Thursday, July 22, 2010

Rahsia Hati--- Bab 13


Aku tidak sabar ingin ke sekolah hari ini. Aku ingin bertemu Naufal. Pukul 6.30 aku sudah berada di kelas. Sangat awal. Saat itu hanya ada Sofea yang selalu datang awal dan Ivy. Peluang ini aku gunakan untuk berbual dengan Sofea.

“Sofea, hari ini nak makan sama-sama tak?” Aku mengajaknya berbual.

Namun, Sofea tidak menjawab. Dia pura-pura leka dengan Sudokunya. Aku tahu Sofea hanya berpura-pura. Lalu, aku menarik buku Sudoku dari tangannya.

“Wei, apa ni?” Sofea melenting marah.

Ivy yang dengar suara Sofea yang kuat memandang, kemudian meneruskan kerjanya. Aku memandang Sofea semula. “Aku tengah cakap dengan kau kan.”

“Aku tak nak buang masa cakap dengan kau. Bagi balik buku aku,” marah Sofea.

Aku tersentak melihat sikap Sofea. Tidak pernah dia bersikap begini denganku. “Kenapa dengan kau ni? Asal kau dah berubah?”

Sofea tersenyum sinis. “Aku?” Sofea menunjukkan jari telunjuknya pada dirinya sendiri. “Aku yang berubah? Wei, pikirlah. Aku yang berubah atau kau?” Sofea menunjukkan jarinya kepadaku pula. Nadanya tetap sinis sekali.

Aku terkedu. Kenapa aku? “Sofea, cuba kau bagitahu aku apa yang kau tak puas hati sangat dengan aku?”

“Banyak. Banyak yang aku tak puas hati dengan kau. Kalau kau nak tahu, aku sangat marah bila kau tak datang Sabtu lepas.” Sofea memberitahu.

Aku mengerutkan dahi. Apa kaitan Sofea dengan Sabtu lepas? “Apa maksud kau dengan Sabtu lepas?” Aku menyoalnya.

Sofea mendengus. “Kau ni memang tak tahu atau pura-pura tak tahu?” Sofea menyoal sinis.

Geram pula aku dengan Sofea. “Apa maksud kau? Aku tahu aku dah buat salah Sabtu lepas tapi apa kaitan dengan kau. Itu antara aku dan Naufal.” Aku sudah tidak dapat mengawal marah.

Nasib baik tika itu hanya ada Ivy. Ivy memang tidak suka masuk campur hal orang. Sofea merenungku tajam.

“For your information, Sabtu lepas birthday Amirul yang kau anggap macam abang tu. Ikram dan Afiq nak celebrate, just for fun. Tapi Amirul cakap dia dah janji nak keluar dengan kau. So, Ikram dengan Afiq berpakat nak celebrate kat pantai. Tempat yang sepatutnya kau pergi. Bukannya berdua dengan Faris. Aku dan Jason join sekali, ingat nak surprise kan Amirul yang sedang keluar dengan kau. Bila kami sampai, kau tak ada. Hanya ada Amirul. Aku nampak dengan mata aku sendiri Amirul kecewa. Sampai pukul enam kami tunggu. Tapi bayang kau pun tak ada. Ikram ajak Amirul balik. Tapi dia tak nak. Dia nak tunggu kau lagi. Akhirnya, aku dan Ikram temankan dia sampai pukul tujuh. Jason dengan Afiq nak balik sebab ada hal. Puas hati kau sekarang.” Sofea menempelak.

Aku terlopong mendengar cerita Sofea. Benarkah? Aku tidak mampu berkata apa-apa. Aku hanya rasa bersalah. Dan aku akan terus rasa bersalah jika Naufal tidak memaafkanku.

“Kau yang dah berubah. Sejak ada Faris, aku dah tak kenal lagi Leya Aulia.” Sofea menempelak lagi sambil berdiri. Dia kemudian keluar dari kelas.

Aku menggelengkan kepalaku perlahan. Tidak! Kehadiran Faris dalam hidupku tidak merubah diriku. Aku masih seperti dulu. Mereka yang menyisihkan aku. Mereka tidak boleh menuduhku sudah berubah disebabkan peristiwa Sabtu lepas.

Aku menunggu kehadiran Naufal. Namun, dia tidak muncul-muncul. Teman-temannya yang lain sudah pun berada di kelas. Tidak hadirkah dia? Takkan pasal aku, dia tak nak datang. Tak mungkinlah. Entah-entah dia tak sihat.

Loceng berbunyi, namun bayang Naufal masih tidak kelihatan. Mataku terlekap di pintu masuk. Kawan sekelasku sudah pun bangun dan menuju ke tapak perhimpunan. Aku mengikuti mereka dengan harapan aku akan bertemu Naufal di tapak perhimpunan. Tepat seperti yang ku jangka, Naufal berada di tapak perhimpunan.

Daripada tamat perhimpunan sehingga kini, aku tidak dapat bercakap dengan Naufal. Ada saja kerja yang cikgu suruh buat. Kadang-kadang, ketika cikgu mengajar, aku menjeling ke arah Naufal. Wajahnya tenang mendengar apa yang di ajar cikgu. Sudah surutkah kemarahannya? Aku mengeluh. Aku tidak dapat menumpukan perhatian langsung. Rasa bersalah menghantui diriku.

