Monday, December 5, 2016

Sinopsis Date Me by Azura Rasiddin




“Let’s go on a date for ten times. Kalau kita serasi, kita boleh teruskan. Kalau tak, kita boleh buat hal masing-masing. And in case you terjatuh hati dengan lelaki lain sebelum date kita yang kesepuluh, I boleh tarik diri.” - Ed

Sepuluh kali date. Itu yang Ed minta daripada Kaysa Adara. Gadis yang dia pilih untuk dijadikan ‘tangga’ untuk mencapai matlamat hidupnya. Secebis rasa sayang mahupun cinta pun tiada dalam dirinya. Yang ada, hanyalah perasaan bersalah dan ragu-ragu kerana terpaksa mempergunakan gadis itu.

Hubungan mula terjalin. Kaysa Adara dilayan sebaik mungkin. Dia cuba untuk tidak melukakan gadis itu. Dia bukanlah seorang yang kejam. Dia tahu apa yang dia lakukan itu kejam tetapi dia cuba untuk tidak bertindak lebih kejam.

Tanpa sedar, hati mula terpaut pada gadis itu. Sikap Kaysa Adara yang bersahaja dan sesekali manja dengannya membuatkan hati Ed yang selama ini dingin dan beku mula disapa rasa bahagia.
Ed mula dihimpit rasa bersalah dek kerana rancangannya. Tidak mahu meneruskan hubungan yang berlandaskan tipu muslihat, lelaki itu memutuskan untuk melepaskan Kaysa Adara dengan membongkar rahsianya sendiri. Gadis itu perlu tahu siapa dia yang sebenarnya dan juga motifnya selama ini.  

“Do you think we can create a happy ending?” – Kaysa Adara
“This is our happy ending.” – Ed
“Maksud you, ‘separation’ is our happy ending? I tak rasa macam tu. I rasa ‘together’ is our happy ending.” – Kaysa Adara

Walaupun Kaysa Adara sudah tahu Ed mempergunakannya, dia tetap ingin bersama dengan Ed. Dia faham kenapa Ed menjadikan dirinya sebagai tangga untuk mencapai matlamat lelaki itu. Dia faham apa yang Ed terpaksa lalui. Sedikit rasa marah pun tidak ada. Dia cuma terkilan kerana selama ini dia fikir lelaki itu benar-benar menyintainya.

Mampukah Ed dan Kaysa Adara mencipta happy ending untuk kisah mereka?


Wednesday, November 30, 2016

Date Me - Bab 10 (versi manuskrip)


Kaysa Adara bersiap-siap untuk pulang ke rumah keluarganya sebaik sahaja pulang dari tempat kerja. Dua minggu berturut-turut gadis itu pulang ke sana. Itu pun sebab majlis perkahwinan abang sulungnya. Kalau tidak, jangan haraplah dia nak jejakkan kaki ke rumah itu. Selagi Puan Saafia tidak bising, selagi itulah dia tidak akan pulang ke sana. Malas. Tiada apa yang menarik di rumah itu. Bosan.

Kaysa Adara menoleh ke pintu bilik yang dibiarkan terbuka sewaktu ternampak kelibat Yara melangkah masuk ke biliknya. Wajah monyok Yara diperhati.

“Kenapa?”

Yara diam. Punggung dihempaskan ke tilam Kaysa Adara.

“Pasal Syaz ke?” tebak Kaysa Adara.

Sudah semestinya wajah monyok Yara ada kena mengena dengan Syaz. Sejak pertelingkahan kecil yang berlaku kelmarin, Syaz lebih banyak mendiamkan diri dan menyendiri di bilik.

Meskipun Syaz sudah memaafkan Yara, tetapi hubungan mereka berdua masih lagi renggang. Sesungguhnya, lidah manusia lebih tajam daripada mata pedang. Memang mudah untuk Syaz maafkan Yara tetapi untuk melupakan kata-kata itu bukannya mudah.

“Itulah… sebelum nak cakap tu, fikir dulu. Sekarang, siapa yang susah? Kau juga,” bebel Kaysa Adara apabila Yara hanya membisu.

“Tapi dia cerita semuanya pasal aku dengan Paan kat Yusri. Mestilah aku bengang.”

“Iya. Aku pun bengang. Dia cerita pasal aku dekat Ed dengan Yusri juga.”

“Hah… tahu pun.”

“Tapi aku tak adalah sampai nak kaitkan Aizat dalam hal ni,” tutur Kaysa Adara seperlahan yang mungkin. Risau jika didengari oleh Syaz.

“Yelah, yelah… aku yang salah. Tapi dia dah tak macam dulu. Dah tak nak bergurau dengan aku. Tadi aku cuba bergurau dengan dia, dia tak respons pun. Kau boleh bayangkan tak betapa awkwardnya aku masa tu. Krik krik krik seorang diri.”

Kaysa Adara tergelak.

“Padan muka kau.”

“Aku tak tahulah macam mana nak pergi majlis abang kau dengan dia esok. Awkward tau.”

“Aku tak kira. Kau dengan dia kena datang juga majlis abang aku. Aku tunggu.”

“Tengoklah macam mana. Sis cuba.”

Sempat pula Yara berseloroh. Terlepas tawa kecil dari bibir Kaysa Adara.

“Kau tak payah risaulah. Tak lama lagi Syaz okey lah dengan kau. Dia pun tak tegur aku. I think she needs some space.”

“Need some space sampai dua hari?”

Kaysa Adara mengangguk-anggukkan kepalanya.

Yara melepaskan keluhan.

“Sampai bila dia nak ingat pada laki tu? Tak faham aku. Masa tu, dia orang baru je bercinta. Tak sampai setahun. Kalau dah bertahun-tahun tu, fahamlah juga.”

Kaysa Adara yang sudah selesai merapikan selendang, menghampiri Yara. Duduk di sebelah gadis itu.

“Pertama, walaupun dia dengan Aizat bercinta tak sampai setahun tapi Syaz tu dah lama suka Aizat. Aizat tu crush dia bertahun-tahun.”

Kaysa Adara berjeda. Menarik nafas dan dihela perlahan.

“Kedua, Aizat pergi sebab nak selamatkan Syaz. Kalau kau jadi Syaz, boleh ke kau lupakan semuanya? Kau boleh faham tak perasaan Syaz bila orang yang dia sayang, tinggalkan dia sebab nak selamatkan dia? Kau boleh faham tak perasaan Syaz bila keluarga Aizat salahkan Syaz, maki hamun Syaz?”

“Okey, okey, okey… kau tak payahlah nak buat drama air mata pula.”

“Aku bukan nak buat drama. Tapi aku nak kau berhenti pertikaikan kenapa Syaz susah nak move on. Biar jelah dia. Time will heals everything. Mungkin dua tiga tahun nanti, dia jumpa dengan seorang lelaki yang akan buat dia lupa kisah pahit tu. Kau pun masih tak boleh lupakan Paan kan walaupun dia buat macam-macam kat kau, kan?”

“Dah aku pulak… Aku dengan Paan tu dah tujuh tahun bercinta. Ingat senang ke aku nak lupakan dia?”

Kaysa Adara mencebikkan bibir.

“Yusri apa cerita? Ada kacau kau lagi ke?”

“Tiap-tiap hari,” balas Yara dengan nada menyampah.

“Tapi tadi aku gunakan dia.” Yara menyambung bicara bersama sengihan di wajah.

Kening Kaysa Adara ternaik. Yara dipandang dengan pandangan mata yang kecil.

“Paan jumpa aku tadi. Lepas waktu kerja.”

“Hah? Dia nak apa?”

“Nak aku balik.”

“Eh… bukan dia ke yang minta break? Dia ada masalah mental ke?”

“Tak tahulah aku. Aku pun tak faham apa yang dia nak.”

“Apa kaitan dengan kau gunakan Yusri?”

Minda Kaysa Adara memproses sesuatu sebaik sahaja dia melontarkan soalan.

“Oh, wait! Kau gunakan Yusri untuk lepaskan diri daripada Paan? Yusri pun ada kat situ ke tadi?”

Yara mengangguk-anggukkan kepalanya.

“Tiba-tiba aku rasa bersyukur sebab Yusri muncul masa Paan tak habis-habis nak pujuk aku. Sebab aku dah rimas sangat dengan Paan.”

“Oh… dah macam drama pula kisah kau ni. Tapi kisah aku pun macam drama juga.”

“Kisah kau?”

Yara mula teringat sesuatu.

“Hari tu kau ada cakap yang kau dah tak single kan? Apa maksud kau?”

Kaysa Adara bangkit dari duduk. Beg tangan dicapai. Bersedia untuk meninggalkan Yara. Dia bukannya boleh berlama-lama di situ. Puan Saafia sudah lama menunggu dia di rumah.

“Aku pergi dulu. Nanti aku cerita bila kau dengan Syaz dah okey.”


Bosan duduk di rumah, Ed membawa diri ke Mr. Red’s Territory malam itu. Memerhati keadaan kafe yang sudah lama dia tinggalkan dek kerana ingin fokus pada manuskrip. Dia memang jarang ke kafe pun. Segala urusan di kafe diuruskan oleh Yusri. Ed hanya ambil tahu mana yang perlu sahaja.

Di satu sudut kafe, Ed duduk bersantai bersama Hot Latte yang dibancuh sendiri. Matanya dihalakan ke arah yang tidak pasti. Mindanya menerawang teringatkan seseorang. Seseorang yang telah dijadikan tangga untuk dia capai matlamatnya.

Ed masih belum menghubungi Kaysa Adara sejak pertemuan mereka di kafe. Begitu juga dengan gadis itu. Masing-masing mendiamkan diri padahal mereka sudah bersetuju untuk menjalinkan hubungan. Barangkali Ed masih teragak-agak dengan percaturan di mindanya.

“Kenapa tak beritahu nak datang?” soal Yusri yang muncul entah dari mana. Tiba-tiba, lelaki itu sudah berada di depan Ed.

“Kena beritahu dulu ke?”

“Taklah… Aku memang nak suruh kau datang sini pun.”

“Kenapa?”

Yusri mengeluarkan telefon pintar dari poket seluar lalu dia menekan-nekan skrin telefon pintarnya sebelum ditunjukkan kepada Ed.

Tanpa banyak soal, Ed mengambil telefon pintar lelaki itu. Pandangan mata tertumpu pada skrin telefon yang memaparkan gambar-gambar produk yang berasaskan kulit.

“Cantik tak?” soal Yusri.

Ed mengangguk-anggukkan kepalanya. Telefon pintar diserahkan semula kepada Yusri.

“Aku ingat aku nak buat Mr. Red’s Collections,” kata Yusri.

“Mr. Red’s Collections?”

“Yeah… Mr. Red’s Collections.”

Ed tersenyum nipis.

“Lepas Mr. Red’s Territory, kau nak buat Mr. Red’s collection pula? Nak jual leather products?”

Yusri mengangguk.

“Aku ternampak gambar-gambar ni tadi dan aku terfikir untuk buat koleksi Red. Kita jual produk leather dengan logo Red.”

“Siap ada logo?”

“Biar eksklusif sikit,” balas Yusri bersama senyuman.

“So, produk Mr. Red’s Collection tu hanya akan dua warna sahaja? Merah dan hitam?”

“Yes. Itu kan identiti kau. Aku nak kekalkan.”

“Menarik,” komen Ed.

Yusri tersenyum suka. Dia tahu ideanya memang memarik.

“Apa produk yang kita nak jual?”

“Notebook. Keychain. Pouch,” sebut Yusri satu per satu.

“Passport cover. Card holder,” tambah Ed.

Yusri mengangguk-anggukkan kepalanya. Bersetuju.

“Hmm, cukup kut lima item ni dulu. Kalau sambutan hangat, kita tambah lagi.”

“Pernah ke tak hangat kalau kau buat bisnes guna nama aku?”

Ceh! Yusri mencebikkan bibir.

Ed melepaskan tawa. Dia sengaja usik Yusri. Tiada niat pun nak bersikap angkuh.

“Esok aku nak cari supplier. Kalau boleh aku nak launch our new project on your next fans meeting. Mesti ramai yang teruja kan?”

Ed mendiamkan diri. Berfikir seketika.

“Idea kau bagus. Tapi aku rasa lebih menarik kalau kita launch sekali dengan novel terbaru aku. Dan dalam novel terbaru aku, aku akan selitkan produk-produk yang kita nak jual.”

“Good idea. Salah satu promosi juga tu. Kau dah ada idea ke untuk manuskrip baru?”

Senyuman nipis terukir di bibir Ed bersama gelengan kecil. 

“Aku baru je setelkan English manuscript. Otak aku nak berehat kejap. Tapi aku rasa aku nak buat cerita misteri yang berkaitan dengan leather. Berkaitan dengan produk-produk kita.”

“Bagus, bagus… aku sokong. Tunjuk aku draf nanti.”

“Okey. Kau nak letak logo kan?”

Yusri angguk. Mengiakan.

“Nanti aku design.”

“Memang itu kerja kau kan. Aku tak pernah masuk campur bab design. Sebab kau tu cerewet. Susah nak puaskan hati kau,” kutuk Yusri selamba. Memang selama ini cover novel Ed direka oleh lelaki itu sendiri.

“Kenapa nak hire designer kalau aku boleh design sendiri kan? Lagipun jimat sikit cost kita.”

Yusri menganggukkan kepalanya. Duduknya dibetulkan. Bersedia untuk mengangkat punggung.

“Hmm, okeylah. Aku cau dulu.”

“Nak pergi mana? Date dengan Yara ke?”

Senyuman terus terukir di bibir saat terdengar nama Yara. Dia menggeleng perlahan.

“How I wish she will date me,” balas Yusri bersama nada sedih.

Kemudian, lelaki itu menyambung bicara dengan nada yang datar.

“Taklah. Aku nak main futsal.”

Ed menyeringai. Sebaik sahaja Yusri meninggalkannya, minda Ed kembali teringatkan Kaysa Adara. Jangan salah faham. Dia teringatkan Kaysa Adara bukan kerana dia ada perasaan pada gadis itu tetapi dia sedang memikirkan rancangannya. Memikirkan langkah yang seterusnya.

Pandangan dilemparkan ke luar kafe. Lama kemudian, lelaki itu mengeluarkan telefon pintarnya. Nombor telefon Kaysa Adara direnung seketika sebelum dia memutuskan untuk menghubungi gadis itu. Lama dia menunggu panggilannya disambungkan.

“Wow! It takes you two days to call me,” tutur Kaysa Adara sebaik sahaja menjawab panggilan. Barangkali terkejut Ed menghubunginya setelah dua hari mendiamkan diri.

“Kenapa? Menyesal ke nak date I?” soal gadis itu, menambah bicara.

“You tunggu I call you ke? Kenapa you tak call I?”

“Sebab I nak you call I dulu. I masih fikir yang you tak serius. Hanya main-main.”

“So, you still fikir I tak serius?”

“Hmm... I tak tahu. You kena buktikan pada I yang you serius. I takut kalau you main-mainkan I. I juga yang merana nanti.”

“Good…”

“Apa yang good?”

Ed senyum segaris.

“You tak mudah serah hati you pada lelaki.”

Tapi I minta maaf. I’ll try not to hurt you. Tutur Ed di dalam hati.

Lelaki itu membersihkan tekaknya.

“Let’s have a date tomorrow,” ajak Ed.

“Esok? Hmm… I tak free. Kenduri kahwin belah abang I.”

I tahu… sebab tu I nak jumpa you esok. Hati Ed berbicara lagi.

“Buat kat rumah you ke?”

“Tak. Kat dewan.”

“Tak nak jemput I?”

“You nak datang ke?”

“Kalau you jemput, I datang…”

“You nak jumpa I atau you nak jumpa kakak ipar I?” tanya Kaysa Adara berbaur cemburu.

Dua-dua pun tak. I nak jumpa Khairul Anuar.

“Mestilah I nak jumpa you.”

“Boleh percaya ke? You nak date dengan I bukan sebab you nak rampas kakak ipar I daripada abang I kan?”

Ed tergelak kecil.

“Oh my dear… You think too much.”

Sepi. Tiada respons di hujung talian. Hanya hembusan nafas gadis itu sahaja yang kedengaran.

“Kaysa… are you still there?”

Diam lagi.

“Hmm, tak apalah kalau you tak nak jemput I. Kita jumpa lain kali.”

“Eh, tak, tak… datanglah. I tunggu you esok. Kejap lagi I WhatsApp you location. You kena datang tau,” tutur gadis itu bersungguh-sungguh.

Ed tersenyum menang.

“Jumpa you esok.”



Oh my dear… You think too much.

Saat Kaysa Adara mendengar bicara itu, hatinya seakan-akan berhenti berdegup. Dia terkejut. Dalam masa yang sama, hatinya berbunga. Entah kenapa dia suka mendengar Ed menuturkan ‘oh my dear’ kepadanya. Nada suara lelaki itu kedengaran lembut sahaja. Gadis itu terbuai-buai dengan perasaan.

Apabila Ed cakap ‘kita jumpa lain kali’, terus Kaysa Adara tersedar ke dunia nyata dan cepat-cepat dia bersuara. Mana mungkin dia lepaskan peluang untuk bertemu lelaki itu.

Tiba-tiba bahu Kaysa Adara dicuit dari belakang. Terus dia menolehkan kepalanya tetapi tiada sesiapa di situ. Bila dia pandang depan semula, Khalil Asyraf sudah berada di depan. Tersengih-sengih.

“Hesy, tak ada kerja lain ke? Nak takutkan orang pula,” rungut Kaysa Adara. Hilang segala perasaan indah yang bertapak di hati sebentar tadi.

Khalil Asyraf masih lagi tayang sengih.

“Bergayut dengan siapa sampai kena bergayut kat luar ni?”

“Kat dalam rumah tu kan ramai orang. Bising. Kau buat apa kat sini?”

“Saja nak kacau kau,” balas Khalil Asyraf cukup selamba.

Kaysa Adara buat muka.

“Dahlah. Aku nak masuk dalam.”

“Kau kenal Red?”

Soalan Khalil Asyraf mematikan langkah Kaysa Adara. Dia kembali memandang abangnya.

“Red? Siapa tu?”

“Penulis novel. Bini aku minat novel-novel dia.”

Kaysa Adara tergelak kecil.

“Kesiannya aku dapat abang macam kau. Aku manalah minat baca novel.”

“Mana tahu kau pernah dengar nama dia.”

“Kenapa dengan dia?”

Khalil Asyraf mengerling ke arah Kaysa Adara. Bibir tersenyum penuh makna.

“He’s my love rival.”

“Hah? Maksud kau lelaki yang bini kau suka tu, Red? Penulis novel?”

Khalil Asyraf mengangguk-anggukkan kepalanya.

Kaysa Adara terdiam.

“Err… tak. Aku tak kenal.”

Kaysa Adara terus masuk ke dalam rumah, meninggalkan abangnya di laman. Fikiran gadis itu sedang memproses sesuatu. Dia yakin lelaki yang Elly suka adalah Ed tetapi abangnya beritahu lelaki yang Elly suka adalah Red, seorang penulis novel. Ed. Red. Bunyi hampir sama. Nama sebenar Ed, Redza. Ed. Red. Redza.

Oh my God! Am I dating a writer? Detik hati Kaysa Adara setelah berjaya menyusun kepingan-kepingan puzzle di minda.

Terus Kaysa Adara membuat carian nama Red di Google. Ingin tahu lebih lanjut tentang Ed. Suara-suara saudara mara yang rancak berbual di sekelilingnya tidak dihiraukan. Seolah-olah dia berada di dalam dunianya sendiri. Laman web rasmi Red dibuka dan segala maklumat di dalam laman web itu dibaca dengan penuh khusyuk. Kemudian, dia baca pula forum-forum tentang lelaki itu yang berlambak di internet. Tidak cukup dengan itu, dia baca pula review-review pembaca tentang novel-novel Red.

Wow! I’m dating a very famous Malaysian writer.

Bicara hati gadis itu setelah membaca segala maklumat tentang Red bersama perasaan kagum. Kagum dengan Ed. Namun, hati gadis itu dilambung tanda tanya dengan sikap misteri penulis itu. Hmm… mungkin dia boleh tanya sendiri pada tuan empunya badan.

Bila dapat tahu lelaki yang dia suka seorang penulis novel, terus hati Kaysa Adara melonjak-lonjak untuk membaca novel-novel lelaki itu walaupun dia bukanlah seorang penggemar novel. Rasa macam nak pergi kedai buku malam ini juga tetapi memikirkan jam sudah hampir mencecah angka 10 malam, dia batalkan sahaja niatnya.


Nota Cik Penulis

First :
Terima kasih sebab sudi baca Date Me versi manuskrip. Thank you so much! 

Second :
Ini merupakan bab terakhir yang saya akan post dekat blog. Tujuan post kat blog beberapa bab awal adalah untuk para pembaca semua menilai sama ada cerita ini termasuk dalam list 'Wajib Beli' ataupun sebaliknya. (harap-harap termasuk dalam list. hehe)

Third :
Kalau nak tahu macam mana sepuluh date Kaysa dengan Ed and how the story ends, boleh dapatkan novel ini di pasaran pada Januari 2017. Novel ini juga akan dijual di PB1M yang bakal berlangsung pada 14 - 18 Dec 2016 di PWTC. 

Fourth :
Saya akan berada di PWTC pada 17 December, pukul 2 sampai 4 petang. Jom jumpa!

Fifth :
In Shaa Allah saya akan ambil order. Once saya dah tahu harga dan dah dapat cover, saya akan buka order. Saya akan war2kan kat blog, ig, page dan fb. 

Sixth :
Kalau suka cerita ni, Cik Penulis suggest sangat sangat tengok Taiwanese Drama - Behind Your Smile. Sebab drama ni remind Cik Penulis pada Date Me. Drama tu baru je ditayangkan. Baru ada tiga episod. Hero handsome sangat!! Well, Cik Penulis excited dengan drama ni sebab lebih kurang macam Date Me. Tak sama banyak tapi sama sikit. 

Hero drama tu pun jadikan heroin as 'tangga' untuk tuntut keadilan. Hero tu suka juga makan instant noodle. Hero tu macam lonely, macam Ed. And then dekat drama tu ada scene heroin kena kejar anjing which is quite similar dengan Date Me. 

Drama tu best SANGAT (based on ep 1 sampai ep 3 as now baru ada tiga episod). Drama tu buat saya teruja macam tengok DOTS di mana saya rasa setiap ep nak review. Sebab content setiap ep sangat best!  

" We all know what revenge lead to in dramaland.... " - oh i love this caption...