Wednesday, July 21, 2010

Rahsia Hati--- Bab 1


Amirul Naufal bin Rizman. Lelaki yang paling aku benci di dunia ini. Sebab? Dia adalah seorang lelaki yang sangat sombong, angkuh, bajet handsome (memang dia handsome pun) dan tiada adab. Aku BENCI dia..!!!!!! Macam mana kami boleh kenal?? Keluarga aku dengan keluarga dia bekenalan rapat. Nama pun jiran. Kesimpulannya, aku kenal dengan dia sejak kecil.

Oleh sebab itu, hanya aku yang tahu perangai sebenar dia. Dia tidak boleh kalah dengan aku. Apa yang aku buat, dia akan ikut dan dia akan pastikan dia lebih handal daripada aku. Annoying, isn’t it? Itulah perangai dia yang membuatkan aku menyampah dengan dia. Aku masuk kelas swimming, dia ikut. Aku masuk kelas piano pun dia ikut. Dia menjadi murid kesayangan disebabkan paras rupa dia dan cara dia berkomunikasi. Geramnya aku. Ah, tak lupa juga senyuman dia. Aset dia yang paling berharga.

Tambahan pula, ibu bapa kami menghantar kami ke sekolah yang sama, Sekolah Menengah Tinggi Alauddin. Mulanya, ayahku ingin kami ke sekolah bersama-sama menaiki kereta. Untuk mengelakkan diri, aku sanggup naik motor ke sekolah. Namun, kami ditakdirkan sekelas tahun ini. Tahun lepas, kami tidak sekelas. Malunya nak cakap. Keputusan PMR aku kurang cemerlang. Aku mendapat 7A. Dia pula straights A’s. Oleh itu, aku pun dimasukkan ke kelas kedua dan dia di kelas pertama. Aku sangat malu ketika itu. Aku pun belajar bersungguh-sungguh sewaktu Form 4 sebab aku cabar diri aku sendiri untuk dapat ranking nombor satu antara tingkatan. Akhirnya, atas usaha gigih aku selama ini, aku berjaya juga. Waktu itu, aku berlagak habis depan dia lebih-lebih lagi ketika aku mendapat anugerah dari pihak sekolah. Dia pula mendapat ranking nombor dua. Namun, kegembiraan aku tidak berpanjangan kerana aku terpaksa masuk ke kelas pertama. Sekelas dengan dia? Oh tidak!! Aku tak sanggup!!

Hari ini merupakan hari pertama aku di sekolah selepas cuti akhir tahun dan hari pertama aku akan sekelas dengan dia. Ya Allah, bantulah hambamu ini. Harap-harap aku dapat menyesuaikan diri.

“Leya..!!,” jerit satu suara yang cukup aku kenal. Siapa lagi kalau bukan mamat tu. Amirul Naufal a.k.a Naufal. Nama panggilannya.

Hisy, apa yang dia nak ni? Pagi-pagi dah kacau aku. Aku mengendahkan panggilan dia. Aku berjalan lebih pantas daripada tadi.

“Wey, tunggu ar. Kita kan sekelas. Aku nak cakap dengan kau sekejap. Aku ada cadangan menarik ni.”

Aku memberhentikan langkahku. Cadangan? Hmm, dia ni sangat licik. Mesti dia nak bertaruh dengan aku. Dia tu kan tak boleh kalah. Mesti nak balas dendam sebab dah kalah dengan aku tahun lepas.

“Hah, berhenti pun. Kau kalau masuk pertandingan jalan kaki, sure kau menang,” ucap Amirul Naufal sambil ketawa kecil.

Aku mencebik. Sempat dia ejek aku. “Kau nak apa hah?”

“Huh, garangnya. Chill la, my dear. Aku nak cakap dengan kau pasal hal ni semalam lagi. Aku call kau tapi asyik masuk voice mail je. Asal kau tak jawab call aku?”

Dia panggil aku sayang? Blek! Nak termuntah aku. Kalau dengan perempuan lain boleh ar, dengan aku?? Jangan nak mimpilah. Sebenarnya, aku dah lama suka kat dia tapi aku takkan tunjuk sebab aku pasti dia akan ejek aku. Aku akan pastikan dia tak akan tahu aku suka kat dia. “It’s not an important call pun. So, aku malas nak waste my time with answering that call.”

Not important?? Oh my God!! Tahu tak, aku ada benda penting nak cakap dengan kau,” Naufal buat muka sedih.

Eh, kenapa pulak mamat ni. “Apa yang pentingnya? Cakap ar.” Aku menjawab selamba.

Naufal merenung mataku. Pelik. Kenapa dia tenung aku? Ya Allah, berdebar-debarnya jangtungku.

I wanna tell you that I love you,” ujarnya pelahan. Matanya masih merenungku.

APA?? Biar betul. Tak ada angin, tak ada ribut, tetiba je dia cakap dia cinta aku. Aku memandang dia pelik. Sesungguhnya, aku tidak mahu tertipu dengan muslihat dia. Tiba-tiba aku terdengar Naufal sudah ketawa terbahak-bahak. Aku dah agak. Dia berlakon je. Hisy, geramnya aku. Dia ingat aku tak ada perasaan ke? Selamat aku tak cepat melatah.

Aku terus berlalu dari situ. Malas aku mahu melayan Amirul Naufal. Sejujurnya, aku sangat terasa dengan perbuatannya. Aku tahu aku ni kasar, tak lemah lembut tapi layakkah dia berbuat begitu pada aku? Hah, kenapalah aku sensitif hari ini? Leya Aulia, lupakan saja hal ini. Kau pun tahu perangai dia macam mana kan?

“Leya, tunggulah. Aku gurau jelah. Takkan kau ambik hati kot.”

Aku terus berjalan. Naufal cuba menyaigi langkahku. Dalam sekelip mata, dia sudah pun berjalan disebelahku. Tiba-tiba lenganku ditarik oleh Naufal sekaligus memberhentikan langkahku. Aku menarik lenganku. “Kau nak apa ni?” bentakku.

Naufal tersengih. “Janganlah marah. I just kidding. Sejak bila kau jadi sensitif ni? Atau kau memang ada hati dengan aku? Aku tahulah aku ni handsome,” ucapnya sambil tersenyum sinis.

Aku memukul lengan dia dengan fail yang ku pegang. “Perasan!” Lalu, aku meneruskan langkahku. Belum pun sempat aku berlalu, lenganku dipaut oleh dia. Hisy, geramnya aku. Apa yang dia nak ni?

“Okey, okey… aku minta maaf..tapi aku memang ada cadangan baik ni. Apa kata kita bertaruh lagi. Kali ini aku akan pastikan kau tak akan MENANG!,” ucap Amirul Naufal serius dan tegas.

Aku memandangnya. Huh, aku dah agak dah. Mesti nak ajak bertaruh lagi. Malas aku. Macam budak-budak pulak. Aku melambai-lambaikan tanganku pada wajahnya. “Hello..!! Cik Amirul Naufal, wake up please! Kita dah nak masuk 17 tahun dah…takkan nak bertaruh macam budak-budak. Tak sangka aku, pemain handal bola sepak sekolah kita masih belum matang. Hisy, kesiannya.” Aku berpura-pura simpati.

Amirul Naufal kelihatan bengang. “Wahai Cik Leya Aulia, sebelum nak mengata orang tu, cermin diri sikit eh. Kau tu dah ar kasar. Ada hati nak tegur aku. Kau tu sebenarnya pengecut. Kau cabar aku boleh tapi bila aku cabar kau, kau takut. Dasar pengecut.”

Aku terkedu mendengar bait-bait kata yang keluar daripada mulut Naufal. Kasar? Pengecut? Oh Tuhan!! Kuatkanlah hatiku ini. Aku menarik nafas dalam. “Fine. Tell me what you have on your mind?” ucapku geram.

Naufal tersengih. “Aku nak bertaruh dengan kau. Siapa yang jadi class monitor untuk kelas kita, dia menang. Orang yang kalah pulak kena jadi hamba orang yang menang selama seminggu. So, in case aku menang, kau kena jadi hamba aku for a week. Amacam?” soal Amirul Naufal sambil menjungkitkan keningnya.

Unfair! Kau mestilah menang kan? Semua tu budak kelas kau dulu. Dulu pun, kau yang jadi monitor. Mesti dorang pilih kau. Aku ni budak baru dalam kelas kau.”

“Well, itulah namanya cabaran. Dulu kau pun monitor. It’s fair. Orang pengecut memang banyak alasan. Kawan lama kau kan ramai dalam kelas tu.”

Aku memandangnya tajam. “Okay. I took the challenge. Deal!”

Naufal tersenyum lebar. Deal.” Lalu seperti biasa, kami mengaitkan jari kelinking bersama. Kemudian, aku berlalu dari situ.


5 comments:

Haruno Hana 하나 said...

menjengah blog nie
start baca rahsia hati~
nice citer nie, ada cam citer korea sket^^
:)

Anonymous said...

asal part ni cam komik jepun ye..sbijik lak tu cam dlm komik tu...nak2 part sapa kalah kna jadi hamba org yg mng slama smiggu...cma yg beza dlm komik tu.. parent diorg sejak azali lg asyik nk mencabar satu sama lain je tp dlm ni x..ni mesti inspirasi dr komik tu kn???

Zuera said...

to anonymous:

yea... inspirasi dr cete tu... bes kan.. tp lupa tajuk... act, nak buat sama mcm2... haha. tapi bila da taip, lain pulak yg jadi. jalan jela. Btw, dis is my 1st karya... sorry la kalau stereotype... saja2 je taip... bt nw im kinda serious in writing. try 2 improve myself. Thx yo.

ira said...

wow....
baru baca..
mmg best !!
akn terus m'baca...
hehehe....

nurul said...

macam anime special A..hu2