Akhirnya, waktu rehat yang ku nantikan tiba jua. Aku membetulkan dudukku menghadap Naufal. “Naufal…,” panggilku perlahan.

Naufal tidak menghiraukanku. Dia sedang mengemaskan buku-bukunya yang berada di atas meja. Aku memberanikan diri memanggilnya buat kali kedua. Hampa. Dia masih seperti tadi. Aku melepaskan keluhan berat.

“Amirul, jom pergi kantin,” ajak Nina yang tiba-tiba muncul.

Naufal bangun lalu mengikuti Nina. Kawan-kawan Naufal yang lain mengekori. Begitu juga Sofea. Aku menundukkan wajahku. Cuba menyembunyikan kesedihan. Aku tidak keluar rehat. Aku hanya duduk di dalam kelas. Aku menekupkan mataku di atas meja sehingga tamat waktu rehat.

Aku mengangkat wajah setelah suasana yang sunyi sebentar tadi bertukar bising. Tika itu aku terpandangkan Naufal sedang berjalan bersama Nina. Timbul rasa cemburu tapi aku menyembunyikannya. Aku berpura-pura mengambil buku dalam begku. Aku tidak sanggup memandang mereka.

Setelah aku mengeluarkan buku teks Sejarah, aku menjeling ke arah Naufal yang sudah berada di tempatnya. Naufal sedang berbual dengan Ikram. Tiba-tiba, aku nampak Naufal berdiri dari ekor mataku. Dia keluar dari kelas. Ke mana agaknya dia nak pergi?

Lima minit kemudian, Naufal kembali bersama sebungkus roti dan air kotak Milo. Aku hanya memerhati. Tiba-tiba, Naufal meletakkan bungkusan roti dan air Milo di atas mejaku. Aku mendongak. Memandangnya. Tanpa sepatah bicara, Naufal berlalu. Kembali ke tempatnya.

Argh, baik sungguh Naufal. Macam mana dia tahu aku tidak turun rehat? Dia sungguh prihatin terhadapku. Lalu, aku memandangnya. “Terima kasih,” ucapku perlahan.

Aku berharap Naufal akan menoleh namun hampa. Hmm, mengapa dia bersikap dingin terhadapku?

Pulang dari sekolah, aku tertidur. Aku belum makan lagi. Roti yang Naufal beri pun aku belum sentuh. Air Milo pula aku simpan dalam peti ais. Kepalaku pening sangat. Mungkin sebab tekanan. Homework berlambak. Satu pun belum ku sentuh. Aku tiada mood untuk buat homework. Namun aku sedar aku kena buat juga.

Aku melepaskan keluhan berat. Nak ke rumah Naufal ke? Hmm, aku tak bermaya. Malaslah. Telefon jelah. Aku mengambil telefon bimbitku. Mataku yang kuyu, sudah terbeliak. Ada mesej dari Naufal. Aku bangun dari pembaringanku sambil menekan butang ‘Read’.

Salam. Aku dah tak marahkan kau la. Sorryla, kalau aku emo

hari tu. Dun worry, k? BTW, thx 4 d cap. It’s reali nice. Take k.

Aku tersenyum. Naufal sudah memaafkan aku. Aku mendail nombornya. Namun dia tak jawab. Aku mendail lagi buat kali kedua. Tak jawab juga. Betulkah, dia sudah memaafkanku? Aku mencuba lagi sekali. Kali ini dia jawab. Aku memberi salam.

“Betul ke kau dah maafkan aku?” Aku ingin memastikan.

“Ya,” jawab Naufal pendek.

Aku mendongak merenung siling. “Then, kenapa tak jawab aku call tadi?”

“Err, aku kat toilet.”

Tiada kemesraan pada suara Naufal. Aku mengeluh. “Aku nak minta maaf sangat-sangat. Aku tahu aku salah. Kalau aku jadi kau pun, aku marah. Mungkin lagi teruk. Sorry. Aku tak tahu macam mana aku boleh lupa. Pasal birthday kau, aku betul-betul tak tahu. Kitakan tak rapat sangat dulu.”

Aku mendengar Naufal mengeluh. “Asal kau mengeluh?”

“30 November. Birthday kau pada 30 November, kan? Aku ingat birthday kau. Hmm, tak apalah kalau kau tak tahu. Asal suara kau lain?”

Aku terkedu. Naufal tahu tarikh lahirku? Kenapalah aku asyik kecilkan hati dia? Menyedari aku belum menjawab pertanyaan Naufal, aku mula bersuara. “Kurang sihat. Emm, Naufal aku nak mandi dulu la. Nak hilangkan pening. Aku belum buat homework pun. By the way, thanks sebab maafkan aku.”

Setelah mematikan talian, aku mandi dan menunaikan solat asar. Kemudian, aku menuruni tangga menuju ke bawah. Perutku sudah minta di isi. Lapar. Aku sudah bertenaga untuk buat homework setelah dapat bercakap dengan Naufal walaupun Naufal melayanku agak dingin. Hmm, besarnya impak Naufal dalam diriku.


No comments: