Thursday, July 22, 2010

Rahsia Hati--- Bab 12

Kini, genap tiga bulan aku menjadi girlfriend kepada seorang lelaki bernama Faris. Hampir setiap hujung minggu kami keluar. Kadang-kadang kami ke Melaka Mall, Jusco atau Giant bila sudah bosan ke Dataran Pahlawan dan Makhota Parade. Minggu lepas kami ke MITC.

Walaupun aku sudah ada boyfriend, pelajaranku tidak terjejas. Pada mulanya, aku risau juga. Namun, aku pandai membahagikan masa. Faris pula jenis yang memahamiku. Hubunganku dengan Naufal pula sudah tidak serapat dulu. Maklumlah, dulu aku asyik bersama dengan dia kerana dia jiranku tetapi sekarang masaku banyak bersama Faris. Aku dan Faris juga ada belajar bersama-sama di rumahku. Mamaku sudah mengetahui hubunganku dengan Faris.

Kadang-kadang, aku berasa sedih kerana hubunganku dengan Naufal sudah semakin jauh. Naufal sudah jarang berbual denganku. Sungguh, aku rindu saat aku bersama dengan dia. Tapi, nak buat macam mana? Aku asyik bersama Faris. Di kelas pula, Naufal asyik di dekati Nina.

Sofea pula, sejak akhir-akhir ini kurang bercakap denganku. Waktu rehat, Sofea makan dengan Ikram, Naufal, Jason, Afiq, Nina dan Caren. Sofea dan Naufal tidak mengajak aku pun untuk makan bersama. Aku seolah-olah disisihkan. Kini, aku makan bersama-sama kawan sekelas yang lain. Kadang-kadang aku hanya beli roti dan makan di taman botanik. Aku memang terasa dengan Sofea dan Naufal. Sampai hati mereka menyisihkan aku.

Sekarang, aku berada di Eye of Malaysia. Faris mengajakku ke sini. Cuaca tidak begitu terik. Mendung tapi tiada tanda-tanda nak hujan. Jam menunjukkan pukul 5. Tidak lama kemudian, Faris muncul bersama-sama gula-gula kapas di tangan. Aku mengukirkan senyuman.

“Nah. Faris belikan khas untuk Leya,” ucap Faris sambil menghulurkan gula-gula kapas kepadaku.

Aku menyambutnya sambil mengucapkan terima kasih. Sejak aku menjadi girlfriend Faris, Faris mula menggelarkan dirinya dengan nama. Aku juga mengikuti perubahan itu.

Sewaktu ingin membeli tiket, aku ternampak kelibat Naufal. Apa dia buat kat sini? Setelah membeli tiket, aku mengajak Faris untuk berjumpa Naufal. Faris hanya mengikutiku.

“Naufal.” Aku menjerit namanya sambil melangkah ke arahnya.

Naufal menoleh. Saat itu juga, aku lihat Naufal bersama dengan Nina, Sofea dan Ikram. Tahulah aku kini Naufal sudah rapat dangan Nina. Patutlah kami sudah tidak rapat. Kenapa aku rasa sedih pula? Aku berpura-pura tersenyum apabila semua mata memandangku dan Faris.

“Hai, korang buat apa kat sini?” tegurku ramah cuba menutupi kesedihanku.

Sepi. Tiada siapa ingin menjawab pertanyaanku. Aku terasa dengan perbuatan mereka. Tiba-tiba, Naufal menjawab. “Nina saja bawa kami jalan-jalan. Dia baru dapat lesen kereta. Tu yang nak bawak kawan-kawan jalan.”

Aku mengangguk. Selamat Naufal menjawab pertanyaanku. Kalau tidak malu aku. Melihat kehadiran aku seperti tidak disukai, aku meminta diri. Naufal mengangguk sambil menghadiahkan sebuah senyuman untukku. Sudah lama Naufal tidak tersenyum padaku. Dulu, selepas aku balik ‘dating’, aku selalu ke rumah Naufal, berkongsi kegembiraanku. Naufal setia mendengar. Tapi kini tidak lagi. Naufal semakin menjauhkan diri. Sudah bosankah dia dengan ceritaku?

Lewat petang Ahad, aku pergi ke rumah Naufal. Mama Hanim memberitahuku bahawa Naufal sedang bersantai di ruang tamu tingkat atas. Mama Hanim menyuruhku naik sahaja. Lalu aku menuju ke tingkat atas.

Naufal sedang berbaring di sofa sambil mendengar MP3. Aku menghampirinya. Lalu memberi salam. Naufal membuka matanya. Melihat aku berada di depannya, Naufal bangun dari pembaringannya lalu duduk. Aku duduk di sebelahnya sambil mengukirkan sebuah senyuman.

“Kau dengar lagu apa?” soalku memulakan bicara.

Terasa janggal pula kerana kami sudah jarang berbual. Aku cuba menyelesakan diri berhadapan dengan Naufal.

“My favourite song,” jawab Naufal pendek.

Aku mengambil MP3 dari tangannya. Ingin mengetahui lagi kesukaan Naufal. Kasih yang tak dianggap nyanyian Kertas. Aku menekan butang ‘Next’. Cuba nyanyian Faizal Tahir. Aku tersenyum.

“Sejak bila kau minat Faizal Tahir? Dulu, bukan kau tak suka ke?” soalku.

Naufal tersengih. “Aku tertarik dengan lagu Cuba. Lirik dia menarik. Kau cubalah dengar,” suruh Naufal.

Aku mengangguk perlahan. “Nantilah aku dengar. Aku datang ni saja nak berbual dengan kau. Lama ar tak berbual dengan kau. Rindu sangat.” Aku memberanikan diri untuk memberitahu apa yang aku rasa.

Naufal ketawa perlahan. “Kau asyik dengan abang kau tu je. Malas aku nak kacau.” Naufal berlawak.

Aku mencebik. “Kau tu, apa kurangnya? Asyik dengan Nina je.”

Naufal mengerutkan dahi. “Apa pulak aku. Aku biasa-biasa je dengan Nina. Tak macam orang tu. Dah ada pakwe. Aku ni makwe pun tak ada. Siapalah nak kat aku ni. Kau pun reject,” gurau Naufal lagi.

Aku mula selesa dengannya. “Ceh, Nina ada.”

Naufal hanya menggeleng.

“Dah lama tak keluar dengan kau,” aduku.

“Nak keluar dengan aku tak Sabtu ni?” ajak Naufal.

Bagai orang mengantuk disorongkan bantal, aku mengangguk. “Nak! Rindulah saat kita keluar bersama.” Aku tersengih.

Naufal ketawa sambil mengusap lembut rambutku. Aku tersentak. Selain sudah lama dia tidak mengusapku, aku tersentak kerana kali ini usapannya lembut. Tidak sekasar dulu.

“Kalau macam tu, kita pergi pantai nak. Bosanlah. Asyik-asyik pergi mall.”

Aku bersetuju. Naufal menyambung kata, “Aku ada hal sikit dengan kawan-kawan aku hari tu. Kau bawak motor sendiri boleh tak?” soal Naufal.

“Aku tak kisah. Siapa kawan-kawan kau tu? Nina ke?” Aku mengenakannya.

Naufal mencubitku. Aku menjerit kesakitan. Naufal ketawa saja.

“Kita jumpa kat Pantai Puteri sabtu ni, ya? Pukul 5 okey tak?” soal Naufal.

Aku bersetuju sambil mengukirkan senyuman. Naufal tiba-tiba berdiri, menuju ke piano lalu duduk di bangku piano. “Kau nak dengar aku nyanyi lagu Cuba tak?” soal Naufal tidak memandangku.

“Nak!” Aku separuh menjerit. “Kejap-kejap, aku nak ambik barang kat rumah. Kau tunggu tau. Jangan pergi mana-mana.” Aku berlari ke rumahku. Aku ingin mengambil video cameraku. Ingin merakamkan detik Naufal memainkan piano sambil menyanyi. Ini kali pertama Naufal ingin menyanyi untukku.

Tidak sampai sepuluh minit, aku sudah berada di ruang tamu rumah Naufal. “Hah, dah boleh mula.” Aku berkata dengan nada gembira. Aku telah bersedia untuk merakam. Naufal memandangku pelik.

“Buat apa kau ambik video camera tu?” soal Naufal.

Aku tersengih. “Nak rakamlah. Bukan senang nak dengar kau nyanyi. Aku tahu suara kau sedap. Cepatlah.” Aku sudah tidak sabar.

“Tak naklah. Segan ar. Aku tak jadi nak nyanyi la.”

“Alah, come on. Penat aku berlari ambik benda ni tau. Kau tak kesiankan aku ke? Please!” Aku berusaha memujuknya. Akhirnya, Naufal bersetuju. Aku melonjak kegembiraan seperti budak kecil yang dapat sesuatu yang diidamkan.

Naufal mula bermain piano. Aku mula merakam. Aku meletakkan video cameraku di atas piano Naufal. Lalu aku duduk di sofa. Berdepan dengannya. Aku terpaku. Naufal menghayati lagu ini. Sepanjang dia menyanyi, dia memandangku. Berdebar-debar aku tapi aku cuba mengawal diri dengan mengukirkan senyuman.

Malam sabtu, aku merehatkan diri. Penat berjalan dengan Faris. Papa dan mamaku mengikuti Papa Riz dan Mama Hanim ke majlis makan malam di Hotel Equitorials. Tinggal aku berseorangan di rumah.

Aku menuruni tangga menuju ke dapur. Ingin membancuh secawan Hot Chocolate. Sedang aku leka di dapur, tiba-tiba aku dengar orang memberi salam sambil mengetuk pintu rumahku. Siapa pula ni? Aku menuju ke depan. Suara Naufal. Lantas aku membuka pintu.

“Keluar jap, Leya. Aku ada hal nak cakap,” arah Naufal.

“Esok tak boleh ke? Aku penat lah.” Memang aku penat sangat.

Naufal merenungku tajam. Muka Naufal merah. Dia seolah-olah sedang menahan marah. Kenapa ya? Hilang terus penatku saat aku melihat Naufal merenungku tajam.

“Penat? Kau pergi mana sampai penat sangat?” soal Naufal dengan nada yang agak tinggi.

Aku terpempan. “Aku keluar dengan Farislah. Yang kau nak marah-marah ni kenapa? Datang rumah orang malam-malam, nak marah-marah pulak.” Aku melepaskan geram.

Muka Naufal berubah. Dia mengundurkan kaki setapak ke belakang sambil meraup mukanya. Aku hanya melihat tingkahnya yang aneh. Beberapa minit kemudian, dia memandangku.

“Kau keluar dengan Faris?” soal Naufal. Kali ini suaranya tidak tinggi seperti tadi. Suaranya perlahan.

Aku mengangguk. “Kau kenapa?” tanyaku prihatin.

Naufal sudah ketawa. Namun aku tahu ketawanya di buat-buat. “Kau tanya aku kenapa? Kau tanya diri kau sendirilah. Hari ni hari apa?” tanya Naufal. Belum sempat aku bersuara, Naufal menyambung kata. “Sabtu. 21 Jun. Aku….” Naufal berhenti seketika. Dia menarik nafas dalam. “Aku tak mengharapkan kau ingat tarikh lahir aku tapi….”

Aku terpempan. Birthday Naufal hari ini? Macam mana aku boleh tak sedar. “Naufal, aku…err, aku….”

Tiba-tiba Naufal memotong kata. “Kau lupa ke kau janji nak keluar dengan aku hari ni. Pukul 5 kat Pantai Puteri. Kau yang ajak aku keluar. Kau kata kau rindu nak keluar dengan aku. Tapi? Kau tipu. Aku tahu Faris pakwe kau. Aku ni kau anggap abang je. Kau tahu tak aku tunggu kau sampai pukul 7?” Naufal melepaskan kekecewaannya.

Aku menutup mulutku dengan tangan. Ya Tuhan, macam mana aku boleh lupa? Kesian Naufal. Dua jam dia menungguku. “Naufal, aku minta maaf. Aku terlupa. Aku betul-betul terlupa. Sorry Naufal.” Aku keluar dari rumah lalu mendekatinya.

Naufal menjauhiku. “Sudah. Tergamak kau lupa janji kita. Nampak sangat aku bukan sesiapa bagi kau.”

“Bukan begitu. Naufal, aku…”

“Sudah, aku tak nak dengar. Dulu kau kata ‘I’m a girl of my words. For me, words without actions are nothing. Promises without fulfillment are bullshit. Tapi sekarang?” potong Naufal. Lalu dia menuju ke motornya.

Aku berlari ke arah Naufal. “Tunggu, Naufal. Dengar dulu apa aku nak cakap.” Aku cuba menghalangnya. Namun, Naufal mengendahkan kata-kataku. Dia memecut pergi. Tanpa aku sedari, ada air mata yang mengalir.

Aku menuju ke bilik ku. Aku menangis sepuas hati di bilik. Aku sedih. Aku tahu aku salah. Baru aku ingat janjiku dengan Naufal Sabtu lalu. Kesian Naufal. Sudahlah birthday dia, tunggu aku dua jam pula. Macam mana aku boleh lupa? Tiba-tiba aku teringat Naufal ada kata aku hanya anggap dia sebagai abang. Bila masa aku beritahu Naufal? Aku hanya beritahu Sofea. Jangan-jangan Sofea yang bagitahu.

Keesokan harinya, aku ke rumah Naufal setelah pulang dari Dataran Pahlawan. Aku ke sana bersendirian. Mencari hadiah buat Naufal. Aku membelikan topi untuknya. Aku membeli topi itu di kedai Quick Silver. Saat itu, mama Hanim sedang berkebun. Aku memberi salam.

“Dari mana Leya?” tanya mama Hanim ramah.

Aku menghadiahkan sebuah senyuman. “Dari Dataran Pahlawan. Beli barang sikit. Ma, Naufal ada?”

Mama Hanim mengeluh. “Si Naufal tu ada. Dalam bilik. Duduk sini kejap, Leya. Mama nak cakap sikit.”

Aku terkedu. Tahukah mama Hanim pasal semalam? Lambat-lambat, aku menghampiri mama Hanim yang kini sedang duduk di kerusi kayu yang terletak di taman. Aku duduk berhadapan dengan mama Hanim.

“Ada apa, ma?” soalku memberanikan diri.

Mama Hanim melepaskan keluhan berat. “Mama peliklah dengan Naufal. Belakangan ini, dia jadi pendiam, jarang keluar, asyik terperap je kat rumah. Mama tahu dia kecewa sebab something tapi mama tengok dia boleh terima dulu. Tapi sejak semalam, dia lain macam je. Mama tak tahu kenapa. Leya tahu tak sebab apa?”

Naufal pernah kecewa? Pasal apa? Kenapa aku tak pernah tahu? Mama Hanim merenungku, mungkin menantikan jawapan dariku. “Leya tak tahulah, mama.” Aku berbohong. Tidak sanggup aku memberitahu hal sebenar kepada mama Hanim. Malu aku dengan mama Hanim kelak. “Err, ma.. Kenapa mama kata Naufal kecewa? Dia kecewa sebab apa ma?” tanyaku ingin tahu.

“Hal peribadi dia, Leya. Mama tak boleh cakap. Dia tak ada bagitahu mama tapi mama boleh baca dari air mukanya. Mama yang melahirkan dia. Mama tahu.”

Hal peribadi? Apa dia, ya? Mama Hanim tak nak bagitahu. Tak apalah. Mungkin aku tidak perlu masuk campur urusan peribadi Naufal. “Boleh Leya jumpa dengan Naufal, ma?” Aku meminta izin.

“Toksah lah, Leya. Dia moody tu. Leya datang bila dia dah okay lah. Dia nak berehat tu. Stress kot. Yelah, SPM nak dekat.”

Aku mengeluh. “Kalau macam tu, tak apalah mama. Hmm, saya nak bagi dia hadiah ni.” Aku menunjukkan hadiah yang ku beli. “Saya lupa nak berikan semalam,” bohongku lagi.

Aku pulang ke rumah bersama kehampaan. Harapan untuk memujuk Naufal terbantut. Sampai di bilik, aku cuba menelefon Naufal. Namun dia tidak mengaktifkan nombornya. Aku kebingungan. Mesej dari Faris tidak ku balas.


2 comments:

nachen said...

sedih nye.......... :'(

Anonymous said...

Ahh saya dapat rasa perasaan kecewa naufal !!. Lagu cuba tu memang sedih kalau dihayati liriknya :'(