Thursday, July 22, 2010

Rahsia Hati--- Bab 10


Sejak akhir-akhir ini, aku melihat Sofea semakin rapat dengan Ikram. Pelik pula aku. Ikram pula selalu menyoal itu ini pada Sofea. Di dalam kelas, aku lihat Nina asyik ke tempat Naufal. Menyuruh Naufal mengajarnya Additional Mathematics. Aku pula hanya membuat kerja sendiri. Minggu ini, minggu homework. Terlalu banyak homework. Balik dari sekolah, aku terus buat homework bersama-sama Naufal. Sebelah malam pula, aku membuat revision. Ujian bulanan semakin dekat. Tinggal seminggu sahaja lagi.

Kini, aku sudah jarang berbalas mesej dengan Faris. Masing-masing sibuk. Namun, Faris selalu menghubungiku walaupun kami hanya bercakap dalam masa lima minit saja. Aku mula menyukai Faris. Sabtu ini, Faris mengajakku untuk berjumpa. Aku belum memberi jawapan lagi kerana aku ingat aku nak buat revision.

“Leya, nak makan dengan kami tak?” soal Ikram tiba-tiba.

Aku memandangnya. Pelik. First time, dia ajak aku. Aku menggeleng. “Aku nak makan roti je kat koperasi,” tolakku.

“Alah, jomlah. Sofea jom lah makan sama-sama.” Ikram mengajak Sofea pula dengan nada yang lembut. Berlainan dengan nada dia bercakap denganku.

Tahulah aku sebenarnya Ikram nak ajak Sofea. Pandai dia ya. “Kau ni, nak ajak aku ke, nak ajak orang sebelah aku. Kalau nak ajak dia cakap jelah. Malu-malu kucing pulak,” perliku.

Ikram tersengih-sengih sambil mengaru kepalanya. Sofea pula sudah tersipu-sipu malu. Aku yakin ada sesuatu antara mereka berdua. Tiba-tiba, aku ternampak Nina ke tempat Naufal.

“Amirul, jom makan. Saya belanja. Saya nak berterima kasih kat awak sebab dah banyak bantu saya,” ajak Nina.

Aku memasang telinga. Aku tahu Nina ada hati pada Naufal. Aku tidak tahu kenapa aku tak suka Nina asyik menempel kat Naufal. Cemburukah aku? Argh, tak mungkin.

“Err, sorry lah. Maybe next time je. Saya dah janji dengan Leya nak beli roti kat koperasi je.” Naufal menolak lembut.

Nina mendengus kecil. Dia memandangku. Pandangannya tajam. Aku sedar Nina tidak menyukaiku. Aku buat tidak tahu saja. Lalu, aku menoleh ke arah Sofea.

“Kau nak ikut aku makan kat koperasi tak?” soalku.

Sofea hanya mengangguk. Tidak lama kemudian, Sofea memanggil Ikram. “Aku nak makan kat koperasi dengan Leya. Kau nak ikut?”

Aku cuba menahan gelak. Ikram pantas bersetuju. Aku, Sofea, Ikram dan Naufal makan bersama-sama di sebuah taman botanik selepas membeli roti dan air di koperasi. Jason dan Afiq tidak ikut kerana mereka ingin makan Nasi Ayam. Aku tahu Ikram nak makan Nasi Ayam tapi demi Sofea dia sanggup makan roti. Nak tergelak aku.

“Kenapa dengan kau ni Leya? Senyum sorang-sorang.” Naufal bertanya pelik.

Aku hanya menggeleng sambil makan roti hot dog. Kalau aku cakap, dorang mesti segan. Dahlah, diam je. “Naufal, aku rasa lebih baik kita duduk kat tempat lain. Macam kacau daun pula kita ni.” Aku berkata dalam nada yang sinis.

Naufal yang tidak faham apa-apa, mengerutkan dahi. Dengan isyarat mata, aku menunjuk Sofea dan Ikram.

“Oh…Aku pun rasa macam tu. Jom, Leya. Kita duduk kat situ.”

Sofea mula gelabah biawak. “Janganlah, Leya. Duduk jelah kat sini.”

Aku dan Naufal sudah tergelak-gelak. Ikram hanya tersengih. Muka Sofea merah betul. Mesti Sofea malu. Nasiblah, Sofea. Dulu kau kenakan aku. Tiba-tiba, datang seseorang ke arah kami. Nina. Terhenti terus gelakku.

“Boleh join tak?” soal Nina bersama dua bungkus roti bersama sekotak milo.

Ikram dan Naufal memandangku. Aku hanya menjungkitkan bahu. Tanda tak kisah. Padahal aku tak suka. Tapi nak buat macam mana. Takkan nak cakap tak suka. Nanti apa Naufal dan Ikram cakap.

“Boleh. Apa salahnya. Duduklah,” kata Naufal sambil memandang Nina.

Nina duduk di sebelah Naufal. Dia menghulurkan sebungkus rotinya kepada Naufal. Aku hanya memerhati.

“Ambiklah..saya belanja,” ucap Nina lembut.

Naufal mengukirkan senyuman manis. “Eh, tak payahlah.” Naufal menolak lembut.

Aku tunduk memakan rotiku. Namun aku memasang telinga. Pelik. Kenapa aku cemburu?

“Ambiklah. Saya beli untuk awak. Saya ikhlas. Awak banyak membantu saya.”

Meluat dengan suara Nina, aku bersuara. “Alah, ambik je la Naufal. Rezeki jangan di tolak, musuh jangan di cari. Betul tak Sofea?”

Sofea mengiakan. Akhirnya, Naufal mengambil juga roti itu.

Petang itu, seperti biasa aku dan Naufal sama-sama buat homework di rumahku. Mamaku tidak kisah. Malah dia suka melihat aku semakin rapat dengan Naufal. Kata mama, Naufal budak yang baik. Mamaku memang suka dengan Naufal. Sejak kecil lagi. Kadang-kadang aku rasa mama lebih sayangkan Naufal lebih dari aku.

“Aku tak dapat jawapanlah, Naufal,” aduku. Aku lemah sikit matapelajaran Additional Mathemathics. Naufal menunjukkan jalan kerja. Rupa-rupanya aku salah formula.

Tepat jam 6.30, semua homework sudah siap. Mama menghidangkan karipap yang di buatnya bersama air teh. “Dah ready untuk test?” Aku menyoal Naufal.

Naufal mengecilkan matanya. “Not so ready lah. Kau?”

Aku tersengih. “Aku pun belum ready sangat.”

“Sabtu ni nak study sama-sama tak?” cadang Naufal.

Tiba-tiba aku teringatkan Faris yang mengajakku untuk keluar. Aku mengaru-garu kepala. Aku fikir lebih baik aku keluar dengan Faris minggu depan. Minggu ni biarlah aku study. Lalu aku bersetuju dengan cadangan Naufal. Tiba-tiba handphone aku bergetar. Memang aku sengaja buat silent mode. Tak mahu gangguan sewaktu buat homework. Aku mencapai handphone ku yang berada di atas meja. Ada mesej dari Faris. Hai, baru teringat dah muncul. Aku tersenyum lalu menekan butang ‘Read’.

Salam. Wat r u doing? Lama tak chat... Rindulah…

Aku mengukirkan senyuman sekali lagi. Faris ni. Ada-ada saja. Lalu aku membalas mesejnya.

Hisy, awak ni… macam-macam.. Hmm, sy call awak mlm ni ya…

Skrg, bz lah..

Naufal bedehem tiba-tiba. “Kau ni asyik dapat mesej je. Lepas tu, senyum sorang-sorang. Kau mesej dengan siapa?” soal Naufal.

Sekali lagi, aku tersenyum. “Adalah. Rahsia.”

Naufal memuncungkan bibir. “Tak nak bagitahu sudah,” rajuk Naufal.

Aku tergelak. “Nanti aku bagitahu eh. Ada benda penting aku nak cakap. Tapi nanti jelah.”

“Alah, cakap jelah sekarang.” Naufal mengesa.

Aku menggeleng. “After test habis,”putusku.

Malam itu, sementara menunggu waktu isyak, aku membaca al-Quran. Sewaktu aku khusyuk membaca, telefonku bergetar lama. Ada panggilan masuk. Faris ke? Aku menghentikan bacaanku. Panggilan sudah terhenti. Aku menekan butang ‘View’ untuk melihat siapa yang menelefonku. Sofea. Telefonku bergetar semula. Sofea menelefonku lagi. Aku menjawab panggilannya dan memberi salam.

“Kenapa, Sofea?” soalku.

“Err, kalau aku cakap aku suka seseorang macam mana?”

Aku tergelak. Pasal ini rupanya. “Baguslah. Kau suka Ikram kan?” tekaku. Aku yakin tekaanku tepat.

“Mana kau tahu?”

Aku gelak sekali lagi. “Alah, aku dapat tekalah. Aku tengok kau lain macam je dengan Ikram. Sejak bila kau suka dia?” soalku mengorek rahsia.

“Sejak aku berpakat dengan dia untuk memulihkan hubungan kau dengan Amirul dulu. Ingat lagi tak?”

Aku mencebik walaupun aku tahu Sofea tidak nampak. “Ingat.”

“Dia baiklah Leya. Kau belum kenal dia lagi. Sejak insiden tu, dia selalu mesej aku. Macam-macam dia cerita. Dia baik sangat.” Sofea memuji Ikram.

“Aku tahulah kau suka dia tapi tak payahlah kau nak puji dia melambung,” rungutku.

Sofea tergelak mendengar rungutanku. “Dia ajak aku keluar Sabtu minggu depan. Aku seganlah.”

“Pergi jelah. Kau buat macam biasa je.”

Aku berbual dengan Sofea sehingga azan isyak. Selepas menunaikan solat isyak, aku mendail nombor Faris. Tidak lama kemudian, Faris menjawab panggilanku. Lalu, aku memberi salam.

“Faris, saya nak cakap pasal Sabtu ni.” Aku memberitahunya.

“Hmm, macam mana. Boleh tak, nak keluar?” tanya Faris.

Aku menarik nafas. “Tak bolehlah. Saya nak buat revision. Next week, saya ada test. Sabtu minggu depan boleh tak?” soalku.

“Boleh. Saya tak kisah.”


1 comment:

farhah_hanan said...

x duke faris... hoho