bulan. Kini, sudah pun bulan September. Bulan Ramadhan muncul kembali. Semua umat Islam mula berpuasa. Sempena bulan mulia ini, aku mula memakai tudung. Teringat aku, Naufal pernah memesanku banyak kali supaya menutup aurat. Baru kini aku ingin berbuat begitu.

Aku masih ingat kata-kata Naufal saat dia ternampak aku memakai tudung buat kali pertama. ‘Kau nampak ayu bila tutup aurat.’ Aku tersenyum ketika mendengarnya. Satu keluhan keluar dari mulutku.

Hubunganku dan Naufal semakin renggang. Bukan aku yang menjauhkan diri. Tetapi dia. Dia yang mengelakkan diri. Hanya bertegur sapa bila bertemu sahaja. Naufal sudah berubah. Tiada lagi kemesraan. Aku rindu, sangat-sangat rindu saat kami bersama. Faris? Faris tak sama dengan Naufal. Tingkahku bebas di hadapan Naufal namun di hadapan Faris, aku perlu control.

SPM semakin dekat. Trial baru sahaja berlalu. Keputusan trial aku kurang baik. 5A 5B. Aku sangat kecewa. Keputusan Naufal cemerlang. Mengapa semua ini terjadi? Adakah disebabkan Faris? Argh, jangan salahkan orang lain. Hubunganku dengan Faris sudah semakin hambar. Aku ibarat sebatang kara. Tiada kawan-kawan yang menyinari hidupku. Sudahlah aku anak tunggal.

Seminggu lagi, Hari Raya Aidilfitri menjelang. Sekolah pun sudah mula cuti. Aku serta papa dan mama akan pulang ke kampung Jumaat ni. Kampungku berada di Pahang. Kami akan berada di sana selama seminggu. Seminggu selepas raya, aku akan mula bersekolah. Seminggu kemudian, SPM begin.

Aku semakin tertekan. Sudahlah aku hanya mendapat 5A. Kadang-kadang aku terasa mahu menjerit. Aku tiada teman untuk berbicara. Faris? Tidak. Aku sama sekali tidak akan berkongsi kekecewaan bersamanya. Aku tidak rasa itu satu tindakan yang bijak.

Lewat petang, Naufal datang ke rumahku. Aku sangat gembira dengan kehadirannya. Sejak peristiwa aku mungkir janji, Naufal tidak pernah menjejakkan kaki ke rumahku.

“Kau sihat?” tanya Naufal prihatin.

Aku mengangguk. Fizikal ku sihat tapi mental ku menderita. Naufal merenungku.

“Kau macam sembunyikan sesuatu je?” Naufal cuba mengorek rahsia.

Aku membisu. Melihat aku hanya membisu, Naufal bersuara. “Aku datang ni sebab mama Farah yang suruh. Dia kata kau murung saja. Kenapa?” soal Naufal lagi.

Aku merenung Naufal. Kemudian aku melepaskan keluhan berat. Naufal datang sebab mamaku yang suruh? Jika, mama ku tidak suruh, dia tak akan datang. Aku kecewa. Kecewa dengan Naufal. Aku menarik nafas dalam, cuba menyembunyikan kekecewaanku. “Aku okay. Entahlah. Maybe stressed kot. SPM nak dekat.”

Naufal mendekatiku lalu duduk di sofa yang sama denganku. Saat itu, mama ku di dapur. Menyediakan makanan berbuka.

“Kau sedih eh pasal result trial kau?” serkap Naufal.

Ya! Itu salah satunya. Tapi, the main reason is sikap kau. Namun aku hanya berkata dalam hati. Tidak aku luahkan.

“Leya, kau ada masa lagi. Jangalah bersedih. Mungkin Allah nak uji kau. Kau jangan cepat putus asa dengan nikmat Allah. Mana tahu, keputusan SPM kau cemerlang. Kau tak boleh bersedih. Aku tahu kau dah berusaha untuk trial. Tapi, kau kena ingat Allah itu Maha Berkuasa. Jika Dia kata jadi, maka jadilah. Kau perlu banyakkan berdoa. Dekatkan diri dengan Allah. Bukannya bermurung.” Naufal memberikan nasihat kepadaku.

Aku tersenyum. Naufal sangat matang. Kata-katanya menusuk kalbuku, mendamaikan jiwa, menghilangkan tekananku. “Thanks. Thanks a lot for the advice. Kata-kata kau telah menyedarkan aku daripada alpa.”

Naufal membalas senyumanku. Lama sungguh dia tidak tersenyum begitu padaku. Aku nampak tangannya ingin mengusap rambutku namun dia tarik balik. Mungkin sebab bulan puasa. Tiba-tiba mama muncul dari dapur.

“Naufal, buka kat sini jelah,” pelawa mama.

“Tak apalah, ma. Mama Naufal dah masak untuk Naufal. Kesian pulak kat mama.” Naufal menolak lembut ajakan mamaku. “Hmm, ma. Dah nak dekat buka ni. Naufal balik dululah. Leya pun dah okay.” Naufal meminta diri. Setelah menyalami tangan ibuku, Naufal pulang ke rumahnya. Dia langsung tidak menoleh ke arahku.

“Baik sungguh si Naufal ni. Susah nak cari budal laki macam dia sekarang ni,” ulas mama.

Dalam hati, aku mengiakan kata mama. Naufal memang baik, anak mama yang jahat. Tanpa aku sedari, ada air mata yang mengalir. Pantas aku menyekanya. Tidak mahu dilihat mama.

No comments: