Thursday, July 22, 2010

Rahsia Hati--- Bab 11


Ujian Bulanan Selaras Satu sudah pun tamat. Alhamdulillah, aku dapat menjawab dengan baik. Hmm, aku dah berjanji nak keluar esok dengan Faris. Kami akan berjumpa di Dataran Pahlawan esok. Lama aku tidak melihatnya. Sepanjang minggu ini, Faris selalu menghubungiku walaupun untuk seketika cuma. Tiap-tiap malam dia menghantar mesej. Mesej yang mengandungi kata-kata semangat. Aku senang dengan sikapnya itu.

“Leya…,” teriak mama dari bawah.

Aku terus bangun dari pembaringanku lalu membuka pintu. Aku keluar dari bilik mencari mamaku. “Ada apa, ma?” soalku.

Mama memandangku. “Naufal datang tu. Dia kat luar.” Mama memberitahuku. Setelah merapikan diriku, aku keluar rumah. Naufal sedang duduk di bangku kayu yang papaku beli di Indonesia.

“Jalan-jalan nak tak? Bosanlah.” Naufal mengajakku.

Aku mengerutkan dahi sambil duduk di sebelahnya. “Nak jalan ke mana?” tanyaku.

Naufal sedang berfikir. Tidak lama kemudian, dia bersuara. “Jom minum Coconut Shake Special kat Klebang nak tak?”

Terliur aku apabila Naufal menyebut Coconut Shake. Lantas aku bersetuju. Aku pun tak tahu nak buat apa. Homework tak ada. Aku meminta izin daripada ibuku. Mulanya aku fikir nak bawa motor aku tapi Naufal suruh aku naik dengannya. Segan aku naik motor dengannya. Aku menolak untuk naik dengannya namun dia mendesak. Terpaksa aku ikut.

Aku menyedut Coconut Shake Specialku. Coconut Shake Special ada ice cream vanilla manakala Coconut Shake tiada ice cream. Aku telah memesan dua gelas. Mana cukup satu gelas. Lagipun, Naufal belanja.

“Sofea ada apa-apa ke dengan Ikram?” soal Naufal.

Aku memandangnya. Takkan dia tak dapat agak. “Kau rasa?” dugaku.

Naufal mengaru-garukan kepalanya. “Dorang lain macam. Sofea suka Ikram eh?” Naufal bertanya lagi.

Lama baru aku mengangguk. “Ikram pun sukakan Sofea kan?”

Kini giliran Naufal pula mengangguk. “Baguslah tu. Dorang sama-sama suka.” Naufal berkata perlahan. “Eh, last week kau kata nak cakap something dengan aku. Apa dia?” soal Naufal menukar topik.

Dari wajahnya, aku tahu dia tak sabar nak dengar. “Emm, I dunno either I should tell you or shouldn’t. Tapi buat pertama kalinya, aku ingin kongsi rahsia hati aku dengan kau. May I?”

Laju Naufal mengangguk. Aduh, malu pulak aku ingin beritahunya. Aku menarik nafas dalam. “Aku rasa aku suka kat seseorang.” Aku berterus terang. Aku mengecilkan mataku lalu memandangnya. Ingin lihat reaksinya. Riak wajahnya yang ceria sebentar tadi bertukar mendung. Aneh! “Kau macam tak suka je?” rajukku.

Naufal merenungku sambil tergelak kecil. Gelak yang sudah jelas di buat-buat. Naufal membetulkan duduknya. “Tak adalah. Aku fikir kau nak cakap something yang special sampai kau suruh aku tunggu after habis test. Rupanya pasal ni,” jelasnya.

Aku memandangnya tidak percaya dengan penjelasannya.

“Betullah. Buat apa aku nak tipu.” Naufal menyakinkan aku.

“Oh, maksud kau apa yang aku nak cakap ni tak special. Tak penting,” rajukku. “Baiklah, aku tak nak cakap.”

Naufal tergelak melihat keletahku. “Bukan macam tu. Dah lah jangan merajuk. Kau suka siapa? Mamat misteri yang Sofea cakap dulu ke?”

Hampir tersedak aku mendengar kata-kata Naufal. Kalaulah dia tahu mamat misteri tu dia, boleh pengsan aku kat sini. “Kau dengar eh?”

Naufal mengangguk. “Mana tak nya. Dia cakap sikit punya kuat. Aku yang duduk belakang pun terperanjat.”

Aku tidak dapat menahan gelak mendengar kata-kata Naufal. Tambahan pula, kejadian itu terlayar di fikiranku. “Bukan mamat tu lah. Hmm, nama dia Faris.” Aku mengukirkan senyuman.

Naufal hanya memandangku. Beberapa saat kemudian, dia menyoalku. “Budak sekolah kita ke?”

Aku menggeleng. “Budak High School.”

“Mana kau jumpa dia?” tanya Naufal lagi.

Aku tersenyum. “Kat stadium. Dia terlanggar aku. Kami tertukar handphone. Kebetulan handphone kami sama. Lepas tu, dia datang. Nak tukar phone balik. Time tu kau tengah lari. Kami sempat berbual-bual. Sejak tu, dia selalu call and messages aku. Dulu kau pernah tanya aku mesej dengan siapa kan? Aku mesej dengan dialah,” terangku.

Naufal mengangguk. Tiada senyuman di wajahnya. Melihat dia seperti tidak mahu bersuara, aku menyambung kata. “Dia ajak aku keluar esok. Nak tahu tak? Aku tak sabar nak keluar dengan dia esok.” Aku memberitahu Naufal sambil tersenyum.

Naufal sedang menyedut minumannya. Aku memandangnya. “Kau pulak macam mana? Tak suka sesiapa ke? Aku tengok Nina macam suka je kat kau.” Aku mengenen. Sengaja aku kenakan Naufal.

Naufal mengeluh. “Apa yang kau merepek ni? Jomlah balik.”

Waktu yang di tunggu-tunggu tiba jua. Aku dan Faris kini sedang menikmati makan tengah hari di Burger Kings. Selepas ini, kami ingin menonton wayang. Aku sungguh gembira hari ini.

“Nak tengok cerita apa ekh?” soal Faris sambil memandangku.

Aku memikir di dalam kepala nak tengok cerita apa. Namun aku tiada idea. “Entahlah. Apa-apa yang menariklah.”

“Kalau macam tu, kita decide time kat GSC eh?” cadang Faris.

Aku mengangguk. Bersetuju dengan rancangannya. Kemudian, aku mula memakan burger black pepper ku. Faris juga begitu. Setelah menghabiskan burgerku, aku mengelap mulutku dengan tisu lalu menyedut minumanku.

“Err, Leya, saya tanya sikit boleh tak?”

Aku memandangnya sambil mengangguk. “Tanya jelah. Apalah awak ni.”

Faris menyerigai. “Awak ada boyfriend tak?” soal Faris spontan.

Aku yang sedang minum air, hampir tersedak. “Err, kan saya dah cakap dulu, saya tak ada boyfriend. Apalah awak ni? Kenapa?” Aku cuba mengawal diriku yang hampir tersedak tadi.

Faris mengukirkan senyuman. “Hmm, mana tahu time saya tanya tu awak belum berpunya tapi after saya tanya awak dah berpunya ke.. Who knows..” Faris berhenti seketika. Kemudian dia menyambung kata, “Awak nak tak jadi girlfriend saya?”

Berderau darahku tatkala dia menanyakan soalan itu. Aku memandangnya. Saat itu, dia sedang merenungku. Kalah pada renungannya, lalu aku tunduk. Lambat-lambat aku mengangguk. Sungguh, aku sangat gembira saat ini. Saat di mana lelaki yang ku minati ingin aku menjadi teman istimewanya. Inilah kali pertama aku ada teman lelaki dan lelaki itu ialah Faris. Kemudian, aku memberanikan diri memandangnya. Dia sedang tersenyum. Jelas dia gembira dengan persetujuanku.

“So, hari ini dengan rasminya kita jadi couple.” Faris memberitahu dengan nada yang gembira.

Aku hanya mengangguk. Kemudian, Faris mengajakku untuk ke GSC. Aku hanya mengikutinya. Kami berjalan berdua. Tidak pernah aku berjalan berdua dengan lelaki. Lain perasaannya. Dengan Naufal? Dia sudah macam abang aku.

Ketika aku sedang menuju ke GSC yang terletak di Dataran Pahlawan, aku ternampak Ikram dan Sofea. Mereka sedang berjalan berdua sambil tersenyum mesra. Aku gembira melihat situasi itu. Sofea juga menoleh lalu ternampakku. Aku mengukirkan senyuman. Ikram dan Sofea menuju ke arah kami.

“Faris.. tu kawan saya.” Aku memberitahu Faris lalu kami berdua berhenti melangkah. Faris mengukirkan senyuman kepada mereka.

“Hai, Sofea,” tegurku.

Sofea tersenyum. “Hai.. Siapa ni?” soal Sofea. Ikram hanya berdiam diri.

“Hai, saya Faris. Boyfriend baru Leya.” Belum sempat aku memperkenalkan Faris, dia sudah memperkenalkan dirinya.

Aku memandang Sofea dan Ikram. Ingin melihat reaksi mereka. Jelas mereka terperanjat. Ikram kelihatan sedang memikirkan sesuatu. Sofea pula memandang Ikram. Pelik. Aku menjeling ke arah Faris. Dia kelihatan tidak selesa dengan situasi ini.

“Err, aku gerak dulu eh.” Aku meminta diri. Sofea dan Ikram hanya mengangguk. Lalu, aku dan Faris mengorak langkah. Dalam perjalanan aku memberitahu Faris bahawa Sofea merupakan teman rapatku sejak Form 1. Ikram pula rakan sekelasku.

Pulang sahaja dari mall, aku menuju ke rumah Naufal. Ingin berkongsi berita gembira bersama. Aku memberi salam. Mama Hanim yang menjawab salamku. Dia mengajakku masuk. Setelah masuk ke rumah Naufal, aku memandang sekeliling, mencari Naufal. Tiada.

“Ma, Naufal mana?” soalku pada mama Hanim.

Mama Hanim memandangku. “Dia ada kat atas. Leya naiklah. Dia bukan dalam bilik pun. Dia tengah bersihkan piano.” Mama Hanim memberitahuku.

Mula-mula aku serba salah untuk naik ke tingkat atas namun mama Hanim mendesakku untuk naik ke atas sahaja. Tambahan pula, kata mama Hanim mood Naufal tidak berapa baik. Kenapa ya? Tanpa membuang masa, aku naik ke tingkat atas. Naufal sedang duduk di kerusi piano sambil termenung. Datang idea jahatku untuk menyergahnya. Lalu, aku berhati-hati mendekatinya.

“Boom,” sergahku.

Aku sudah terkekek ketawa apabila Naufal terperanjat dengan sergahanku. Merah muka Naufal. “Padan muka. Asal kau termenung?” soalku padanya.

Naufal mengeleng-gelengkan kepalanya. “Tak ada apa-apalah. Kau ni tak ada kerja lain ke? Main sergah-sergah pula.” Naufal buat-buat marah.

Aku menyerigai. “Sorry lah. Aku tengok kau termenung. Saje nak kenakan kau.” Aku berhenti bicara sekejap, duduk di sebelah Naufal. Naufal memberi ruang untukku. Kerusi piano ini memang untuk dua orang. “Err, tadi mama Hanim cakap kau moody. Kenapa? Kau ada masalah eh?” Aku cuba mengorek rahsia.

Naufal melepaskan keluhan berat. “Aku okaylah. Maybe aku stress kot,” ucap Naufal perlahan.

Aku menepuk bahunya. “Alah, ceritalah kat aku. Aku tahu kau ada masalah. Bagitahu jelah kat aku. Mana tahu aku boleh tolong. Sampai hati kau tak nak kongsi problem kau sama aku. Aku sedar aku ni bukan sesiapa bagi kau.” Aku berpura-pura merajuk dengan nada yang lirih.

Naufal tersengih melihat tingkahku. Dia mengusap rambutku. Kali ini tidak berapa kasar. Entah kenapa aku senang dengan perbuatannya. Rasa disayangi.

“Aku okaylah. Tak ada apa-apa. Siapa kata kau bukan sesiapa bagi kau?” tingkah Naufal.

Giliran aku pula tersengih. “Hmm, kalau macam tu, let me tell you good news. Guess what?” Aku membetulkan duduk, memandangnya sambil tersenyum gembira. Memang aku tak sabar nak bagitahu Naufal. Naufal hanya menjungkitkan bahunya. Lalu aku meneruskan bicara ku. “Faris ajak aku jadi girlfriend dia tadi!” Aku berkata separuh menjerit.

Tanpa melihat reaksi Naufal, aku memandang depan. Cuba mengingati waktu aku bersama Faris. “Aku happy sangat hari ini. Tak tahu macam mana nak gambarkan kegembiraanku.” Aku meletakkan jariku atas papan piano. “Hah, let me play a song. Nak main lagu apa ekh?” Aku berfikir-fikir. Aku mendapat idea untuk mainkan satu lagu yang Melissa pernah berikan padaku satu masa dulu. Melissa merupakan kawan rapatku di kelas piano. Dah lama tak bertemu dia. Sejak aku tamat kelas piano, aku sudah tidak jumpa Melissa lagi.

Selepas habis memainkan piano, aku memandang Naufal. Agak pelik kerana dia membisu sejak tadi. Naufal sedang merenungku. Tapi jelas fikirannya melayang. Lalu aku memetik jariku di hadapannya. “Kau ni kenapa? Aku cakap kau ada masalah, kau nafikan.”

Naufal menggeleng. Kemudian, dia meraupkan mukanya. “Tak ada apa-apalah. Betul. Don’t worry, okay?” Naufal cuba menyakinkan aku.

Aku yakin Naufal ada masalah. Namun, jika Naufal tidak mahu beritahu aku, aku tidak mahu memaksanya. Mungkin masalah peribadi. Biarlah. “Err, tadi aku jumpa Ikram dengan Sofea. Mesra semacam je. Dalam kelas, malu-malu.” Aku menukar topik perbualan kami.

Keesokan harinya, Sofea datang ke rumahku. Lama juga Sofea tidak datang ke rumahku. Selalunya, aku yang datang ke rumahnya kerana dia tiada lessen motor. Dia selalu datang ke sini menaiki kereta. Kakaknya yang pandu. Aku dan Sofea berbual di dalam bilikku. Aku mengambil kesempatan untuk mengenakan dia dan Ikram.

“Janganlah kutuk boyfriend aku,” marah Sofea.

Aku terlopong. “Boyfriend?” soalku kuat.

Menyedari Sofea sudah terlepas kata, dia menekup mulutnya. Aku sudah tergelak melihat reaksinya. “Sejak bila?” tanyaku ingin tahu.

Sofea tersengih. “Semalam,” jawab Sofea sepatah.

Aku memegang bahunya. “Aku pun baru couple semalam. Maksudnya, kita couple pada hari yang sama lah.” Aku berkata gembira sambil memeluknya.

Sofea hanya membisu. Aku sangka dia akan turut gembira. Lalu aku merenggangkan pelukanku, memandangnya pelik.

“Err, kau dengan Faris…..” Sofea tidak meneruskan bicaranya.

Aku tahu apa yang bermain di fikiran Sofea lalu aku menganguk, mengiakan apa yang Sofea fikir. “Kan dia perkenalkan diri dia sebagai boyfriend aku. Lupa ke? What do you think about him? Dia cute kan?” soalku sambil tersenyum.

Sofea mengerutkan dahiku. “Then, Amirul macam mana? Aku fikir kau dengan dia……” Seperti tadi, Sofea tidak meneruskan katanya.

Aku mengaru kepalaku yang tidak gatal. “Aku dengan dia kawan jelah. Mana ada apa-apa.”

Sofea merenungku. “Kau tak ada perasaan kat Amirul langsung?” soal Sofea.

Aku menepuk dahi. Apalah si Sofea ni. “Bohonglah kalau aku cakap aku tak ada perasaan kat dia. Aku sayang kat dia. Tapi aku sayang dia macam abang aku. Aku dah anggap dia macam abang aku.” Aku menjelaskan perkara sebenar.

“Kau anggap dia macam abang kau je?” soal Sofea tidak percaya.

Aku mengangguk. “Kau ni kenapa?” Pelik aku dengan sikap Sofea.

“Kau kan admire dia dulu?” Sofea menyoalku lagi.

Aku mengerutkan dahiku. “Bila masa aku admire dia?”

“Kau kan admire dia. Kau admire mamat misteri tu dan mamat tu ialah Amirul.”

Aku terkekek ketawa. “Aku admire mamat misteri tu sebab aku tak tahu dia tu Naufal. Apalah kau ni. Lepas aku tahu dia Naufal, aku tak adalah admire mamat tu lagi,” jelasku lagi.

Sofea menggelengkan kepalanya. “Kesian dia.”

“Kenapa pulak?” Aku bertanya pelik.

“Tak ada apa-apalah.”


1 comment:

farhah_hanan said...

kciannyer naufal..huhu.. nak nangeh!!